Sunday, March 16, 2008

Muhasabah

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Sekian lama telah kita berjuang untuk mendapatkan kenaikan biasiswa daripada pihak yang berkenaan. Bermula daripada generasi pertama di JUST (batch kemasukan 2001) . Pelbagai cara telah kita gunakan, namun sehingga kini masih tiada jawapan yang dapat memuaskan hati kita, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat saban hari.

Penarikan subsidi petrol & bahan bakar kenderaan & juga gas memasak, kenaikan tariff elektrik & kenaikan harga barangan yang mendadak sudah tentu sangat membebankan kita.


2001 - 2008; 7 tahun, bukan satu tempoh yang singkat. Sudah pasti pelbagai cara & kabel telah kita gunakan, ratusan helaian borang telah kita penuhkan.

Mengapa sehingga kini kita masih belum dapat merasai kenaikan elaun sara hidup ini sedangkan sahabat-sahabat di negara lain dalam bidang yang sama dengan kita telah pun menikmati perkara ini?

Muhasabah

Kadangkala, kita terlupa kita kini berpijak di dataran Syam. Bumi para anbiya', yang pada daerah ini juga lahirnya penentang Islam. Pilihan kita, mahu menjadi yang mana satu. Di sinilah tumpahnya darah pada syuhada' dari kalangan para sahabat R.A & Bumi Syam ini merupakan tanah yang penuh barakah, disebutkan di dalam Al-Quran berkenaan Isra' & Mi'raj.

Firman Allah SWT :

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. - Surah Al-A'araf : 96

Satu muhasabah yang perlu kita lakukan, selain tidak berhenti dari ikhtiar, adalah dengan memikirkan kembali keadaan kita di sini.

Bagaimana keadaan diri kita ketika ini, sahabat-sahabat kita di sekeliling & juga persekitaran kita dalam biah masyarakat Melayu di Irbid ini?

Bagaimana kita mahu meminta daripada Pemilik Agung iaitu Allah SWT sedangkan kita masih berada di luar cakupan iman? Sedang kita meminta, namun perkara-perkara lagha masih kita lakukan, tidak kurang ada antara kita yang melakukan sesuatu yang di luar batasan syariat Allah SWT.

Di mana letaknya nilai iman & taqwa masyarakat kita pada ketika ini, itulah yang wajar kita persoalkan sebelum kita meminta lebih jauh.

Sekiranya telah kita lakukan sesuatu yang di luar batasan, maka kembalilah kepada-Nya.

Firman Allah SWT :

10. Maka Aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun-,

11. Niscaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,

12. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.


Begitulah janji Allah SWT, supaya kita, sebagai hamba-hamba-Nya ini sentiasa mengingati-Nya. Adapun ujian yang kita hadapi kini tidak lain & tidak bukan hanyalah untuk mengingatkan kita siapa Empunya Agung yang menguasai pintu rezeki.

Jagalah diri kita, supaya dosa & kesalahan yang kita lakukan tidak menjadi sebab sahabat-sahabat kita di azab & doa mereka tidak dimakbulkan.

Jagalah sahabat kita kerana azab & ujian Allah itu tidak akan tertumpu kepada individu tertentu sahaja.

Tinggalkan yang berbentuk maksiat & lagha, hidupkan amar ma'ruf nahi mungkar, tanamkan budaya ilmu di samping kita terus berusaha mendapatkan kenaikan elaun yang menjadi hak kita semua.

Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
2258. 8 Rabi'ul Awwal 1429

Pautan lain :
Antara Rungutan & Kesyukuran
Forum PERMAI : Kenaikan Biasiswa
Surat 1 (Berita Harian)
Surat 2 (Berita Harian)

3 comments:

Hanan_Mahmood said...

Betul jugak...

Allah x kn menzalimi hmbanya.. dan rezeki yg dikurniakan-Nya sbnrnya mencukupi dgn keperluan kita.. sedang Dia lebih mengetahui..

mgkn kita kena bykkn lg muhasabah ke mana kita salurkan duit kita selama ini.. (T_T)

syphoon said...

apa yang cuba saya bawakan di sini bukan sahaja pada bagaimana kita membelanjakan biasiswa tersebut.

Tetapi lebih kepada amalan seharian kita.

Bagaimana kita mahu meminta tambahan rezeki daripada Allah SWT sebagai Pemilik Agung, sedangkan hak-hak-Nya tidak kita jaga?

Dari segi perlakuan, ikhtilat, cara berpakaian, akhlak, kehidupan kita secara keseluruhan sebagai seorang Muslim, adakah menggambarkan kita ini beriman & bertaqwa?

Jagalah Allah sentiasa, nescaya Dia akan menjaga kita.

Ingatlah Allah dalam keadaan kita senang, nescaya Allah akan mengingati kita tatkala kita susah.

Pintalah kepada-Nya dengan jati diri seorang Muslim. Jangan kita dok meminta-minta, tapi tanggungjawab kita sebagai Hamba-Nya kita abaikan.

Wallahua3lam.

Anonymous said...

yup..lets muhasabah~

mga hr esok lbih baek dr hr2 yg sblm ni~

smga Allah permudahkan smua~