Monday, April 21, 2008

Kekuatan, Bukan Igauan!!! (2)

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...



Banyak respon yang diterima. Ada yang menerima, ada yang menolak, malahan ada yang mengemukakan persoalan kembali berkenaan artikel Kekuatan, Bukan Igauan.

Sekiranya para pembaca mahu mengaitkan dengan mana-mana blog, itu hak anda semua. Cetusan idea saya merupakan perasaan yang telah lama dipendam, sebelum blog Silence Stalkers itu terbina. Maka dengan itu saya menulis, kerana tidak tahan lagi untuk dipendam. malahan pada awal artikel tersebut, saya menyatakan untuk blog secara umum, bukan sekadar itu sahaja.

Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah SIKAP kita sebagai seorang Da'ie. Bagaimana kita memandang mad'u kita? Menyamakan level kita dengan mereka? Abu Saif ada menyatakan dalam artikelnya 'Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda'. Harap para pembaca boleh meneliti perkara ini.

Perkara yang kedua, adalah berkaitan perkara akidah. Teguran yang dibuat hendaklah dipastikan dengan keadaan mad'u memahami & mempunyai kekuatan asas dalam akidah. Mengapa perlu beribadah sedangkan keyakinan mereka kepada Allah SWT masih lemah? Perlukah manusia kepada Tuhan?

Seterusnya, perkara ketiga, berkaitan dengan perkara yang kedua juga, tekankan dalam aspek akidah terlebih dahulu. Kita menegur dalam bab ibadah, perlakuan & luaran, sedangkan banyak lagi persoalan akidah belum terjawab. Logikkah untuk 'Beragama Tanpa Tuhan'?

Perkara yang seterusnya, penulisan hanyalah salah satu cabang daripada dakwah. Penulisan tidak akan dapat menggambarkan kesemua keadaan yang berlaku dalam masyarakat, hanya mampu untuk memberi kesedaran kepada yang belum lena, sedangkan yang telah enak diulit mimpi, pendekatan lain perlu digunakan. Menjerit-jerit di sebalik pintu, tidak akan menyedarkan mereka ini, malahan meningkatkan lagi tahap annoyance mereka kepada kita.

Saya bukanlah orang yang terbaik dalam memperkatakan hal ini, cuma mengajak sahabat sekalian untuk membetulkan dahulu turutan dalam kita turun ke lapangan dakwah. Semangat itu bagus, tapi perlu pada saluran yang betul. Masa yang lama kita perlukan untuk menambah pengetahuan, menimba pengalaman & meneguk kepahitan dalam perjuangan.

Biarlah Islam yang indah itu nampak indah, tidak diselubungi oleh karat-karat jahiliyah, dalam apa jua bentuk. Kita mengajak mereka kepada Allah, maka ajaklah mereka mengenali-Nya dahulu, meyakini kepentingan Tuhan dalam kehidupan, kemudian barulah perkara-perkara seterusnya disentuh.


Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
2139, 15 Rabi'ul Akhir 1429.

(harap semua pautan yang dibuat dalam entry kali ini ditekan & dibaca serta dihadamkan sebelum diskusi dilakukan)

1 comment:

Faisal Admar said...

sebuah penulisan yang berat. sedap dibaca tapi tak boleh nak komen. setuju dengan point2 yang diberi.

amin.