Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah...
Selawat & salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW...
(Mohon untuk membaca artikel ini dengan teliti & juga MATA HATI).

Runsing!!!
Ramai yang bertanya. Berkaitan dengan exam? Atau sudah hampir masa? Pelbagai andaian. Namun masih didiamkan. Malam semalam tidur tidak lena, bukan kerana siangnya punyai exam, tetapi perkara lain.
BLOG & PENULISAN
Kemunculan blog & internet membuka satu medan penulisan yang begitu luas. Tidak lagi perlu untuk diuji bakat atau ditapis-tapis. Semua orang punyai peluang bagi menyerlahkan idea masing-masing.
Ada blog berbentuk catatan harian, ada juga berbentuk komen berkenaan isu-isu semasa, tidak kurang blog yang cuba membawa dakwah & fikrah Islami serta menjadi tempat untuk meluahkan perasaan.
Tidak ketinggalan bagi warga PERMAI. Lihat sahaja senarai pautan di sebelah kanan blog ini, bertambah saban hari.
Namun apa yang dikesalkan adalah penulisan yang tidak disertakan dengan pemikiran. Tangan yang menaip lebih mengikut hati & perasaan (baca: nafsu). Tak puas hati itu, tak puas hati dengan si dia, ini tak betul & macam-macam lagi.
Bahasa yang digunakan tidak langsung menggambarkan seorang yang telah bergelar mahasiswa, yang telah berada di peringkat pengajian universiti. Seolah-olah tahap IQ yang sangat rendah untuk dibaca. Lebih malang sekiranya tiada EQ! (baca: tidak beradab)
Firman Allah SWT :
Sabda Rasulullah SAW pula :
وعن ابن مسعودٍ رضي اللَّه عنهُ قال : قال رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
« لَيْس المؤمِنُ بِالطَّعَّانِ ، ولا اللَّعَّانِ ولا الفَاحِشِ ، ولا البذِيِّ »
رواه الترمذي وقالَ : حديثٌ حسنٌ .
Menceritakan berkenaan perlakuan orang lain yang tidak sesuai atau disenangi juga bukan perkara yang Rasulullah sukakan.
وعن ابن مَسْعُودٍ رضي اللَّه عنهُ قالَ : قالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
« لا يُبَلِّغْني أحدٌ من أصْحابي عنْ أحَدٍ شَيْئاً ، فَإنِّي أُحِبُّ أنْ أَخْرُجَ إِليْكُمْ وأنا سليمُ الصَّدْرِ »
رواه أبو داود والترمذي
Ibn Mas`ud (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "None of my Companions should convey to me anything regarding another because I desire to meet everyone of you with a clean heart.''
[Abu Dawud and At-Tirmidhi]. Hadith no.1539 - Riyadh As-Solihin
Commentary: `Should not convey to me anything' here signifies anything undesirable or which is harmful for the person concerned. Thus, this Hadith stresses that defects of people should not be unnecessarily reported to those who are at the helm of affairs, as is evident from the caption given to this chapter by Imam An-Nawawi.
Sabda Rasulullah SAW lagi :
Ingatlah, setiap kata-kata & tulisan kita yang baik itu adalah sedekah.
Kebanyakan penulisan-penulisan blog oleh mahasiswa ketika ini tiada unsur kerohanian & ilmu. Apa yang terlintas di kepala, maka itu yang tercatat. Pembacaan, kajian & penelitian langsung tidak diendahkan. Blog bukan pintu tandas, seperti yang dinyatakan oleh Abu Saif. Bukan sewenang-wenang kita menghambur, mengata, memaki hamun atau memberi komen yang tidak menggambarkan kita menggunakan akal YANG DIPANDU OLEH WAHYU.
Kita bebas berfikir. Manusia itu unik, punyai pelbagai bentuk pandangan. Ya, kita boleh meraikan itu. Tapi sebagai seorang MUSLIM, biarlah kebebasan & perbezaan pendapat itu BERADA DALAM LINGKUNGAN SYARIAT, dalam cakupan Al-Quran & Hadith Rasulullah SAW.
Maka, adab perlu dijaga, perkataan perlu sesuai. Biarlah PERINGATAN ITU MENJADI KEKUATAN, BUKAN IGAUAN!!! Igauan yang menjadikan seseorang itu tidak lena tidurnya, yang akhirnya melemahkan. Bukan itu yang kita mahu.
