Saturday, June 18, 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Balik bulan 1 yang lepas, aku sempat baca Kreko.
(Siapa tak tahu Kreko, maka dia adalah budak nerd. Keh keh keh.)

Lama tak baca Kreko. Dulu ada buat koleksi dari edisi 1 sampai la 200+. Balik tahun 2009, aku kemas-kemas, minta abang Aie jual je dekat surat khabar lama. Sekali dengan komik-komik Dragon Ball, Dragon Quest, Pencak Nujum & banyak lagi. Yang tinggal sekarang ni komik yang nipis-nipis tu je. Ada la kot Alam Perwira. Dewata Raya & Juara Wira entah hilang ke mana.

Memang sentimental betul layan komik nih.

Balik pada topik.

Manga Toriko, pengembaraan mencari bahan-bahan masakan kelas pertama!

Bulan 1 dulu baca Kreko, banyak dah komik dalam tu yang baru. Salah satu yang aku terbaca adalah Toriko. Tengok macam best, layan je la. Sampai balik Jordan sangkut. Komik ni keluar ikut chapter, setiap minggu di Jepun. So aku ikut through 1 laman web yang buat fan scanlation. Kaki komik mesti tahu la laman web ni.

Toriko ni nama watak utama. Dia ni seorang Bishokuya (aku pun tak pasti apa benda ni), dia menjelajah seluruh dunia Gourmet mencari bahan-bahan yang berkualiti dalam dunia tu untuk dijadikan ramuan, untuk dia melengkapkan 8 dishes full-course versi Toriko. Dalam full-course tu semua la ada, start dari appetizer, sampai la pencuci mulut. Nak tahu kena baca sendiri. ^^

Jadi ni muqaddimah je. Sebenarnya nak tunjuk beberapa tempat sekitar Irbid ni, ada juga certain kedai-kedai makan yang tak kurang hebatnya baik dari segi harga, mahupun rasa berbanding kedai-kedai yang nampak grand setaraf Popeye, KFC & McDonald.

Saja nak tulis, sebab hari tu ada kawan dalam facebook tanya, dekat Irbid ni mana nak makan yang best. Tapi ni dari pandangan peribadi, kalau sahabat-sahabat lain rasa ada yang lagi sedap, ikut selera masing-masing. ^^

1) Sarapan pagi

Mat'am Hashem

Kedai ni bagi aku untuk sarapan pagi memang best. Fresh humus, mutabbal & foul. Falafel dia pun memang agak terbaik. Selain tu, ada menu sampingan lain macam french fries & telur dadar. Ada kedai-kedai sayur & buah dekat area ni. Biasanya sebelum aku sampai, aku singgah kedai sayur beli timun & tomato. Sampai sana, bagi je pada pelayan kedai ni, nanti dia tolong basuh & potongkan.


1 lagi yang best, kedai ni buat pakatan dengan 1 kedai roti dekat situ. Bila datang makan, dia akan bagi token ikut jumlah pelanggan yang datang tu, lepas tu kita kena ambil dari kedai roti tu. Tak jauh pun. Roti fresh, baru keluar furnace. Memang terbaik punya.

Terletak dekat area Zam-zam. Buka dalam jam 7 pagi & tutup dalam lepas Isya' sekitar jam 9-10 malam.

Harga :

Humus/Mutabbal/Foul - JD0.60 sepinggan
Falefel - JD0.10 sepinggan (5 biji)
French Fries/Telur goreng - JD0.60
Teh - JD0.15
Air gas - JD0.20

2) Lunch

Biasanya orang Melayu ni kalau lunch nak makan nasi. Jadi aku post kedai-kedai nasi je la kot. Kalau syawarma tu banyak dah.

Kedai pertama :

Taj Mahal

Kedai ni lama dah beroperasi. Start dari aku 1st year sampai sekarang masih tip top. Menu masih kekal, rasa pun masih maintain. Resepi tak ubah.

Kedai ni offer banyak jenis nasi. Bukan kedai Yamani, tapi comparable dengan kedai Yamani.

Yang best dalam menu adalah syurbah atau sup yang jadi side dishes tu. Ada 2 jenis, 1 dia bg 'Adas, 1 lagi aku panggil syurbah je (lupa nama betul dia).

Sekarang ni tutup lagi, cuti ikut waktu cuti JUST, sebab kebanyakan pelanggan kedai ni students JUST. Lokasi dekat dengan Solah Petra.

