Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
"Harga barang naik lagi..?"
"Tambang bas naik 10 qirsy dari Mujamma' Amman..."
"Bila la nak naik biasiswa ni..."
Lewat ini, keluhan-keluhan ini keluar dari mulut kita sedar atau tidak. Kenaikan harga minyak secara mendadak di Jordan bermula 7 Februari yang lalu telah menyebabkan kesemua harga barangan runcit & harian meningkat. Hal ini turut meningkatkan lagi kadar inflasi yang berlaku di Jordan.

Mereka yang dibiayai biasiswa mengeluh, apatah lagi sahabat-sahabat yang berada di bawah tanggungan ibubapa secara persendirian. Sudah tentu perkara ini lebih menyulitkan mereka.
Begitu banyak rungutan yang timbul dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Irbid ini. Kos hidup yang tinggi, dengan perbelanjaan bagi keperluan akademik lagi & pelbagai keperluan lain perlu ditampung.
Namun, sedarkah kita rungutan kita itu akhirnya akan meluputkan rasa syukur kita kepada-Nya?
Sungutan & rungutan yang terbit dari mulut kita, menggambarkan seolah-olah tiada rezeki yang diberikan oleh-Nya kepada kita. Hal inilah yang patut kita awasi, supaya tidak berlarutan, yang akhirnya menjadikan kita seorang hamba yang kufur.
Allah SWT berjanji kepada hamba-hamba-Nya, andainya kita bersyukur, maka akan ditambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita. Namun AWAS, seandainya kita kufur & melupakan-Nya, sesungguhnya azab atau kemudharatan pula yang akan ditimpakan ke atas kita.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Aku sendiri sedia maklum, yang elaun sara hidup yang diterima ketika ini sememangnya tidak mencukupi. Aku bersetuju & menyokong sekiranya ada usaha seperti membuat kertas kerja kenaikan elaun & sebagainya. Namun sikap kita dalam menerima musibah ini harus kita ubah.
Kesyukuran kepada Allah SWT itu perlu didahulukan. Bayangkan bagaimana saudara-saudara Muslim kita yang berdekatan dengan kita ketika ini, di Palestin sebagai contoh, ada yang tidak makan berhari-hari, dengan keperluan hidup yang tidak mencukupi, apatah lagi untuk hidup dalam keamanan & keselesaan. Sedangkan kita di sini bersenang lenang tanpa ada memikirkan bagaimana keadaan mereka di sana.
Sikap merungut & bersungut ini perlu dikikis. Kesyukuran tidak kira dari segi amalan zahir ataupun lafaz di hati harus disematkan sentiasa.
Kenaikan biasiswa itu perlu, kerana di sana ada hak kita untuk meminta. Kita pinta apa yang sepatutnya kita perolehi. Sahabat-sahabat di United Kingdom & Ireland atau di Ukraine misalnya, yang menuntut dalam pengajian yang sama, perubatan & pergigian, mereka telah lama menikmati kenaikan elaun sara hidup yang sepadan dengan kos hidup di sana. Sedangkan kita di Jordan telah bertahun lama berjuang, tapi masih dianaktirikan.
Hal ini perlu kita perjuangkan, dengan rasa kesyukuran tersemat di hati. Bukan semata kerana merungut tidak cukup makan pakai, maka kita meminta untuk dinaikkan elaun. Setelah elaun dinaikkan, lantas akan ada yang menukar telefon bimbit, menambah barangan yang kamaliyyat & haajiyyat . Pembaziran, & seperti mana yang kita sedia maklum, tiadalah orang yang membazir itu, melainkan saudara atau ikhwan kepada syaitan, makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT.
Usaha bagi memperjuangkan hak bersama ini perlu dipikul sebagai satu pasukan. Bukan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.
Yang tajaan MARA, mengharapkan tajaan JPA untuk membuat kertas kerja & perkara yang sebaliknya berlaku.
Bila diminta untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan, tiada yang memberi maklum balas.
Bila diminta untuk memberikan kerjasama supaya menghantar keputusan setiap semester kepada penaja, masing-masing memandang remeh & mengambil sikap sambil lewa.
Yang ada, cuma rungutan & cakap belakang. Lantas menyalahkan & menuding jari antara satu sama lain.
Semua SIKAP yang merugikan kita sendiri. Walhal, perkara yang sebegini senang dapat di atasi dengan mudah. Tiada kesepakatan & penglibatan. Hanya tahu menikmati hasil susah payah orang lain. INILAH SIKAP KITA KETIKA INI.
Tiada yang lebih diharapkan melainkan kerjasama & pertolongan. Perkara-perkara asas hampir kesemuanya telah diambil kira. Cuma pertolongan tambahan diperlukan daripada sahabat-sahabat sekalian, dan pertolongan tersebut tidak lain & tidak bukan adalah kerjasama & komitmen.
Wallahua3lam
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0054, 9 Safar 1429
7 comments:
Inikah sifat2 Mahasiswa hari ini dan pemimpin masa akan datang? Nesecaya hancurlah negara.....
sifat apa yg saudara/i maksudkan tu?
berjuang memang pahit,
kerana syurga itu manis
pedih gila entry kali ini
part last tu
inilah yang dinamakan krisis sikap. manusia mudah mengeluh daripada mengalah. mengeluh kerana susah. mengalah kerana inilah ketentuanNya.
semua nak minta naik biasiswa, suruh pihak ni buat sesuatu, desak pihak tu bertindak. tp, ntah2 last skali bila naik nanti, duit tu guna untuk kegunaan sendiri je. pergi bercuti luar negara, beli brg rumah yang melebihi keperluan dan itu dan ini, etc.
pernahkah kita salurkan sesuatu kepada saudara kita yan memerlukan secara berkala setiap minggu/bulan/tahun sebelum ni? kalau ada sahabat kita yang tengah kesempitan, apa reaksi kita? kitakah org pertama yang menawarkan diri untk membantu?
dapat duit, perut kenyang, rumah sedap mata memandang, belajar senang.
cukup ke semua ni?
hayati dan fahami semula erti syukur yang sebenar...
@anonymous
saya masih tak faham apa kaitan ayat saudara/i dgn artikel saya ini.
@deqmoon
pedih tanda terasa.
kak muui
Dunia sekarang dah jadi trend begitu. Masing-masing mengambil sikap pentingkan diri.
Usaha tidak mahu dilakukan. Menikmati hanya dari hasil titik peluh orang lain.
Dengan pelaburan hanya misalnya JD6 untuk setahun (yuran PERMAI) we want to gain more than we paid. Padahal hasil titik peluh orang lain yang dinikmati, yang kita lakukan hanyalah berpeluk tubuh.
Kalau program best, baru nak ikut. Kalau sebaliknya, mula condemned & cakap-cakap belakang.
Maaf kalau ada yang terasa. Kalau tak puas hati kita settle Hari Raya. (lirik lagu 5forty2) =P
Hmm, perkara ni banyak berlaku. Remaja sekarang mahupun orang "veteran" sudah lupa untuk bersyukur. Semua nya tidak cukup.
Takde komen pasal demam pilihanraya di Malaysia? =)
P/s: Abaikan anonymous. Kalau dia berani, dia pakai nama sebenar. Setakat masuk blog orang komen liar macam tu, kedai kopi pun banyak.
Post a Comment