Friday, January 04, 2008

Respon : Kes Dr Chua Soi Lek

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Terpanggil untuk membuat beberapa respon berkenaan isu yang timbul baru-baru ini.

Isu yang hangat di dada-dada akhbar tempatan ketika ini berkenaan kes Dr Chua Soi Lek. Saya sedikit kagum dengan beliau, berani untuk mengakui kesalahan & bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya dengan meletakkan semua jawatannya.

Namun, saya pasti isu ini telah menjadikan imej negara tercalar, lebih-lebih lagi apabila hal ini diketahui oleh masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan politik Malaysia mutakhir ini.

Saya sebagai seorang mahasiswa dalam bidang pergigian yang juga sub dalam hal-ehwal kesihatan ini berasa kecewa dengan perkara ini & saya pasti semua pelajar dalam bidang perubatan & bidang-bidang yang berkaitan dengan kesihatan yang berada di luar negara akan turut merasakan perkara yang sama.

Masyarakat antarabangsa akan mempersoalkan, sekiranya pemimpin atasan yang memegang teraju pun sudah terpesong, sudah pasti yang bawahan akan ada yang busuk. Begitulah pandangan mereka terhadap isu ini & sudah pasti, melibatkan para doktor & bakal doktor pada masa hadapan. Kredibiliti mereka akan dipersoalkan, impak daripada isu ini sekiranya tidak ditangani dengan sebaiknya.

Maka, tindakan sewajarnya daripada pihak kerajaan harus diambil. Siasatan & tindakan tatatertib mesti dilakukan. Sekiranya tidak, masyarakat antarabangsa akan menganggap kerajaan tidak memandang serius akan hal ini.

Bidang perubatan sendiri merupakan satu bidang yang penting, menyelamatkan nyawa manusia setiap hari. Maka di situ tidak boleh ada sebarang kecacatan & kesalahan YANG SENGAJA untuk dilakukan. Begitu juga perkara ini, perbuatan yang disengajakan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja, tindakan dari pihak kerajaan mesti diambil bagi membuktikan kerajaan memandang serius akan hal ini & supaya perkara yang sama tidak akan berulang pasa masa hadapan.

Isu ini akan menjadi contoh kepada pemimpin masa akan datang. Sekiranya beliau terlepas begitu sahaja, maka seolah-olah perbuatan beliau iaitu melakukan hubungan seks luar nikah itu diredhai oleh seluruh rakyat Malaysia seterusnya memberikan gambaran betapa tidak tegas kerajaan Malaysia pada mata dunia. Meskipun media arus perdana menyatakan imej Malaysia tidak terjejas, namun saya pasti keadaan sebaliknya berlaku di peringkat antarabangsa.

Sekali lagi saya ingin menegaskan supaya pihak kerajaan seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas tindakan beliau.

Wallahu'alam.


Pengerusi,
Majlis Mahasiswa JUST
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI),
Sesi 2007/2008

2 comments:

Anonymous said...

teringat masa interview biasiswa dulu,ada soalan umum:siapa Menteri Kesihatan sekarang? saya jawab tak tahu, terus kena kritik. sekarang baru tahu dan malangnya satu dunia pun tau,Nauuzubillah min zalik

syphoon said...

hmm...

ade 2 keadaan... sama ada dikenang kerana kebaikan, atau keburukan.

Either way, we choose it ourselves.