Wednesday, December 17, 2008

Apa sudah jadi dengan kita?

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Telah jelas kerosakan di atas muka bumi ini disebabkan perlakuan tangan-tangan manusia...
-Surah Ar-Rum : 41-

Pagi ini aku membaca beberapa berita yang membuatkan aku keliru, boleh dikatakan sesat di satu simpang, yang akan menyebabkan kita sesat di hujungnya kelak.

Satu sudut menceritakan berkenaan GRO bersusuk, satu sudut lain berkenaan penyakit HIV yang semakin meningkat dalam masyarakat.

Dan dalam berita berkenaan HIV tersebut membawa usul untuk mengamalkan seks secara selamat.

Jelas dalam berita berkenaan GRO itu menceritakan adanya aktiviti-aktiviti seks bebas yang dilakukan dalam pekerjaan mereka. Mungkin cuma kita sahaja yang tidak menyedari hal ini.

Tidakkah syariat Islam itu telah menggariskan yang zina itu haram?


Jangan kamu mendekati (perkara-perkara yang membawa kepada) zina...
Surah Al-Isra' : 32

Andai dunia semakin moden, bukankah lebih banyak cara untuk kita mengamalkan syariat-Nya?

Atau dengan kemodenan hari ini menjadikan kita lebih mudah untuk melanggar perintah & larangan-Nya?

Sekiranya dulu babi (atau nama sopannya khinzir) tidak kita makan kerana tidak boleh disembelih, sampai satu masa adanya genetic recombinant antara babi & zirafah menjadikan babi itu boleh dimakan?

Atau sekiranya keselamatan untuk wanita-wanita yang tidak lengkap menutup aurat atau 'berbogel' di khalayak ramai dapat dijamin, maka dibolehkan untuk tidak menutup aurat?

Atau sekiranya seks bebas boleh diamalkan dengan selamat, maka tidak lagi perlu pada perkahwinan?

Maka benarlah firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum : 41 seperti yang aku nyatakan di atas...

1 lagi berita bertajuk 'Gerak Kempen Kesedaran Tangani Gejala Sosial', ibarat kisah bangau oh bangau...

Mengapa tidak dimulakan dengan yang di depan cermin? Working in our own circle of influence. Kerajaan dengan peranan sendiri, ibubapa & keluarga dengan peranan masing-masing. Saling menuding tidak membawa kepada penyelesaian...

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.

2 comments:

Faisal Admar said...

betul. tapi susah rasanya kita nak ubah pemikiran orang melayu, malaysian, islam di Malaysia. semua nak salah di sini dan di sana.

tak perlu tengok jauh. tengok saja di ofis kerajaan. yang ini dengki dengan yang itu, yang itu cakap yang ini kerja sikit. macam-macam hal lagi.

ramai yang lupa...

1. berdiam diri tidak beerti kalah
2. lebih baik diam dari berkata-kata sesuatu yang tak mendatangkan kebaikan
3. fitnah dosa lebih teruk dari membunuh
4. sabar separuh dari iman

:)

Anonymous said...

hanya keimanan dan ketaqwaan sahaja yang mampu mencegah perkara-perkara ini drpd berlaku..

namun, peranan ibu bapa sebenarnya yg paling mustahak dlm mendidik anak-anak sejak kecil lagi utk membentuk keperibadian & akhlak yg mulia..