Bismillah…
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW….
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh
manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
-Hadith ke-20, Matan 40 Imam Nawawi
“Pagi-pagi akan ada bas depan sakan mereka, bawa terus ke universiti,” sambung pakcik itu lagi.
“Kenapa?” soalku kembali.
“Akan ada 4 orang yang akan disoal kelak berkenaan dengan wanita ni,” tegas pakcik tersebut.
HARI INI
Hari ini aku melangkah keluar, aku mengalami satu kejutan besar terutama di JUST, universitiku. Bukan dek kerana minah-minah Arab, tetapi lebih kepada Maliziyyat atau siswi Malaysia sendiri.
Mungkin aku mengalami satu zaman transition, di mana bermula dari batch aku dan ke bawah, persekitaran atau biah agak terjaga, dari segi aspek pakaian terutamanya. Tapi hari ini tidak lagi. Bahkan ada siswi Malaysia yang sudah menjadi Arab!
Ah, aku tidak ingin mempersoalkan mereka yang sempurna cara pemakaian mereka. Cuma pada yang kurang, diriku seakan-akan janggal melihatnya. Andai ada yang beralasan 'ada yang lebih teruk' maknanya sensitiviti kita semakan terhakis & yang kurang sempurna itu dianggap biasa, dengan keadaan yang 'lebih teruk' itu sebagai neraca, maka aku pasti satu masa tidak akan ada biah Islamiyah itu di bumi Irbid ini.
DURIAN & RAMBUTAN vs MUSLIMAH
Durian diberi nama sedemikian kerana wujud durinya. Rambutan juga begitu. Tidaklah dipanggil durian sekiranya tidak berduri, & tidak juga dipanggil rambutan sekiranya tidak berambut.
Mungkin durian namanya kelapa, atau rambutan namanya manggis.
(Perumpamaan mengarut kot)
Begitu juga seorang muslimah. Tidaklah dipanggil seorang muslimah itu sekiranya tidak sempurna pada luaran (cara pemakaian)nya atau pun pada akhlak & pertuturan.
Rupa luar durian yang memberikan tanda itu adalah durian. Seorang muslimah juga dikenali dengan cara pemakaiannya.
HILANG DURI?
Aku kira, nilai atau pakaian malu ini semakin terhakis dalam diri muslim. Mungkin corak berpakaian musim sejuk ketika ini, atau lebih kepada tidak mahu ketinggalan dalam trend masa kini. Aku tidak tahu. Cuma yang aku pasti, sekiranya malu ini masih bersarang dalam jiwa kita, maka itulah yang akan menjadi kayu ukur kita tatkala melihat cermin.
Firman Allah SWT :
Lakukanlah apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu lakukan.
-Surah Fussilat : 40
Ancaman & sindiran yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Andai Allah menjadi neraca, maka insyaAllah tidak perlu lagi program 'Ikhtilat Sifar', ' Kempen Menutup Aurat' dan segala bagai program.
SUDAH SEMPURNA?
Ah, adakah sudah sempurna? Mari kita tinjau apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.
1633 وعنْه قَال : قَال رسُولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
« صِنْفَانِ مِنْ أهلِ النَّارِ لمْ أرَهُما : قَوْمٌ معهم سِياطٌ كأذْنَابِ الْبقَرِ يَضْرِبونَ بِها النَّاس ، ونِساء كاسياتٌ عارِياتٌ مُمِيلاتٌ مَائِلاتٌ، رُؤُوسُهُنَّ كَأسْنِمةِ الْبُخْتِ المائِلَةِ لا يَدْخٌلنَ الجنَّةَ ، ولا يجِدْنَ رِيحَهَا ، وإنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مسِيرَةِ كذَا وكَذَا »
رواه مسلم .
1633. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "There are two types of people who will be punished in Hell and whom I have not seen: men having whips like the tails of cows and they will be beating people with them, and, women who will be dressed but appear to be naked, inviting to evil; and they themselves will be inclined to it. Their heads will appear like the humps of the Bactrian camel inclined to one side. They will not enter Jannah and they will not smell its fragrance which is perceptible from such and such a distance.''
