Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Pertama-tamanya, sama-sama kita panjatkan doa pada Allah SWT, agar kita disampaikan kepada Ramadhan & mohon dikekalkan sehingga ke hujungnya.
Madrasah Ramadhan yang bakal menjelma, merupakan satu jualan murah dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya membeli pahala. Andai kata tidak diambil kesempatan ini, satu kerugian besar bagi kita sendiri.
Keduanya, ingin aku pohon seribu kemaafan andai kata tulisanku dalam entri ke-3 berkenaan pilihan raya PERMAI menimbulkan salah faham terutama kepada mahasiswa Yarmouk. Entri yang mengulas sedikit berkenaan Majlis Mahasiswa Yarmouk.
Mungkin disebabkan cara memandang yang berbeza, maka aku mengeluarkan pendapat yang sedemikian rupa. A man focuses on a big thing, & he thinks he already scored 30 points when he succeeded. While a woman may thinks differently, which even a big thing is considered as one point. Mungkin juga disebabkan kedangkalan & kurangnya penelitianku pada MMY meletakkan penilaianku sedemikian rupa.
Jadi sebelum aku meneruskan tulisan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua yang berkenaan dalam entriku sebelum ini.
MMJ, dengan Mini Klinik mereka mungkin telah memberikan impak yang agak besar pada pandangan aku, kepada warga PERMAI. Penglibatan & minat yang memberangsangkan di sebelah ikhwah menjadi kayu ukurku dalam hal ini.
MMY, tidak aku nafikan, banyak program telah dianjurkan. Multaqa 'ilmi yang diadakan di Dewan Abu Ain, sememangnya sangat bermanfaat. Namun sekali lagi, aku nyatakan, penilaianku pada penglibatan & minat warga PERMAI agak hambar. Rata-rata yang hadir pada malam itu kebanyakannya mahasiswa Yarmouk juga.
Apa yang ingin aku maksudkan adalah bagaimana untuk menarik lebih ramai untuk terlibat & memberikan rasa minat kepada warga PERMAI keseluruhannya. Bagaimana untuk menonjolkan fungsi mahasiswa Yarmouk dalam bidang masing-masing. Sekiranya MMJ, dengan program-program mereka mampu untuk menampakkan apakah aplikasi yang telah mahasiswa di JUST ini pelajari, memberikan manfaat kepada keseluruhan warga PERMAI.
Itu yang cuba aku maksudkan.

Kejahilan masyarakat, jangan kita tertawakan.
Sebaliknya salahkanlah diri kita, yang sepatutnya berperanan!
Sebaliknya salahkanlah diri kita, yang sepatutnya berperanan!
Alhamdulillah, dengan kewujudan blog MMY sendiri, banyak yang telah dikeluarkan untuk manfaat semua. Adalah diharapkan sangat-sangat, seluruh warga PERMAI, dalam apa jua bidang, dapat memberikan walau secebis daripada apa yang ada di dada kita semua, untuk dikongsi bersama, terutamanya di sebelah ikhwah.
Kurangnya budaya ilmu, banyaknya hedonisma, menjadikan akal & hati menjadi lesu. Ulasan-ulasan isu semasa, berkaitan dengan fiqh atau keagamaan, yang menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat, perlu dijawab secara proaktif oleh mereka yang berada pada bidangnya. Begitu juga dalam masalah yang melibatkan kesihatan atau bidang perubatan mahupun pergigian.
Ya, sememangnya sukar untuk memuaskan hati semua pihak. MMY, sekali lagi, tidak aku nafikan mereka telah banyak berperanan & memberikan manfaat kepada warga PERMAI. Mungkin silapnya pada cara aku menilai.
Sekali lagi aku memohon maaf, buat MMY, juga kepada seluruh mahasiswa Yarmouk.
Pesanku untuk semua, sememangnya tidak mudah untuk berurusan dengan manusia, apatah lagi memuaskan hati mereka. Namun itulah yang Nabi SAW katakan, golongan yang berada bersama dengan masyarakat & berasa sakit dengan perbuatan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang mengasingkan diri dengan tujuan beribadah.
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan.


5 comments:
salam.
sekali sekala bila difikir2 dan dibaca berulang kali,
"MMJ, dengan Mini Klinik mereka mungkin telah memberikan impak yang agak besar pada pandangan aku, kepada warga PERMAI. Penglibatan & minat yang memberangsangkan di sebelah ikhwah menjadi kayu ukurku dalam hal ini.
MMY, tidak aku nafikan, banyak program telah dianjurkan. Multaqa 'ilmi yang diadakan di Dewan Abu Ain, sememangnya sangat bermanfaat. Namun sekali lagi, aku nyatakan, penilaianku pada penglibatan & minat warga PERMAI agak hambar. Rata-rata yang hadir pada malam itu kebanyakannya mahasiswa Yarmouk juga."
boleh diterjemahkan sebagai :
ahli MMY memang sangat bersemangat mengutip mutiara ilmu yang boleh dikongsi dengan ahli MMJ, on the other hand, ahli MMJ nampaknya, kebanyakannya belum punya minat untuk mengambil manfaat dari ahli MMY itu sendiri.
boleh jadi MMY perlu memikirkan cara menarik minat ahli2 MMJ.
atau boleh jadi MMJ sendiri perlu bina kesedaran ahli tentang kepentingan hal ini.
meraikan sudut pandang manusia yang berbeza-beza.
wallahua3lam.