PENULISAN ISLAMIK (?)
Apa yang lebih mendukacitakan adalah kemunculan blog-blog & penulisan yang dikatakan membawa dakwah & fikrah Islami, tetapi langsung tidak menggambarkan hakikat Islam yang sebenarnya. Sekali lagi ditekankan di sini, TIDAK AKAN BERSIH ISLAM DENGAN KOTOR MUSLIM.
Salah satu perkara yang ditulis oleh Ustaz Fathi Yakan dalam buku 'Maza Ya3ni Intima'i Lil Islam' adalah matlamat tidak menghalalkan cara. Kita tidak boleh menjadi seperti Robin Hood, merompak bangsawan demi membantu mereka yang miskin. Matlamat kita adalah membetulkan kesalahan, bukan menyalahkan.
Sekali lagi ditekankan, biarlah kita memberi PERINGATAN, yang membentuk KEKUATAN, bukan menjadi IGAUAN!!!
Firman Allah SWT :
Dan apabila kita menyedari yang kita mengajak manusia kepada Allah SWT, maka ikutlah apa yang disyariatkan oleh-Nya secara terus (Al-Quran) atau melalui lisan Nabi-Nya (Al-Hadith).
Dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik
Hadith 18, Matan 40 An-Nawawi.
Allah SWT juga memberikan panduan berkenaan sifat seorang pendakwah itu :
Bersabarlah dengan karenah manusia. Singkaplah kembali sirah Nabawi, ketika Nabi SAW disakiti di Thaif, baginda telah ditawarkan oleh Jibril AS untuk memusnahkan tempat tersebut. Tetapi Nabi Muhammad SAW telah menadah tangan kepada Allah SWT & berdoa.
Kisah lain yang mana seorang wanita tua yang buta dari kalangan Yahudi tidak kering bibirnya daripada mengutuk baginda. Namun wanita tua keseorangan & sebatang kara. Nabi Muhammad SAW saban hari datang dengan roti & menyuapkan wanita tersebut sedangkan wanita itu masih lagi memperkatakan tentang baginda.
Satu hari selepas kewafatan baginda SAW, Abu Bakar As-Siddiq R.A telah datang untuk menyuapkan wanita itu, namun wanita tersebut menyedari, tangan itu bukanlah tangan yang selalu menyuapkannya. Lantas dia bertanya, "Di manakah tangan yang menyuapkan aku selama ini?". Abu Bakar R.A menangis & menjawab yang Rasulullah telah wafat, & selepas itu barulah wanita tua itu tersedar, orang yang dicaci & dihina itu merupakan seorang yang mulia & akhirnya wanita itu memeluk Islam.
Contohilah Manusia Agung ini. Alasan 'Aku bukan Nabi, aku hanya manusia biasa' adalah tidak relevan sama sekali. Gunakan pengetahuan kita berpandukan wahyu, bukan hati & nafsu.
Ingatlah, kita sesama Muslim itu adalah bersaudara:
Dan bagaimana seorang Muslim itu menyelamatkan saudaranya? :
وعنْ عبدِ اللَّه بنِ عَمرو بن العاص رضي اللَّه عنْهُمَا قالَ : قال رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم:
« المُسْلِمُ منْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ ويدِهِ ، والمُهَاجِرُ منْ هَجَر ما نَهَى اللَّه عنْهُ »
متفقٌ عليه .
`Abdullah bin `Amr bin Al-`As (May Allah be pleased with them) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "A (true) Muslim is one from whose tongue and hand the Muslims are safe; and a Muhajir (Emigrant) is he who leaves the deeds which Allah has prohibited.''
[Al-Bukhari and Muslim]. - Hadith no.1565, Riyadh As-Solihin.
Commentary: Everyone who professes Tauhid and acknowledges the Prophethood of Muhammad (PBUH), is a Muslim, but a perfect Muslim is one who has attained that high level where he does not harm any Muslim with his hand and tongue (speech). Similarly, an Emigrant is the one who abandons his homeland and relatives and goes to a place where he can easily practise the religion of Allah. But such a person is also an Emigrant who renounces all such things which are forbidden by Allah, because emigration means abandoning, whether it is abandoning of homeland or sins.
Jangan kita lupakan marhalah ukhwah yang pertama adalah bersangka baik (husnu dzan).