Buka start lepas Zohor sampai Isya sahaja.

Harga :

(Setiap hidangan datang dengan side dishes yang lain: Adas, Syurbah, Sambal cili, timun dengan laban/sayur kosong)

Nasi + ayam goreng - JD 2.75
Nasi + ayam turki - JD 2.85
Nasi + daging - JD 3.50
Nasi + ikan - JD 3.50

Kedai kedua :

Nima' Al-Mandi
(Mandi tu nama nasi. Bukan mandi dalam Bahasa Melayu ye)


Kedai ni kedai Yamani.

Aku prefer kedai ni untuk siapa-siapa yang suka mentekedarah. Dia bagi nasi kaw-kaw punya banyak. Sedap tu pasti dah.

1 hidangan

1 lagi yang best pada nasi dia. Kalau kedai Yamani lain, nasi dia kosong. Tapi kedai ni ada banyak isi. Ada kismis & kacang. Macam nasi minyak kot. So bila makan tu tekstur setiap gigitan tu macam best. Nasi yang lembut, kismis yang macam liat-liat sikit, lepas tu ada yang keras sebab ada kacang.

Kalau datang ramai-ramai boleh makan dalam talam.

Kedai Yamani selalunya semua akan ada satu ruang untuk makan bersila dekat bawah. Jadi dekat kedai ni pun ada, tapi tingkat atas. Ruangan untuk keluarga & wanita pun ada untuk lebih privacy.

Kedai ni agak tersorok, kena masuk ke dalam sikit. Lokasi dekat dengan Syawarma Shauhah. Kalau siapa tahu, kedai ni depan rumah Amir Razak & Firdaus Kinawan. Boleh tanya mereka kalau nak tahu lebih lanjut.

Oh, kedai ni ada hidang teh panas juga lepas makan. Tapi kena minta. Kalau tak dia bagi air gas je.

Buka lepas Zohor sampai Maghrib sahaja kalau tak silap la.

Harga :

1 hidangan (ayam) - JD 2.25
1 hidangan (daging) - JD 3.50

Kedai ketiga :

Mansaf Abu Al-Anas

Kalau datang Jordan, mesti kena rasa Mansaf. Mansaf hanya ada di Jordan & katanya asal dari Palestin. Negara-negara Arab lain memang tak ada mansaf.

Kedai ni salah satu kedai mansaf yang aku nak recommend, sebab dia hanya jual mansaf sahaja. So memang specialize dalam mansaf. Aku rasa nasi & laban mansaf dia sama je, tapi yang jadikan sedap tu ayam dia, dia macam grill & letak rempah-rempah sikit.

So boleh cuba kalau nak tukar-tukar selera.

Nasi biasa je, tapi yang jadikan dia mansaf tu adalah laban mansaf tu. Bukan nasi atau ayam.

Waktu operasi start lepas Zohor sampai lepas Asar sahaja. Lokasi terletak dekat dengan Pizza Forno. Boleh tanya orang Irbid kalau nak pergi kedai ni. ^^

Harga :

Mansaf (ayam) - JD 2.75
Mansaf (daging) - JD 3.50

3) Snek & minum petang

Wok 'N' Roll

Untuk siapa-siapa yang dah jemu dengan syawarma sandwich yang typical tu, boleh cuba kedai ni. Dia buat modification sikit dalam pembikinan & rasa syawarma yang biasa tu. Style masak dia macam orang buat char kuey tiow dekat pasar malam. Api besar-besar lepas tu goreng dalam kuali (the wok part). Dah siap dia boh dalam roti france (the roll part).

Ada jual juga syarwama yang biasa, tapi untuk selera lain, dia ada 4 jenis. Mexicana, Chinese, Butter & 1 lagi tak ingat.

Lokasi dekat dengan rumah Syahmi. Dari jalan utama turun ke Simsima, ada satu simpang ke kanan, masuk sikit je, dah boleh nampak kedai ni.

Buka tengahari sampai lewat malam.

Harga : JD1.50 sahaja setiap satu.

Syawarma Rim & Ta3miyyah

Syawarma Rim. Kedai ni offer syawarma daging paling best dekat Irbid setakat yang aku dah rasa. Kedai kecil sahaja, tapi memang best.

Sebelah dia ada kedai Ta3miyyah. Kedai ni jual sandwich falafel versi biasa & versi Jumbo. Antara yang tersedap di Irbid.

Lokasi dekat dengan Masjid Universiti Yarmouk, jalan menghala ke Hotel Al-Joud.

