Tuesday, April 06, 2010

Well Adapted

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Esok aku akan ada exam Oral Surgery, jam 8.15am. Nak ulang buat kali ke-3 memandangkan semester lepas markah untuk Oral Surgery ni tak berapa nak bagus.

Apa pun, tengah break buat sementara waktu. Ada nak tulis sesuatu yang berlegar-legar dalam benak kepala.

Salah satu cabang dalam dentistry adalah orthodontics. Tahun 4 ni kami masih belum merawat, tetapi lebih kepada kerja-kerja dalam makmal, mengenali & membuat appliances untuk ortho.

Dan setakat ini kesemua kerja yang kami lakukan adalah 'Wire Bending'. Bukanlah wire untuk ortho ni sama seperti wayar perkakas elektrik. Kita mungkin lebih mengenali dengan nama dawai rasanya.


Peraturan yang paling penting dalam memanipulasi dawai ini adalah dawai tersebut mesti well adapted to the tooth surfaces. Tidak kira kiri, kanan, depan atau belakang gigi tersebut. (Tak tahu macam mana nak cerita.)

Uniknya dawai ni, punyai kebolehan atau keupayaan untuk dimanipulasi supaya well adapted mengikut laras mana kita pusingkan, hinggakan boleh mengikut permukaan gigi & mukosa dalam mulut. Convexity, concavity, depression or bulging, semuanya boleh diadaptasi oleh dawai dengan teknik yang betul.

Playar memang instrumen penting dalam memanipulasi dawai

Ciri penting bagi well adapted wire adalah punyai smooth curves, tidak bengkang-bengkok, berlekuk-lekuk tak tentu hala.

Cantikkan? Itulah arts dalam dentistry =)

Itu cerita dawai. Can be well manipulated, well adapted.

Manusia juga begitu. Lagi unik, lagi menarik.

Seorang yang jet-lagged dengan perubahan waktu di Jordan, apabila pulang ke Malaysia, boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sana setelah tempoh waktu tertentu.

Seorang yang janggal dengan persekitaran awalnya kerana baru berpindah, lama-kelamaan akan mula mengenali jiran tetangga, beramah mesra & menjadi biasa dengan keadaan sekelilingnya.

Seorang yang mengangkat berat, berlari 100m yang semput pada mulanya, setelah berlatih dengan penuh konsisten, otot & sistem badannya sudah boleh keep up dengan bebanan tersebut.

Sangat well-adapted.

Tapi ada side effect pada kita, apabila sudah well adapted ni. Kita menjadi takut. Takut pada perubahan. Takut pada pembaharuan.

PEMBAHARUAN & PERUBAHAN

"Alah, aku biasa buat gini, jadi je... " kata A kepada B, sedangkan B punyai kaedah yang lebih mudah, lebih cepat, lebih advance kata orang.

"Tak pernah lagi orang buat gitu, jangan dok gatal nak cuba-cuba," larang Ambo kepada sahabatnya yang ingin membuat program baru yang tidak pernah diadakan di kampusnya.

"Tak pelah, nanti dah pergi sana nak carik rumah lagi, tempat kerja jauh, tak kenal orang sekeliling, sibuk pagi-pagi dah kena keluar, balik nye tengah malam," ujar Holk memberi alasan apabila menolak tawaran kerja yang lebih tinggi.

Alasan-alasan yang selalu dikemukakan. Dah biasa buat kan, nak cuba yang lain, jadikan kita malas pula.

Well adapted life?

Sedangkan di luar sana, terdapat 1001 peluang dan kesempatan, untuk mengubah diri. Kita lebih suka untuk susah, daripada berubah, kerana telah terbiasa dengan keadaan awal kita. Tanpa kita sedari, situasi kita itu adalah buruk, hanya kerana telah terbiasa, kita menjadi lupa.

Terbiasa dengan escalator,
tangga kosong sebelah tu lagi cepat rasanya.


Hanya dengan sedikit perubahan, mampu mengubah keadaan diri kita. Kemungkinan atau possibility yang kita sendiri rencatkan dengan paradigma 'well adapted' yang mengukir bayangan kesenangan dalam kepayahan.

Well adapted, biar kena pada tempatnya.

Kalau boleh bergolek, telentang, mesti lagi syok, kan? =)

Jangan sampai mengaburkan pandangan, menutup penglihatan, memadamkan potensi & kehebatan.


Bergeraklah ke hadapan, ke arah kemajuan.

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan


P/S:
- Coret-coret tengah malam exam; bittaufiq wannajah untuk sahabat-sahabat 4th year dental students.

- @Syahmi, maaf sangat-sangat, artikel tak siap lagi. Akan submit secepat mungkin. Sori sangat-sangat bro.

3 comments:

As kun~ said...

da banyak artikel2 yang terlepas..huhu. Banyak dpt ilmu dentistry plak. Moga najah examnya. ameen.

p/s: ingatkan td ade banyak cara for ortho..sebab bila mention cara a dan cara b. :)

Miss X said...

Still not adapted with the new season. Buat-buat kerja, tengok jam dah pukul 3! Mata tekebil-kebil nak tidur, tahu-tahu dah pukul 5, maka azan pun bersenandung..

Best of luck for xam. Not luck, may Allah shower u with bless

syphoon said...

@As :

banyak cara sebenarnya. doc ajar lain, tapi technician nye lagi mantap. tak muat nak cerita sini.

Ameen. Syukran =)

@Syahida:

Humans are bended by time. They become adapted by time. So, it takes time. Be patience, and remember HIM along the bending process.

Syukran. Jami3an insyaAllah.