Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Surat tersebut: (pautan asal di sini)
____________________________________________________________________
MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf
Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.
Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.
Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.
Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.
Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.
Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di
Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.
Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.
Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.
Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.
Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.
MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.
____________________________________________________________________
Respon saya :Sebenarnya, tak berapa minat nak jawab surat ni, sebabnya, persoalan yang dikemukakan tu, bukan kepada kita, tetapi kepada pembuat polisi, iaitu kerajaan Malaysia sendiri.
Hal macam inilah kita nak tengok kebijaksanaan pemimpin kerajaan kita, sebab mereka yang buat polisi, maka merekalah yang sepatutnya lebih tahu berkenaan perkara ini. Kalau kita sendiri yang jawab, nanti akan dikata sebagai self defense & sebagainya.
Apa pun, ada beberapa komen & ulasan serta kritikan kepada Mahasiswa Biasa ni. Jelas sekali yang beliau tak buat homework yang cukup sebelum mula menulis. Lantas mengeluarkan idea & hujah tanpa beban bukti yang cukup, & apa yang dituliskan itu hanyalah mengikut hati & perasaaan semata.
1) Bidang sains & teknologi termasuk sains kesihatan adalah satu ilmu yang sentiasa berkembang. Setiap hari akan ada penemuan baru, tidak kira penyakit, teknologi mahupun ubatan. Sekiranya hanya untuk belajar dalam bidang perubatan, sememangnya mencukupi dalam Malaysia sahaja, tapi untuk belajar berkenaan pengetahuan yang lebih advance, semestinya ilmu tersebut dicedok terus dari tempat berkenaan. Negara-negara maju di Eropah sendiri pun masih saling bergantung, inikan kita pula 'eksen' dengan mengatakan sudah memadai apa yang ada dalam negara.
2) Mengambil contoh Singapura. Singapura bukanlah seperti Malaysia, dari segi saiz sekalipun. Adakah Mahasiswa Biasa benar-benar pasti yang kerajaan Singapura atau sememangnya tiada pelajar dari Singapura keluar belajar di tempat-tempat lain?
3) Nisbah doktor & pesakit. Nisbah yang paling ideal adalah 1:10, seorang doktor & sepuluh pesakit. Cuba rujuk statistik oleh Medical Board terlebih dahulu berkenaan jumlah doktor & pesakit di Malaysia sebelum membuat hujah yang dangkal
4) Pengalaman & pengajaran. Semestinya keadaan di negara lain adalah berlainan dengan negara kita Malaysia sendiri. Banyak yang lebih positif berbanding negatif. Misalnya di negara-negara Barat & Eropah, mereka mempunyai Chapel yang menawarkan khidmat kaunseling & mental untuk para pesakit, & Alhamdulillah kini telah terlaksana di Institut Jantung Negara yang kini punyai Muslim Chapel pula.
Jika dikatakan lepasan luar negara tidak pandai untuk mengambil darah, maka di situ kita nampak Malaysia sendiri punyai kekurangan, iaitu Nurse juga tidak mencukupi!!! Sedangkan di negara luar, soal ambil darah tidak dilakukan oleh doktor, tetapi oleh jururawat.
Malahan di Jordan sendiri, adanya course Radiology, yang mana tidak dipelajari oleh medical students di Malaysia, kerana cabang Radiology diasingkan untuk membentuk profesyen Radiologist.
Perkara lain seperti Fiqh Perubatan seperti yang diketengahkan oleh Mahasiswa Perubatan di Mesir, semestinya sukar untuk dipelajari sekiranya tidak diambil terus daripada sumbernya.
5) Balik menjadi pembangkang. Hujah paling cetek & dangkal. Tak perlu hurai panjang-panjang.
6) Tidak berada dalam keadaan realiti. Mahasiswa Biasa jelas masih lagi seorang Penuntut & bukannya telah bekerja. Jadi bagaimana beliau boleh menuduh lepasan luar negara sombong & tidak pula menjadi ketua jabatan? Adakah dengan berjumpa seorang dua doktor lepasan luar negara, maka boleh menghukum sesuka hati begitu sahaja?
7) Membawa kes-kes terpencil. Jelas Mahasiswa Biasa suka mengemukakan kes-kes terpencil seperti lepasan luar negara tidak pulang ke Malaysia semula, kes tangan bayi terputus & menghasut pelajar lain di luar negara.
Rasanya cukup sekadar ini dahulu. Sekiranya ada antara sahabat-sahabat yang ingin menambah, ruangan komen saya sentiasa terbuka, tapi pastikan menulis dengan akal yang waras.
Wallahua3lam
-Syphoon-
Irbid, Jordan
1151, 2 Jamadil Awwal 1429.
9 comments:
Aslm wbt.
Benar apa yang enta cakap. Selaku pelajar Medic di Ireland, kami dapat belajar banyak dari mereka. Ada hujah2nya yang amat goyah, malahan palsu. Contohnya:
1. PElajar tidak mesra pesakit:
Di sini, medical ethics amat dititikberatkan. Hingga cara nak kommunikasi pun ada protocol. Mula dengan open question, cuci tangan sebelum consultation, selalu minta izin, make patient at ease, etc. Katakanlah consultant tanya patient boleh tak bawak student masuk, and patient kata tak boleh, kita tak boleh masuk. hak patient amat dititik beratkan. Ironinya, ana selalu dengar cerita doktor tempatan yang kasar dengan patient, mak bidan yang tengking kat patient yang melahirkan anak, etc. Sungguh melulu tuduhan pelajar ini. PErnah terfikir kenapa kami di sini tak leh belajar ambik darah pada patient? takut patient dicederakan. hak patient amat dititikberatkan.
