Sunday, May 04, 2008

MMJ : Pengumuman

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

*Ehem ehem*


Beberapa pengumuman sebelum berakhirnya semester kedua bagi sesi pengajian 2007/2008.

1) Fatrah Final Exam

Final exam (teori) bagi mahasiswa di JUST akan bermula pada 21 Mei 2008 - 4 Jun 2008, manakala bagi lab exam akan diadakan pada fatrah seminggu sebelum 21 Mei tersebut.

Iklan boleh dirujuk di sini.

Jadi cuti bagi semester kedua secara rasmi akan bermula pada 5 Jun 2008.
(Selamat jalan kepada mereka yang akan pergi melancong / balik Malaysia / mendirikan rumahtangga.)

2) Lecturers Evaluation

Lecturers Evaluation telah pun dibuka untuk anda menilai tahap pengajaran lecturer(s) anda semua. Evaluation boleh dibuat di pautan ini.

Sekiranya anda tidak berbuat demikian, kemungkinan besar anda akan dihalang untuk log in ke Khidmat Tolib.

(Klik untuk besarkan imej)

3) Yuran pengajian

Pembayaran yuran pengajian bagi mahasiswa persendirian/pinjaman boleh dilakukan bermula pada tarikh 6 April 2008 - 18 Mei 2008, seperti yang diiklankan di sini.

4) Pendaftaran bagi semester musim panas

Pendaftaran bagi semester musim panas akan bermula pada 18 Mei 2008 (klik untuk iklan), walaubagaimanapun, jadual untuk tarikh yang tepat masih belum dikeluarkan (akan dikemaskini kemudian).

Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan komputer atau capaian internet, bolehlah menggunakan kemudahan tersebut di JUST seperti yang tercatat di sini.


Dan yang terakhir, good luck buat semua warga PERMAI yang sedang menghadapi second exam & akan menghadapi final exam dalam masa seminggu dua lagi.

Semoga Allah permudahkan segalanya...


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1614, 28 Rabi'ul Akhir 1429

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum
terima kasih kerana mem-post pengumuman penting seperti ini pada blog anda
ramai di kalangan kita, termasuk saya juga, yang x terfikir nak tgk pengumuman2 di JUST.
dan sekali lagi terima kasih sbb tafsir pengumuman2 tersebut sbb saya jugak kurang paham announcement yg univ tulih dlm website.
wassalam

syphoon said...

wsalam wbth...

Iklan-iklan ni semuanya banyak ditampal kat JUST sendiri. Kat surau Nursing, kat lab, kat Syuun Tolabah, & biasanya iklan ni semuanya akan diupload di laman web rasmi JUST.

Anonymous said...

skadar pembetulan,final abes 4jun rasenye...kalo xsilap la...

syphoon said...

fixed

thx kepada yg menegur.

Anonymous said...

bile tarikh tasjil??? syukran