Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Merujuk kepada pautan yang diberi oleh saudara Deqmoon di chatbox blog ini.
Siapa yang melenting sebenarnya? Akhbar New Strait Times 6 Januari 2008 menyiarkan siapa yang melenting sebenarnya (klik sini)
Apa yang disuarakan oleh rakyat adalah janji-janji yang ditaburkan sebelum bermula sesi persekolahan anak-anak mereka pada tahun 2008 ini.
Janji yang hanya tinggal janji, dalam keadaan ekonomi masing-masing pada ketika ini berada pada tahap yang tidak memuaskan, siapa yang tidak akan bising?
Oleh itu, sama ada kita berpegang atau janji, atau jangan membuat sesuatu janji yang tidak jelas mahupun yang tidak dapat dikotakan. Bukan setakat yuran sekolah yang dijanjikan tidak dilaksanakan, namun buku teks yang dikatakan percuma turut menjadi punca timbulnya rungutan daripada ibubapa.
Kalau seorang anak sahaja yang bersekolah, tidak mengapa. Tapi bayangkan sekiranya ada 5 atau 6 orang yang anak yang bersekolah, tidakkah itu merupakan satu bebanan?
Saya lampirkan di sini ulasan oleh Roslan SMS
Contoh menteri yang gagal
Mulanya dengan megah mereka mengatakan tahun 2008 ini pendidikan di peringkat rendah dan menengah adalah percuma di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara. Tiada lagi yuran, buku-buku pinjaman akan diberikan kepada semua.
Rakyat mengurut dada, lega dengan pengumuman itu, kerana sekurang-kurangnya beban mereka di awal tahun dapat diringankan sedikit.
Tetapi apabila sesi sekolah bermula minggu lepas, kelegaan rakyat itu rupanya tidak sebagaimana yang diimpikan. Pelbagai yuran lain yang dikenakan pihak sekolah terpaksa juga mereka tanggung, selain baju sekolah, beg sekolah dan perkakas persekolahan, rupanya mereka terbeban juga oleh yuran-yuran sampingan yang dikenakan oleh pihak sekolah yang menjangkau dari RM50 sehinggalah lebih RM300!
Buku-buku pinjaman yang kononnya beres, cukup untuk menampung semua pelajar seluruh negara, rupanya indah khabar dari rupa. Masih juga kekurangan, sedangkan hari-hari persekolahan terus berlalu. Ibu bapa dalam dilema, adakah harus mereka terus tunggu atau mengeluarkan wang saku sendiri bagi membeli buku-buku berkenaan.
Dan apabila rungutan ibu-bapa ini semakin lantang dan kuat kedengaran, maka melentinglah Menteri Pelajaran Hishamuddin Tun Hussien. Kata beliau dalam NST:
You could pay in the beginning. Why is it now you dont want to pay? How is it that first you can afford, the next day you cant? Just do whats best for your own conscience. You put your children in our schools, you made a contribution, and now you say you want it back.
Mulanya kamu semua boleh bayar. Kenapa sekarang tidak mampu? Bagaimana yang pada asalnya kamu mampu, sehari kemudian jadi tak mampu? Terpulanglah kepada kamu semua. Kamu yang memilih menempatkan anak masing-masing di sekolah-sekolah KAMI, kamu yang menyumbang dan sekarang kamu mahu balik sumbangan itu.
Begitukah sepatutnya rekasi seornag pemimpin bertaraf menteri?
Rakyat merasa tertipu angkara yuran sampingan ini yang terlalu tinggi sedangkan kos hidup terus menghimpit mereka. Kerana itu rakyat bersuara.
Sekolah-sekolah ini bukan sekolah anda wahai Pak Menteri, ia sekolah kerajaan dan kerajaan itu adalah rakyat. Kamu sendiri pun berkuasa lantaran kepercayaan yang diberi rakyat. Jika kamu sudah tidak mampu dan minat untuk mengurus amanah yang diberikan. Baguslah, kerana selepas ini kami rakyat akan memastikan yang kamu nanti tidak lagi menjadi pemimpin atau menteri kami!
posted by Roslan SMS
Wallahua3lam.
p/s :
Tiada paksaan dalam menerima. Saya hanya mengemukakan apa yang saya rasakan perlu untuk kita fikirkan bersama.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
1523, 28 Dzul Hijjah 1428
Baca artikel UZAR di sini
6 comments:
salam
terima kasih kepada saudara syafiq ali kerana memberikan sikit lontaran mengenai isu ini
kesimpulan tambah satu lagi peribahasa,
JANJI HARI INI BUAT SEMALAM
kesian rakyat..
Pasal yuran sekolah memang tidak patut sama sekali. Kenapa semua benda perlu naik harga? Catuan minyak masak, naik tambang tol dan petrol? Sedangkan hasil kutipan cukai semakin meningkat di mana cukai pada tahun ini telah mencapai 75 billions! Adakah itu masih tidak cukup untuk menampung ekonomi yang konon semakin maju ini? Duit masih keluar walaupun cukai pun kena bayar? Pelik tapi inilah kejadian sebenar! Isu seks pulak dianggap remeh. Ya dia berani tapi tindakan masih perlu diambil. Kepada menteri-menteri lain harap mengambil iktibar.
Sekian. Wassalam...
kalau semua masyarakat malaysia macam saudara faisal, alhamdulillah senang kerja. tapi masalahnya yang berfikiran macam saudara ni cuma beberapa peratus sahaja. catuan minyak masak? tol naik? petrol naik? oh itu tidak mengapa. asalkan mereka bikin jalan tar kat kampung, asalkan mereka tabarru' barang selai dua kain pelekat.
@admar
rakan seguildku di MRO =)
@pudin
dia keje kat LHDN, so tau bpe byk cukai yg dikutip setahun...
Hehe, best baca blog ko sebab ada pasal isu semasa di Malaysia yang sememangnya semakin parah. Aku bersikap neutral, tidak memihak kepada mana-mana pihak..
Ya, jumlah cukai semakin meningkat setiap tahun. Bayangkan mula-mula aku masuk tahun 2004 hanya 50 billions. Sekarang 75 billions... rasa macam sikit kan, tapi billions jangan tersilap tengok.
Di mana salahnya.. MAS kerugian teruk? Di mana salahnya? Terbaru semua pilot minta baki 90m? Apa berlaku pada harga mineral water dan computer dell yang dijual kepada MAS?
Renungkanlah...
Post a Comment