Saturday, November 15, 2008

Ada panggilan...

UPDATE

Maaf kepada yang bertanya, agak sibuk untuk menjawab di blog ini.

Alhamdulillah, pihak PERMAI & beberapa pihak yang lain telah dapat mengumpulkan sumbangan berjumlah JD4700 (kadar tukaran semasa JD1 = RM5.137) untuk saudari Nabilah Huda.

Dan berita yang paling akhir adalah beliau telah pun keluar dari hospital (keadaan sudah stabil), cuma perlu kepada rawatan & follow up lanjutan pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang, tidak kira dari apa jua aspek, tenaga, masa & material. Warga PERMAI sekalian berdoa agar beliau kembali sihat dan dapat menyambung kembali perjuangan di bumi Jordan ini kelak.

Wallahua3lam.
____________________________________________________________________



Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Pagi ini teringat akan satu nasyid yang telah lama didengari...


Zawfan


Get your own playlist at snapdrive.net!


Terserlah perubahan
Di utara Zawfan
Dengan pembaharuan
Dan kecemerlangan

Era kebangkitan
Yang dinantikan
Kini di sana
Telahpun bermula

Mereka meminta
Kepada semua
Yang di luar sana
Sertailah segera

Berikan isyarat
Moga dapat dikesan
Agar kita dapat
Menghantar bantuan

Perlukan bantuan
Sila hantar pesanan
Kami sedia berkorban
Dengan keyakinan

Ada panggilan
Meminta bantuan
Dengan pesanan
Tak mahu ketinggalan

Ada panggilan
Meminta bantuan
Dengan pesanan
Kami inginkan Islam

Cara hidup Islam
Penyelesaian
Hanya dengannya
Mampu kita bertahan

Pernahkah kau terdengar
Tentang kebenaran
Yang diwahyukan
Di dalam Al-Quran

Oleh itu kawan
Jagan ketinggalan
Sertailah kami
Demi kesejahteraan

Kepada siapa sahaja
Yang mendengar siaran ini
Kami mengajak anda
Menyertai kami
Kami memerlukan anda
Sahutlah cabaran ini

Song by Yasin
Lyric by Yasin
Produced by Yasin
Vocals by Fakhruddin



Semalam saya sempat pergi menziarahi seorang junior saya di KISAS & juga di Jordan ini di Jordan Islamic Hospital di Amman. Apa sakitnya, rasanya warga PERMAI juga turut mengetahui...

Sempat juga bertanya, berkenaan yuran perubatan di sana kepada bahagian kewangan hospital.

Sehingga semalam (Jumaat; 14hb November 2008), kos perubatan beliau telah mencecah JD3700 dengan yuran harian perlu dibayar sebanyak JD110.

Justeru, saya rasakan perkara ini merupakan SATU PANGGILAN buat kita semua, agar tidak ketinggalan untuk merasai nikmat ukhwah Islamiyyah, agar tidak ketinggalan untuk memberikan bantuan, terutamanya dari aspek kewangan.

InsyaAllah, tabung PERMAI akan bergerak di bawah JKK Kebajikan & Keselamatan dan adalah sangat-sangat diharapkan sekiranya warga PERMAI yang berkemampuan (terutamanya tajaan JPA & MARA) untuk menghulurkan JD10 seorang (andai 150 orang JPA/MARA x JD10 = JD1500) insyaAllah lebih kurang 1/3 kos perubatan sahabat kita itu dapat ditampung.

Atas dasar iman & ukhwah, insyaAllah JD10 itu akan nampak kecil, serta ingatlah, setiap satu kebaikan itu diganjarkan oleh Allah SWT dengan 10 kali ganda.

Andai ada perselisihan dengan mana-mana individu atau badan/persatuan, harap diketepikan buat sementara waktu. Satukan tindakan, sinergi mencari penyelesaian. Terima kasih daripada pihak PERMAI kepada semua pihak yang telah memberikan pengorbanan harta mahupun masa dalam membantu sahabat kita ini.

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

3 comments:

Faisal Admar said...

hmm. semoga dapat kumpul sebanyak mungkin. dalam keadaan ini, kita kena tolong menolong dan kesalahan yang lampau haruslah dimaafkan. semoga dia cepat sembuh. amin...

p/s: terima kasih post house tu. kasi account maybank ada?

Anonymous said...

Macam mana kalau orang dari jauh nak menyumbang juga?

Anonymous said...

dengar kate dpat kumpul smapai JOD 4000 +++ alhamdulillah.. ramai nye yang turut membantu..