Firman Allah SWT :
Wahai orang yang beriman, jauhilah daripada berburuk sangka, kerana sebahagian daripada buruk sangka itu adalah dosa - Surah Al-Hujrat : 12
Elakkan juga daripada mencari kesalahan-kesalahan orang lain :
-Surah Al-Hujrat : 12 & Hadith ke 1570 Riyadh As-Solihin
Jadilah seperti air yang lembut, melekukkan batu yang keras, membentuk satu ukiran yang cantik. Simpanlah tukul buat sementara waktu, sementara air masih belum habis. Tukul dapat memecahkan, tapi tidak mengikut bentuk yang cantik. Tetapi air, meskipun mengalir setitis demi setitis, bisa melembutkan batu yang keras.
Air yang lembut,
Dua kejadian amat berbeza,
Tiada siapa dapat menyangka,
Air yang mengalir, dingin di kali
Berupaya melembutkan batu,
Kesannya menjadi ilhamku..
Umpama kejadian hati dan zikir,
Hati bisa jadi sekeras batu,
Zikir sesejuk air mengalir,
Ia bisa melembutkan hati.
Usah disangka selembut zikir, seremeh perkara
Kalimah La Ilaha Illallah, berupaya menggegar hati
Menyadung manusia ke kaki kebenaran,
Menggegar dunia...
(klik untuk muat turun)
Tidak dapat tidak, zikir atau peringatan untuk kembali kepada Allah SWT itulah yang dapat melembutkan hati sasaran kita. Biarlah kata-kata itu sampai ke hati, bukan yang menjauhkan lagi hati mereka untuk mendengar apa yang kita sampaikan.
Perjuangan atas rasa semangat & tidak puas hati tidak akan bertahan lama.
Dan dalam kita berlumba-lumba mengejar kebaikan, beradalah dalam track yang betul.
Begitu juga perjuangan ini, sekiranya tidak berlandaskan syariat & manhaj yang betul, kelak akan mengundang kemurkaan Allah SWT.
Mohon diampuni Ya Allah, sekiranya terdapat kekurangan...
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0646, 15 Rabi'ul Akhir 1429.
13 comments:
hurm...yup..kite perlu lebih bijak dalam dakwah~..
masyarakat skrg lebih sensitif..
lebih susah membuka minda..
maka, pendakwah perlu kreatif..
dan dlm dakwah kite, jgn lah kite yg jd fitnah kpd islam..
jgn lah kite jd penyebab knp org x mahu terima dakwah lg..
وقال تعالى : ان تنصروااللّه ينصركم ويثبّت اقدامكم٠
Allah Ta’ala berfirman : “Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Muhammad : 7)
وعن ابى مسعودعقبةبن عمروالبدرىّ رضى اللّه عنه قال : جاءرجل الى النّبىّ صلّى اللّه عليه وسلّم فقال : انّى لأتأخّرعن صلاةالصّبح من اجل فلان ممّايطيل بنا ، فمارايت النّبىّ صلّى اللّه عليه وسلّم غضب فى موعظةقطّ اشدّممّاغضب يومءذ ، فقال : ياايّهاالنّاس انّ منكم منفّرين ، فايّكم امّ النّاس فليوجز ، فإنّ من وراءه الكبيروالصّغيروذاالحاجة (متفق عليه)٠
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Badriy Radhiallahu’anhu, ia berkata : Ada seorang laki-laki mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dan berkata : Saya terpaksa mundur dari jamaah Subuh, karena si Fulan memanjangkan bacaan salatnya. Saya belum pernah melihat Nabi Shallallahu’alaihi wasallam marah ketika memberi nasihat, melebihi saat itu. Beliau bersabda : “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya ada di antara kalian orang yang menjadikan dirinya dijauhi. Siapa saja di antara kalian yang menjadi imam, hendaklah memperpendek bacaan, karena di belakang ada orang tua, lemah, dan ada orang yang mempunyai keperluan lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
salam
penulisan yang baik, JZKK
benar, dakwah itu perlu tidak kira pada tempat keadaan, namun ia perlu fleksibel Rasulullah contoh utama. Rasulullah berdakwah secara hikmah. Hikmah tidak semestinya lembut tetapi hikmah itu kene pada tempatnya. sesuai dengan persekitaran orang yang didakwah. diterima. tidak mendatangkan efek yang lebih buruk.