[Muslim]. –Riyadh As-Solihin : 1633
2) Menyerupai lelaki bagi perempuan & vice versa
1632 وعنْ أبي هُريْرةَ رضي اللَّه عنهُ قال :
لَعنَ رسُولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم الرَّجُل يلْبسُ لِبْسةَ المرْأةِ ، والمرْأةِ تَلْبِسُ لِبْسةَ الرَّجُلِ .
رواه أبو داود بإسناد صحيح .
1632. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) cursed a man who puts on the dress of women, and a woman who puts on the dress of men.
[Abu Dawud]. –Riyadh As-Solihin : 1632
Mungkin akan ada yang melenting. “Bukan salah kami, salah lelakilah yang melihat!” Oh, sampai begitu sekali….
Ketahuilah yang setiap syariat-Nya itu turun dengan hikmah. Firman Allah SWT :
19. Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat[1318] dan apa yang disembunyikan oleh hati.
[1318] yang dimaksud dengan pandangan mata yang khianat adalah pandangan yang dilarang, seperti memandang kepada wanita yang bukan muhrimnya.
-Surah Al-Ghafir : 19
KESEDARAN & SENSITIVITI
Adakah terlalu memberatkan?
Hanya dek kerana sudah menjadi ‘kebiasaan’, maka ia diterima menjadi hukum?
Aku risau, aku akan terkena efek yang sama seperti ‘local anaesthetic’. ‘Local anaesthetic’ atau satu kaedah untuk menjadikan bahagian itu kebas, tidak terasa apa-apa. Bermula dengan hilangnya rasa sakit, kemudiam sentuhan, perubahan suhu, tekanan & akhir sekali adalah gerakan otot,
Muslim yang sudah hilang sensitiviti tidak akan terasa sakit tatkala Islam dihina dengan kata-kata. Kemudian diusik dengan sentuhan lembut dengan tujuan menjahanamkan Islam, diikuti ‘pembakaran’ atau ‘pembekuan’ syariat & nilai Islam itu sendiri, yang selepasnya diikuti dengan tekanan, sehingga mengakibatkan tidak gerakan atau tindakan untuk membela/membantu agama yang suci ini.
Nah, andai dunia semakin moden, seharusnya makin banyak cara untuk kita menyempurnakan tanggungjawab kita kepada-Nya. Bukan makin kita menimbun murka, mengkambus diri ke dalam azab-Nya.
PESANAN BUAT TEMAN
Sedikit pesanan buat sahabatku yang bakal berumah tangga kelak, ingatan pakcik teksi itu & juga gambar di bawah ini aku hadiahkan buatmu. Moga segala urusanmu dipermudahkan oleh Allah SWT.
Fikir-fikirkan maksud tersirat =)
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan




5 comments:
Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAH ... waffaqakALLAHu bi kitabatika hazihi ... selamat berdakwah dengan penulisan ..semoga Allah membuka minda dan hati para pembaca dengan kebenaran ..moga penulisan nta sentiasa diiringi redha Allah..kullu 'am wa anta bi alfi khoir..taqabalALLAHu minna wa minkum : )
Salam Alaik,
Kita adalah Melayu, Melayu yang punya Iman, punya Islam, kita kaya dengan budi budaya sopan santun & pelbagai etika adatnya. Pasal pakaian muslimah ini memang tak habis dibincangkan, dengan penulisan ni kita dapat memberi nasihat kepada mereka-mereka ini, & tidak juga kepada diri kita ini..
Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda tentang aktikel tentang pakaian muslimah ini. Sila la kita sama-sama membaca untuk menambahkan ilmu di http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=139
people...ouh..people..
ak rasa,itu tggungjwp kita utk didik sensitiviti org supaya dia tk susah dgn sikap dia sndiri di kemudian hari..
ak rasa,lagi elok ko ckp ngan dia baik2..kalo tk ckp urm,tkkn nk biarkn terus2 an dia gtu..
kita kwn dia,kita tlg dia perbaiki diri dia..=)
lain org,lain dia pk..
apa maliziyat tu pakai? Sampai kalah minah arab pulak? Ala2 amereka ka?
best jugak perumpaan durian tu...risau jugak..lame2 org suka buang duri yang ada pd durian supaya lebih mudah di bawa,dan sape2 pun boleh memegangnya...
Post a Comment