So, apa patut kita buat? time summer, buat attachment. belajar dengan nurse2, doktor2, medical2 student tempatan. personally mmg ini plan ana.
kita bahawa ilmu dan kemahiran di sini balik ke malaysia.
doktor overseas tak jadi ketua jabatan? hm.. siapa pegang cardiology di malaysia sekarang? Dr Otih, yang baru balik dari UK! (kalau tak silap ana)
Ingin sekali ana reply sendiri pada insan yang tulis comment tu.
Sememangnya Mahasiswa Biasa ni tak buat homework habis dulu, lantas menaip ikut hati & perasaan.
Thanks atas komen & informasi yang berguna daripada sahabat di Ireland.
=)
Wallahua3lam.
salam syphoon..
menyokong apa yang ente tulis.
Mahasiswa Biasa patut berfikir panjang sebelum menulis. Jangan disebabkan masalah hati dan perasaan surat bodoh itu dihasilkan.
'Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat'
Assalamu'alaikum syafiq,
Sedih je baca surat tuh, ni kali ketiga as baca, baguslah ramai yang respon, sume d blog. Bagus2 ;)
(tapi first time as baca respon dari non-medical student, glad).
Cuma ada beberapa perkara dari respon syafiq yang as rase curious sket.
"Jika dikatakan lepasan luar negara tidak pandai untuk mengambil darah, maka di situ kita nampak Malaysia sendiri punyai kekurangan, iaitu Nurse juga tidak mencukupi!!! Sedangkan di negara luar, soal ambil darah tidak dilakukan oleh doktor, tetapi oleh jururawat."
Nurse tak cukup kat Msia ke? Ke kat Osea? He, kurang faham. Hmm...kat hospital di Msia, rase sangat pelik kalo dokter yang amik darah. Sume nurse buat. Kalau private clinic je baru dokter yang amek darah.
"Malahan di Jordan sendiri, adanya course Radiology, yang mana tidak dipelajari oleh medical students di Malaysia, kerana cabang Radiology diasingkan untuk membentuk profesyen Radiologist."
Course radiology ape ye yang syafiq maksudkan tu? Medical student kat Jordan ade subject specific blaja pasal radiology ke yang medical student msia tak blaja? Ke camne? Bleh bagi penerangan lanjut, minat nak tau.
Okay syafiq, keep writing ya.
wassalam
Yup, untuk radiology, ada subjek dia kat sini yg mesti diambil oleh Medical Students. Hari tu senior ada yg buat posting kat Msia, diorg cita pasal benda nih.
keep up ur good works...(^_^)
kat jordan x der mayat..heheh..kenapa x ckp blaja sumer tempat pun bgs..sumer ada baik buruk...but bila belajar bergantung pada diri...kalu lingkup x blaja..lingkup jgk lah doktor tuh xkira mana dia blaja..so everyone must have the same mission and vision..that is untk rawat penyakit n patient..secara tidak langsung kita melakukan amal jariah..so x der soal mana bgs..all depend kat tgn kita..jgn lah mendengki pelajar yg lain yg berada diluar atau dalam kerana kita sumer mempunyai tujuan yang sama..
lps nih hrp akan ada posting perbandingan negara..cnth europe,middle east n local...dari situ ada baik n buruk yg bleh dilihat bakal mahasiswa...dari situ jgkmereka bleh buat keputusan kemana mereka patut pergi berdasarkan keinginan dan tujuan hidup mereka..sbb sekiranya bakal mahasiswa nih wat salah keputusan..x jadi doktor jgk..fail jer sume paper..heheh..k good luk sumer mahasiswa..kat mana pun kena niat kerana Allah...n sumer bergantung kepada bagaimana kita corak hidup kita..sekiranya kat europe mungkin iman kena kuat,sekiranya kat middle east,ramai yang kurang blaja bersungguh2 relak sgt(mesir),sekiranya kt local,x der pengalaman serta pengisian agama...sumer ada kebaikan yang tersendiri sekiranya niat kerana Allah bagi membantu yang lemah..bkn kerana wang ringgit...
salam..
terima kasih kerana dahmenjawab semua hujah2 "mahasiswa biasa" tu.hmm..
macam kat india,munskin kat sini kami tiada subjek tambahan macam kat jordan,tapi belajar kat negara yang agak "mundur" dari segi infrastruktur dan kurangnya kemajuan secara sama rata,mengajar kami erti sebenar kesyukuran..melihat budak2 mintak sedekah,kutip makanan dari tong sampah,depan mata,ajarkami menghargai Malaysia.
melihat masyarakat mundur malah xdibela kebajikannya menjadikan hati rase lebih pedih.kami jadi lebih tabah hadapi masalah..kami malah jauh lebih beruntung dari mereka..
bukan ke seorang doktor bukan sahaja kuat akalnya malah lebih sabar hatinya??
tula yang kami cari dibumi india..
insya'Allah..=)
Post a Comment