Contohnya, dipetik dari karangan sheikh m saleh munajjid
Remaining calm when dealing with people’s mistakes especially when being too harsh could make matters worse and do more harm than good We can learn this from looking at how the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) dealt with the mistake made by the Bedouin who urinated in the mosque, as was reported by Anas ibn Maalik, who said: “Whilst we were in the mosque with the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him), a Bedouin came and stood urinating in the mosque. The Companions of the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said, ‘Stop it! Stop it!’ But the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said, ‘Do not interrupt him; leave him alone.’ So they left him until he had finished urinating, then the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) called him and said to him, ‘In these mosques it is not right to do anything like urinating or defecating; they are only for remembering Allaah, praying and reading Qur’aan,’ or words to that effect. Then he commanded a man who was there to bring a bucket of water and throw it over the (urine), and he did so.” (Saheeh Muslim, no. 285).
Kadangkala Rasulullah jua bercakap terus terang dan secara berhadapan tetapi itu situasi apabila baginda mengetahui orang yang ditegur itu MENERIMA.
contoh lagi :
In Saheeh Muslim it is reported that Abu Dharr (may Allaah be pleased with him) said: “I had an argument with one of my brothers. His mother was non-Arab, and I said something insulting to him about his mother. He complained about me to the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him). When the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) met me, he said, ‘O Abu Dharr, you are a man who still has something of jaahiliyyah in him.’ I said, ‘O Messenger of Allaah, whoever insults a person, people will insult his father and mother.’ He said, ‘O Abu Dharr, you are a man who still has something of jaahiliyyah in him. They are your brothers, and Allaah has given you power over them, so feed them as you feed yourself and clothe them as you clothe yourself. Do not give them more work than they can do, and if you give them too much to do, then help them.’” (Saheeh Muslim, no. 1661).
The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) spoke in this straightforward and open manner to Abu Dharr because he knew he would accept it. Such a blunt approach can be a useful method that saves times and energy, and gets the point across in the easiest manner, but it should only be done when it is appropriate to the situation and the people involved
salam..syukran jazilan...terima kasih yg amat...ni barulah teguran secara berhikmah..yg btul2 sampai ke hati..bukan menjauhkan dari hati dan menimbulkan amarah..harap the rest of us could take example from this..syabas syphoon..syukran
Artikel ini tidak bermaksud hanya kepada blog yang berbentuk penulisan Islamik (?) sahaja, bahkan kepada semua bentuk penulisan di blog.
Cuma dispesifikkan kepada blog berkenaan.
Beridentitikan MAHASISWA MUSLIM, biarlah perlakuan, pertuturan, penulisan & pemikiran kita setaraf dengan title yang terlekat di dahi kita ketika ini.
Kita punyai pilihan selepas membaca, sama ada mahu berubah atau tidak. Diri masing-masing.
Tetapi ingat, jangan terlalu tegar sehingga melanggar batasan Syari'at-Nya. Itulah yang kita takut, tegar yang akhirnya patah, setelah patah itulah kita menyesal, "Kenapa dahulu tidak aku berubah?"
Buat apa saja, fikir apa saja, biarlah Allah yang menjadi neraca. Jangan kerana dek mahu pertahankan pendirian peribadi, PRINSIP ISLAMI KITA GADAIKAN. Tidak mahu berubah, tiada yang dapat mengubah melainkan diri sendiri. Satu pemikiran yang sangat ketinggalan zaman.
Find yourself a new cheese. Selalulah sedar keju yang ada dalam tangan kita itu akan habis, jika disimpan akan berkulat.
(My suggestion : Better read Who Moved My Cheese by Dr. Spencer Johnson)
Wallahua3lam.
setuju berkaitan USLUB dakwah perlu sesuai dan selari dengan syariat..(namun perlu difahami hikmah bukan semestinya bermaksud lembut spnjng masa)
tapi jgn lupa jugak, walopun sape yang berkate n uslub/cara macam mane dia guna .. jgn jadikan ia alasan untuk mengabaikan APA yang dikatakan..
sebab ramai jg yang menghentam USLUB dan ORG YG BERKATA semata2 untuk dijadikan alasan menolak APA yang dikata tanpa menelitinya terlebih dahulu..
"lihatlah apa yang dikatakan, dan bukan siapa yang berkata.."
(kate2 sape xingat lak..)
wallahu a3lam
@anonymous
Ya, tak pernah menafikan kata-kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah RA tu.
