Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Berikut merupakan jawapan dari pihak JPA berhubung kepada surat-surat yang disiarkan dalam ruangan Surat Pembaca Berita Harian (klik sini untuk pautan terus)
____________________________________________________________________
JPA kaji elaun pelajar Mesir, Jordan
JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk surat ‘Encik Md Rusli Md Nor, Kuala Lumpur’ dan ‘Penuntut Tajaan KPTM, Amman, Jordan’ serta `Pelajar Tajaan JPA’ yang disiarkan akhbar ini masing-masing pada 10, 13 dan 17 Mac lalu. Ia berkaitan masalah dihadapi pelajar tajaan di Mesir dan Jordan berhubung peningkatan kos sara hidup di negara terbabit.
Jumlah elaun sara hidup yang diterima pelajar tajaan JPA di Mesir pada masa ini sebanyak RM840 dan Jordan RM1,201 sebulan.
Berikutan peningkatan kos sara hidup di negara Asia Barat pada ketika ini, JPA sedang mengkaji kadar baru yang lebih bersesuaian dengan keperluan kos hidup semasa bagi pelajar di kedua-dua negara berkenaan.
NIK NORAINI NIK YA,
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Bahagian Perkhidmatan JPA,
Putrajaya.
Setakat ini, masih tiada sumber rasmi yang menyatakan berapa kadar peratusan telah diluluskan untuk dinaikkan.
Apa yang dinyatakan adalah 'sedang mengkaji'. Elakkan daripada menyebarkan berita yang tidak rasmi & memberikan harapan kosong.
Pengalaman yang lalu telah cukup untuk meletakkan kita supaya tidak menaruh harapan tinggi & terus berjuang untuk apa yang sepatutnya menjadi hak kita. Doakan supaya permohonan diluluskan.
Jangan kerana dengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan...
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0209, 12 Rabi'ul Awwal 1429
3 comments:
semoga Allah bagi yg tbaik utk kita semua.
perjuangan perlu diteruskan..
jwpn yg diberi adalah daripada bahagian komunikasi korporat.. kita dulu pernah dengar jwpn daripada menteri pengajian tinggi sendiri n timbalan pengarah JPA.. kata nak kaji..
cukuplah penantian dan janji2 manis selama ini..
kalau takutkan ombak jangan berumah ditepi pantai..
protes sampai naik!
Semoga kenaikan tersebut menjadi kenyataan.
Wallahualam.
Post a Comment