Tuesday, April 13, 2010

Hargai, Jiwai, Teladani

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Banyak insiden yang berlaku lewat ini di sekitar warga PERMAI. Banyak program, banyak ziarah, banyak aktiviti. Tak terkejar dek kaki.

Dan kebanyakan yang menjadi pelaksana semua itu terdiri daripada mereka yang muda-mudi. Maklumlah, seniors ni ramainya busy-busy. Tapi kalau ada slack, ramai pula yang jadi busy-body (gurau je okeh).

PERTAMA KALI

Teringat pengalaman pertama menjadi Pengarah program. Kalau tak silap program 'Iftar Jamai'e' PERMAI sesi 2006/2007. Jumlah ahli PERMAI ketika itu dalam lingkungan 220 orang.


Kalut. Memang sangat kalut. Semua benda nak diuruskan sendiri. Baik program, persiapan teknikal, tugas-tugas khas, termasuklah persegaran. Team aku ketika itu ialah Halfi (Biro Program), Marwan (Biro Persiapan Teknikal), Muneer (Biro Persegaran) & seorang lagi aku tak ingat (kalau ingat boleh inform aku ye). Tema progam tersebut adalah hasil fikiran Marwan. Mantapkan? Orang tua katanya. =)

Paling cuak adalah bab makanan. Kalau tak silap, masa tu Muneer yang pegang Biro Persegaran (kan Muneer?). Setelah bincang punya bincang, kami setuju untuk asingkan, seorang chef untuk nasi (Sophee), seorang lagi untuk lauk (Faisal) & seorang master chef (Abg Fird).

Dek kerana terlalu ramai chef, waktu tu dah jadi celaru. Masing-masing dengan resepi tersendiri, yang akhirnya mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan (walhal Nasi Ayam je pun). Ketika itu bulan Ramadhan dalam musim sejuk. Jam 5 petang dah masuk waktu Maghrib.

Lepas solat Jumaat (dalam jam 12.30pm), baru nak mula masak & potong-potong. Dek kerana aku ada kerja lain, terpaksa bergegas membantu biro-biro yang berbaki.

Nak cerita panjang, memang tak ingat.

Pada akhir program
(itu gambar candid, bukan muka bangga)


Pendeknya, program berjalan tidak berapa lancar, terdapat beberapa masalah. Memang tak puas hati. Aku memang sangat-sangat berterima kasih kepada ahli team aku yang sangat banyak membantu. Aku sebagai pengarah, memang sangat lemah pada ketika itu. Tanpa mereka, aku tidak yakin aku mampu untuk melangsaikan tanggungjawab yang diberikan itu.

KALI KEDUA

Tahun kedua aku berada dalam PERMAI, aku diamanahkan untuk mengendalikan program yang sama. Iftar Jamaie PERMAI sesi 2007/2008. Ahli PERMAI sekitar 340 orang.


Berbekalkan pengalaman tahun sebelumnya, aku cuba untuk membuat beberapa pembaharuan dengan mengubah daripada sekadar Majlis Khatam Al-Quran & berbuka puasa, kepada sesuatu yang lain, iaitu melancarkan juga Minggu Penghayatan Al-Quran, memandangkan tika itu masih berada dalam bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT & berkat kerjasama dengan semua ahli jawatankuasa pelaksana ketika itu (maaf, 2nd team ni ingat-ingat lupa), program selamat berlangsung tanpa ada gangguan & masalah yang besar.

PENGALAMAN

Pengalaman yang berharga, sangat berguna.


Banyak kepincangan, banyak kekurangan, banyak ketempangan yang berlaku dalam kita menguruskan sesuatu. Tetapi, semua itu tak lain adalah satu bentuk pembelajaran. Pembelajaran untuk diri sendiri, jua untuk mereka yang baru mula berdiri.

Untuk diri sendiri, mengajar untuk lebih matang, lebih tersusun dan terancang.

Untuk yang lain, dengan laporan & muhasabah yang dilakukan, memudahkan mereka yang akan datang, agar kesilapan yang lalu tidak berulang.

Mereka yang belajar daripada kesilapan, adalah lebih berharga daripada mereka yang tidak pernah. Itulah sebab mengapa sekarang ni kerja pun memerlukan pengalaman. Fresh graduate memang sangat susah dapat kerja.

HARGAI

Perkara lain yang menarik bagiku juga adalah berkenaan sikap para seniors & ahli PERMAI yang ada pada ketika itu.

Mereka mengucapkan tahniah & terima kasih di samping memberikan serba sedikit muhasabah untuk diperbaiki pada masa akan datang. Mereka memahami dalam keadaan kami yang masih mentah pada ketika itu, sanggup untuk menggalas kerja yang sebelum mungkin mereka tidak pernah terfikirkan.


Sikap seperti ini menjadikan kami untuk tidak takut untuk mencuba buat kali kedua dengan perancangan & pengurusan yang lebih kemas demi memperbaiki diri & menjayakan program & aktiviti yang seterusnya, meskipun kami gagal pada kali yang pertama itu.

Kenangan bersama Abang Amin & Pidah
(selepas dinner bersama dengan Dato' Mustapha Mohamad)


Setiap usaha yang sesiapa sahaja lakukan, untuk membantu menjayakan sesuatu pelaksanaan, tidak kira baik dari aspek program & aktiviti, mahupun perancangan & perjuangan, semuanya mesti kita hargai. Sekecil-kecil pengorbanan yang dilakukan, menyumbang kepada sebesar-besar kejayaan yang digapai.

JIWAI

Kelemahan & kekurangan itu sememangnya akan terus terpahat dalam hati & sanubari, agar esok tidak lagi aku ulangi.


Ujian Allah bagi, bukan nak suruh kita lemah. Sebaliknya untuk kita kukuh & teguh dalam apa jua yang kita tempuh.

Itu aspek muhasabah.

Aspek menghargai juga, seperti yang dilakukan oleh para seniors terdahulu, juga cuba untuk aku sematkan dalam dada.

TELADANI

Kini, aku & sahabat-sahabat yang dahulunya mentah, sudah bergelar senior. 5 tahun sudah berpayungkan langit Jordan, berpijak pada Bumi Syam ini.

Kadang aku terlupa, terbuai dek kenangan lama. Saat para seniors mengajar kami pelbagai perkara. Sedangkan kini aku sendiri punyai juniors.

Mampukah aku melangkau mereka, memberikan sokongan & galakan, walaupun ada cacat & keaiban?

Atau aku akan menjadi lebih buruk daripada mereka, mengeji & mengata pada tika pekung terbuka?

Andai aku terlupa, maka ingatkan aku, yang pada satu ketika dulu, aku pun begitu.
Mentah antah hanya pandai meniru.


Mereka akui kesilapan, jangan kita singkirkan.
Maafkan & beri penghargaan!



Get your own playlist at snapdrive.net!



Hanya ini yang aku mampu, agar sahabat-sahabat yang di luar sana tiada keliru.

Harapnya, makin tua, makin berguna. Bukan dibuang merata.


Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan

1 comment:

Anonymous said...

saya sayang senior saya......