Tapi, dakwah mesti dilakukan mengikut turutan. Bukan boleh lompat sahaja terus kepada bentuk yang keras. Itu sebabnya, selagi air masih ada, simpanlah dulu tukul.
Dalam konteks untuk keras sekalipun, ada BATASAN yang perlu dijaga. Jangan kita nak selamatkan orang yang lemas, dalam masa yang sama kita tak tahu berenang!
Kita berurusan dengan manusia, maka adab dalam bermuamalah dengan manusia perlu kita jaga! Matlamat tidak menghalalkan cara.
Lainlah sekiranya yang berkata itu memang jahil, atau mereka yang bukan Muslim, tatkala itu barulah terpakai kata-kata Saidina Ali itu. Tapi andai yang berkata itu adalah seorang Muslim juga, maka WAJIB BAGINYA MEMELIHARA BATASAN-BATASAN SYARIAT ALLAH SWT.
Kenali mad'u kita, jangan hanya mahu terlepas tanggungjawab semata. Kalau kejar, biar sampai dapat. Bukan baru cuba sekali dua, terus berputus asa.
Belum lagi kita dihujani dengan batu, belum lagi kita dihamparkan dengan duri di jalanan. Jangan disebabkan perlakuan kita yang buruk, turut menggambarkan Islam itu buruk!
Kita bukan menghentam USLUB, sehingga melupakan apa isinya, cuma untuk memBETULkan, tidak perlu menggunakan sesuatu yang ROSAK.
Untuk menyebarkan dakwah, tidak perlu menggunakan bahasa yang keterlaluan. Islam itu sudah ada panduan, maka gunakan panduan itu.
Wallahua3lam.
Inilah yang dinamakan kredibiliti.
Seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW, dengan akhlak yang terpuji, bahasa & tutur kata yang sopan, budi & perlakuan yang terpuji, maka keberkesanan dakwah itu menjadi lebih tinggi.
Seorang yang tidak tahu menahu berkenaan dengan ekonomi, secara tiba-tiba datang ke Bank Negara mengatakan itu ini berkenaan keadaan ekonomi dunia, & juga seorang pakar ekonomi yang masyhur, yang mana satu lebih mudah untuk kata-katanya diterima?
Untuk difikirkan bersama.
Wallahua3lam
salaam..
clearly post ini ditulis berkaitan dengan 'stalker'..
seorg yg bukan mahasiswa pon dpt 'membaca'nya..
dalam blog tersebut, tergaris beberapa 'masalah' mahasiswa/wi di irbid ini. dan antaranya adalah KI [kekeliruan identiti] yg mana hal ini diakui oleh majoriti mahasiswa di irbid. ramai yg bercakap belakang, ramai yg tidak berpuas hati, tiada tindakan diambil, wujud blog yg 'berani', tp jelas majoriti seperti 'menolak' dgn alasan cara sedemikian adlh salah.
so apa yg hamba ingin katakan disini adalah mengapa tidak saudara 'menulis', menegur atau membuat sesuatu yg boleh mengembalikan mereka kepada fitrah mereka. mengapa saudara tidak menggunakan pengaruh saudara sebagai salah seorg penulis blog terkemuka disini menasihati mereka berlandaskan al-quran dan hadis menggunakan cara2 yg telah saudara utarakan dlm entrty saudara ini?
sekadar mengajak anda semua berfikir, tindakan mereka [stalker] ini mmg kurang betul, tp seorg ustaz pernah memberitahu kpd hamba bhwa, "teguran yg tidak berhikmah adlh lbh berhikmah drpd tidak menegur langsung". bknkah kita yang tidak menegur langsung itu? kita mengutuk/memaki hamun mereka ini tidak menegur dgn berhikmah, tp kita? malahan kita ptt bersyukur, kerana dgn tindakan mereka2 inilah tanggungjawab utk menegur tidak lgi berada di atas kepala kita 100%. so skrg siapakah yg berhikmah, dan siapakah yg tidak?
ingin juga hamba melihat tindakan saudara slps ini dan cara saudara menangani masalah tersebut... kerana percayalah hamba bhw, masalah ini akn menjadi semakin teruk jika tidak dibendung awl2...
wallahu a3lam...
p/s: comment ini tidak ditulis mengikut emosi dan perasaan. bahkan ditulis dgn hati yg tenang utk mengajak saudara berfikir... sejenak... -z-
Bergantung pada bagaimana anda mahu membaca. Tidak dispesifikkan kepada sesiapa, artikel ini ditulis secara umum, kepada semua yang menggelar diri mereka da'ie dan membuka blog untuk penulisan.