Waktu operasi :
Syawarma Rim - lepas Zohor sampai lewat malam.
Ta3miyyah - pagi around 9 am - lewat malam.

Harga :
Sandwich Syawarma - JD0.60
Sandwich falafel : JD 0.30 (biasa) | JD0.60 (jumbo)
Hidangan syawarma - JD1.50

4) Dinner

Kalau lunch dah makan nasi, dinner makan ayam/daging!

Dale' Karshak

Kedai ni specialized only in chicken & chips. Jual tu sahaja. Tak ada benda lain. Memang sedap dengan harga yang berpatutan. Testimoni hampir keseluruhan warga Irbid mengakui kedai ni kedua atau comparable dengan Popeye dari segi rasa. Dari segi harga memang tak terkalahkan lah. Kedai jual ayam broasted paling murah di Irbid.

Lokasi belakang Restoren Dai'ah. Ada jalan kecil turun ke bawah, celahan bangunan. Atau pun kalau dari bawah, dari bangunan Sa'adun nak naik ke Restoren Abu Mahmud, ada simpang ke kanan.

Buka start jam 12.30pm hingga lewat malam. Menawarkan 2 jenis rasa, Spicy & Original.

Harga :

Golden 1 (1 hidangan) - JD 2.50
Golden 2 (3 hidangan + air gas 500ml) - JD 8.00
Golden 3 (4 hidangan + air gas 1.5l) - JD 11.00
Golden 4 (5 hidangan + air gas 500ml x10 botol) - JD 16.00

Kalau tak minat ayam, boleh cuba daging.

Tadammur

Kedai ni offer daging bakar. Antara yang terbaik sekitar Irbid.

Aku prefer kedai ni sebab dia ada banyak jenis hidangan dalam menu dia. Ada dalam bentuk hidangan (wajibah) atau timbang kilo (sekilo jenis daging untuk hidangan).

Selalu kalau pergi sini, aku akan order 1/4 kilo 'arais (mince meat + pita bread), 1/2 kilo risy (daging rusuk) & 1/2 kilo musyakkal (daging-daging campur) untuk makan 4 orang. Tak larat la nak makan seorang diri kat sini. Pokai woh.

Harga berpatutan dengan rasa. ^^

Tak ingat sangat harga dia. Kalau nak lebih lanjut boleh tengok dalam list menu dia.

Kedai kecil sahaja, terletak berdepan dengan jalan nak masuk ke kedai Nima Al-Mandi.

5) Supper


Wadi Hadramaut atau nama lain dia Yamani Underground

Kedai ni kedai Yamani. So memang dia ada serve nasi. Sama macam kedai yamani lain. Tapi kedai ni best sikit, sebab malam dia ada menu lain.

Kalau lepak-lepak malam-malam minum Syai 'Adni (teh susu + cengkih), ditambah dengan Roti Tawa (ala-ala roti canai sikit), atau dengan Mutabba' Hellu (ala-ala murtabak, tapi dengan susu & madu) dan juga ma'subah (pisang yang dikisar, dicampur dengan susu & madu) sebagai pencuci mulut & penutup menu seharian, tempat ni memang terbaik.

Lepak-lepak dengan graduan Yarmouk @ Yamani Underground

Terletak sebelah Bank Islam Jordan area Syari' Jamiah ni. Kalau datang Irbid, tanyalah budak-budak ni, siapa tak tahu memang nak kena pukul. =P

Waktu operasi bermula lepas Zohor sampai lewat malam. Tapi menu yang selain nasi hanya akan ada selepas maghrib sahaja.

Harga ikut menu. Nak cerita pun tak reti. Kadang-kadang pakcik kedai tu belanja syai adni tu. So complicated sikit. Hehe.

So, kalau datang Irbid, jangan lupa try kedai-kedai ni. Setakat ni memang puas hati untuk aku. ^^

Rasa ni subjektif kot. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pandangan peribadi aku. Kalau yang lain ada tempat-tempat yang sedap, pun boleh kongsikan.

Bihun tomyam - Special order sahaja. =P

Orait, thats all for now. Take care folks!

-Syphoon-
Irbid, Jordan


2 comments:

emirhasnan said...

kalau makan dekat sume mat'am yang disenaraikan dalam sehari,boleh buncit balik malaysia nih..

:)

syphoon said...

sapa boleh makan semua kedai ni dalam sehari memang respek la. haha!