Saturday, May 16, 2009

Banyaknya sawang.....

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Semester ini tempo ku menjadi perlahan. Faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, menjadikan aku agak pasif.

Pulang ke Malaysia pada cuti semester pertama yang lalu, aku telah di’diagnose’ memerlukan rawatan akar (atau Root Canal Treatment) bagi gigi kacip (atau gigi kapak @ central incisor) yang satu masa dahulu telah patah lebih separuh akibat trauma (dirahsiakan apa sebabnya, hoho).

Malangnya waktu ketika itu tidak mencukupi untuk aku menghadiri kesemua temujanji (biasanya RCT memerlukan 3-4 temujanji, di samping aku memerlukan crown yang baru bagi gigi kacipku ini). Dan doktor mengesyorkan supaya aku membuat rawatan ini setelah pulang ke Jordan. Bengkak (atau periapical abscess) di gusi ketika itu tidaklah serius mana.

Sekembali ke bumi Irbid, setelah seminggu kelas bermula, aku cuba mendapatkan rawatan di klinik berhampiran (Markaz Sihhi) dan diminta untuk ke Klinik bagi pelajar Master di JUST. Sampai di sana, aku diminta untuk mendaftarkan nama, dan akan dihubungi kemudian. Perlu beratur katanya (namaku pada no.7).

Setelah 2 minggu, masih tidak dihubungi. Aku pergi sekali lagi, bertanya mengapa masih tidak dihubungi. Katanya pelajar Master sikit. Tidak menang tangan & tidak semua berada dalam specialty Endodontics.

Ketika itu sudah masuk 3 minggu aku pulang ke Jordan. Kadang aku lihat di cermin, kelihatan bengkak tersebut menonjol keluar dari gusi aku.

Salah satu yang aku paling takut adalah infeksi (infection). Infeksi mulut (oral infection) boleh bermula dengan satu tempat, dan merebak dengan mudah ke satu tempat yang lain. Radang (inflammation) boleh menyebabkan demam & immune depression akan berlaku ketika itu. Sekiranya abscess itu pecah, boleh jadi tonsil dan juga paru-paru boleh dijangkiti dalam keadaan immune badan yang rendah.

Ismail kata aku macam budak kecik sebab tak ada gigi depan.


Lalu aku mengambil keputusan untuk mendapatan rawatan di Specialty Clinic (agak mahal ye sebenarnya di sini). Selepas 5 temu janji, Alhamdulillah, semuanya selesai. Namun aku mendapat bonus, seminggu sebelum rawatan terakhir aku mengalami batuk-batuk yang sangat teruk & setelah melakukan pemeriksaan disahkan sebagai Acute Bronchitis, dan seminggu selepas itu mendapat demam, disebabkan oleh Tonsillitis.

(untuk yang nak tahu kos rawatan ; Specialty Clinic adalah klinik doktor pakar ya, jadi caj agak mahal. RCT - JD33, Ceramic Crown (nampak macam gigi betul) - JD200. Total - JD233. Kalau nak murah boleh buat dengan Halim. Buat RCT waktu dia 4th year, crown waktu dia 5th year. hoho)

Maaflah kalau ada sahabat-sahabat yang tengok aku macam masam tak mahu senyum tu, bukan tak nak senyum, tapi segan sebab kalau senyum nanti ibarat menunjukkan aib pula. (Hoho)

Congak-congak, dalam 2 bulan juga. Jadi, perlu untuk aku catch-up kembali pelajaran, mendapatkan tempo & rentak semula. Agak cemburu melihat sahabat-sahabat yang sudah jauh ke depan, sedangkan aku masih terkebil-kebil ketinggalan.

Itulah sedikit cerita di sebalik mengapa blog ini bersawang. Pengajaran, doktor gigi juga adalah penting dalam kehidupan anda. Jagalah kesihatan mulut sentiasa, kerana poor oral hygiene boleh membawa kepada komplikasi yang lebih besar seperti mana yang berlaku kepada aku.

(Kanser mulut pun ada, 5 years survival rates – 55%, drop to 30% for 10 years survival rates. Ni aku baca dalam buku Oral Patho la, sebab tengah studi kan...)

Akhir sekali, ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir (final exam) kepada semua warga PERMAI (terutama kepada Pres PERMAI, hoho) & sahabat-sahabat di mantiqah lain. Moga sukses semuanya.



Yang dalam mood exam

-Syphoon-
Irbid, Jordan

2 comments:

arulz said...

lepas nih..senyum je la ko yer...hehehe

SeLiMuT_PuTiH said...

Salam..
ok la tu kne crown jer..
my bro kne pkai gigi palsu trus.:P