Jelas sekali apa yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk mengembalikan mereka (para penulis blog Islamik) ini supaya kembali kepada fitrah.
Dakwah tidak hanya berada dalam bentuk tulisan ya akhi/ukhti. Kerja luar/belakang tabir masih banyak. Pendekatan secara tulisan adalah untuk kesedaran mereka yang masih belum lena.
Yang telah terlena & enak diulit mimpi, pendekatan lain pun ada juga bukan?
Sekiranya mahu berdiskusi secara lebih, elok ambillah mana-mana cara di sebelah kanan blog ini dalam ruangan Contact Me itu, supaya kita sama-sama dapat berbincang.
Satu kepala sememangnya tidak akan cukup, tapi 2 atau 3 kepala, insyaAllah akan menjadi lebih bagus.
-Terima kasih atas komen anda-
Pendek kata, bersabarlah dengan ragam manusia. Kita tidak boleh terburu-buru dalam mengambil tindakan.
Adalah lebih baik saya tidak mengetahui perkara-perkara yang buruk ini daripada mengetahui, melainkan benar-benar berlaku di depan mata sendiri.
Wallahua3lam.
yup..ana pon rasa post ni bukanlah ditujukan pada pada stalker semata..
mmg blh ditujukan buat semua pendakwah2 yg berdakwah melalui blog..ya3ni penulisan..
ana sndiri pon terpikir,
ape tujuan sebenar stiap mahasiswa menulis dan men'ada'kan blog masing2..
ade yg bersifat peribadi,
ade yg smmgnye gune utk dakwah..
ana sndiri kadag2 pk, benarkah ana dah jadikan blog ana sndiri satu method utk smpikan dakwah..
( sbb ana seorg insan yg lemah dalam bidang penulisan..)
tp ana harap sangat blogger tidak menyalahgunakan blog dan pengomen juge tidak menyalahgunekan peluang mengomen..
yg pnting ape pon yg kite lakukan hnyla utk mendapatkan redhaNYA..
bile nak post pape, cam pikir la..
"Allah redhakah stiap isi dan perkataan yg aku type kan ini??"
kite kena jage..tali dgn Allah dan tali dgn manusia..
"teguran yg tidak berhikmah adlh lbh berhikmah drpd tidak menegur langsung". << dan teguran yg berhikmah lebih baek dr teguran yg tidak berhikmah..
sequencenye ttp ada..
tp, smpai tahap mane kehikmahan teguran tuh je kena tgk..
klu dah mmg org tu degil, mmg kena ubah cara..
tapi, cara yg berhikmah ni kan banyak..dan da'ei mmg perlu kreatif..
ade ustaz pnah ckp
dlm dkwh..salah satu cara a..
kite bg kesedaran akidah dulu..
baru la dgn sndirinye diorg blh berubah..dan mencari hukum2 tak bley tu..x bley nih..
cth :
pnjang lebarkan makna syahadah sebenar..
dan akhirnye..diorg sndiri akan sedar kesalahan diri..
wallahu a3lam..
pjg lak bebel..
tegur secara tak berhikmah lebih baik dari tak tegur langsung
Secara peribadi, saya memandang perkara ini ibarat bertindak membuta-tuli.
Adapun sekiranya masih dilakukan dalam erti kata "tak berhikmah", biarlah tak berhikmah itu merupakan satu strategi, bukannya membuta-tuli tanpa arah.
Maka dalam menyusun strategi, kajian & penelitian harus dilakukan. Bukan ikut sedap rasa hati, itulah yang diserlahkan. Tidak lari dari membuka pekung di dada sendiri, kerana itulah diri kita yang sebenar.
Tak berhikmah, maknanya tak kena pada tempatnya!
Wallahua3lam.
setelah membaca apa yg dibincangkan dalam post ini,syukurlah..ia memberi satu kesedaran kepada saya sendiri.syukran jazilan
harap boleh baca sekali artikel kedua Kekuatan Bukan Igauan : 2 di atas.
Ada sedikit perkaitan dengan apa yang dibincangkan di sini.
Post a Comment