@one_munawwarah
both are correct.
either
1) mentaliti students JUST sendiri yang agak keberatan dengan program & aktiviti yang berpengisian rohani
or
2) program/aktiviti yang dianjurkan agak kurang menarik perhatian.
publisiti, cara & teknik penyampaian, bahan & edaran, serta kesesuaian, perlu juga diambil kira.
Saya agak kagum, terutamanya dengan Ust Hasrizal (saifulislam.com) sebagai contoh, bagaimana beliau mampu tackle masalah & menyusun skop perbincangan & penyampaian yang sesuai dengan ahli targetnya.
Juga corak penyampaian yang dilakukan, dengan powerpoint, video-video yang menarik, serta interaktif, menarik minat para peserta yang mengikut program / ceramah yang dilakukan.
I'm not putting the blame 100% on Yarmouk's students, also for JUST students, we should be proactive to get the infos & knowledge from them.
Again, both points are correct. Both of us (Yarmouk's & JUST's) must do something about it.
Wallahua3lam.
salam,
ust hasrizal adalah ust hasrizal yang sekarang setelah bertahun-tahun menimba pengalaman. apalah nak dibandingkan dengan warga MMY yang baru setahun jagung menadah ilmu. ilmu jua belum cukup dikaut (4 tahun belajar pun mana mungkin khatam, tidak boleh dibandingkan dengan pelajar jurusan lain, seperti Medic dan Engineering).. mungkin suatu hari nanti, akan ada bintang MMY yang bergemerlapan apabila punyai bekalan secukupnya.
walaupun sudah terang lagi bersuluh betapa Islam itu cara hidup, namun seperti kata ustaz salehin mukhyi: "kalau ustaz kata, laksana hudud, pencuri harus dipotong tangan, lantas masyarakat terus menolak, menuduh Islam itu kejam. tetapi jika doktor yang mengeluarkan arahan untuk memotong kaki akibat diabetes, cepat saja orang kita (baca : muslim) bersetuju.. apakah doktor itu tidak kejam?"
mengapa jadi begini? walhal semua mengaku Muslim. mungkinkah kerana balasan tidak mengikut perintah Tuhan - yakni Neraka - tidak zahir di mata, tetapi akibat tidak mengikut kata doktor - mati - begitu jelas bagi kita. mana satu yang lebih menderita? sama2 bermuhasabah, dalam rangka memperkasakan umat Islam.
saya rasa jelas yg sedang kita perbincangkan di sini adalah soal pendekatan.
seperti yg ust salehin mukhyi katakan itu, bagaimana mahu diolah supaya masyarakat dapat menerima hudud itu sendiri.
Saya tidak nafikan yg MMY dengan ahli yang masih bertatih dalam bidang pengajian masing-masing agak sukar untuk menyampaikan apa yg dipelajari mereka.
Tapi sekiranya kita lihat pada skop yg lebih dekat, mahasiswa universiti Mu'tah sbg contoh, bagaimana mereka dpt berkongsi ilmu yg mereka ada, dengan terjemahan beberapa buah kutaib & dipasarkan dlm Jordan seperti yg dilakukan oleh Ustaz Said sebelum ini, juga Sembang Kafe Idari oleh Saudara Ifwat, saya rasa cukup untuk dilihat sejauh mana peranan Mahasiswa Yarmouk ini perlu diperdalamkan dalam PERMAI.
Saya agak terkilan, ada antara kita, tidak kira JUST atau Yarmouk, dok mengadap komputer berjam-jam, melayan games & movies, tanpa mahu menambah pengetahuan.
Bila diminta untuk memberikan pembentangan, untuk menyiapkan slide show pun tidak mampu. Kalau ada pun, hanya ala kadar.
Kita belajar dengan mocking, atau meniru. Bermula dengan meniru, mungkin ada cacat celanya, tidak mungkin sebaik yg original. Namun dengan peniruan tersebut, kita boleh melakukan evolusi yang sesuai dengan diri sendiri.
Cuma malangnya, bila mahu dibanding-bandingkan, akan ada yg kata, "ah, Ustaz tu mmg la, dah bertahun-tahun pengalaman", "oh, dia tu mmglah, dulu mantap", tanpa diri sendiri mahu melakukan perubahan.
Nah, masakan tidak mahasiswa di Jordan ni boleh dikatakan jauh ketinggalan? Masing-masing apabila disajikan dengan pembaharuan, sukar untuk mencipta jalan. Masih dengan 'tradisional' yang mahu dikekalkan.
Wallahua3lam.
Mohon terus dibincangkan.
Salam Ramadhan,
Semoga beroleh keberkatan ibadah dan ilmu di bulan yang mulia ini.
Post a Comment