Tuesday, April 15, 2008

Ingatan Membina Kekuatan

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

"Korang sume dah besar, takkan la benda basic pun nak bagitau..." "Bape kali dah pesan, takkan tak paham-paham lagi?!"

Kadang-kala, kita rasa muak, bosan & menyampah. Pekerja bawahan tak buat kerja, ahli-ahli tidak memberikan kerjasama, housemate buat endah tak endah, tak puas hati itu & ini dengan orang lain dan macam-macam lagi.

Maka dalam keadaan itu, Nabi Muhammad SAW berpesan :

Janganlah kamu marah - Hadith ke 16 Matan 40

Kemarahan akan mengatasi rasional. Pelbagai perkara yang akan kita hamburkan apabila kita marah. Rungutan, menengking, bahasa & perkataan yang tidak sesuai. Hal ini bukan sahaja akan menyakitkan hati kita, malahan turut memberi kesan negatif kepada mereka yang menjadi sasaran.

Andai kita marah sekalipun, biarlah marah yang ada 'kekuatan' dalam kemarahan tersebut.

Lihat sahaja beberapa kes sebelum ini:

1) Filem-filem & karikatur yang menghina Islam. Maka umat Islam melakukan boikot & tunjuk perasaan. Tapi tiada kesan yang ketara melalui tindakan yang diambil itu.

2) Liga Arab & OIC menyatakan kecaman mereka kepada Israel atas serangan yang dilakukan ke atas Palestin. Marah sekadar marah. Tapi umat Islam di Palestin masih sengsara, dihujani peluru-peluru saban hari.

Andai kata umat Islam punyai kekuatan, maka mereka tidak akan berani menimbulkan kemarahan kita. Bak kata pepatah, air yang tenang, jangan disangka tiada buaya!

Berbalik kepada persoalan dalam skop kehidupan seharian kita, sekiranya kita menghadapi keadaan yang boleh menyebabkan kita berada pada tahap yang tidak rasional, maka janganlah kita marah.

Sebaliknya, peringatkanlah kepada mereka. Firman Allah SWT:


Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi mereka yang beriman -
Surah Az-Dzariyat : 55


Maka berilah peringatan, sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan -
Surah Al-Ghasyiah : 21



Dan sebaik-baik peringatan adalah ayat-Nya, yang dapat mengembalikan manusia kepada Tuhan :


Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah satu peringatan, maka sesiapa yang mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya - Surah Al-Insan : 29

Sesungguhnya manusia itu daripada Allah, maka peringatkanlah mereka agar kembali mengingati-Nya.

Janganlah kita risaukan mereka akan melenting atau tidak menerima. Maka tetapkanlah hati kita untuk terus memberi peringatan kepada mereka, kerana sifat orang mukmin itu disebutkan oleh Allah SWT :

Sesungguhnya orang mukmin itu apabila disebut akan nama Allah, maka bergetarlah hati mereka & apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka, & mereka hanya bergantung kepada Tuhan mereka - Surah Al-Anfal : 2

Kemarahan yang kosong, sekiranya digantikan dengan kata-kata lembut yang berat berisi, maka kesannya akan lebih menusuk hati. Manusia yang kembali mengingati Tuhan, Muslim yang kembali mengingati Allah SWT bukan sahaja akan meningkat kualiti diri mereka, malahan dapat kekuatan rohani mereka sedia terbina.

Lihat sahaja kisah Salahuddin Al-Ayubi yang telah berjaya menawan kembali Al-Quds, beliau telah bertanyakan kepada bala tenteranya, siapa yang pernah meninggalkan solat jemaah & qiyamullail untuk duduk, & akhirnya tinggal beliau seorang yang masih berdiri.

Hatta pada zaman Rasulullah SAW sekalipun, baginda SAW memilih mereka yang bangun bertahajud pada malam hari untuk berada pada barisan hadapan.

Umat Islam ketika ini tidak lebih daripada tin kosong. Kemarahan yang meluap-luap, tapi tidak diendahkan akan sensitiviti ini. Penghinaan & penindasan terhadap Islam saban hari semakin berleluasa. Lebih malang perkara ini dilakukan terlebih dahulu oleh umat Islam sendiri. Tidak akan bersih Islam dengan kotor Muslim.

Sucikanlah kembali Islam dengan membersihkan kembali Muslim. Bermula dengan sahabat-sahabat kita, tetapkanlah hati kita untuk memberi peringatan, meskipun perkara yang basic & perlu diulang berkali-kali.

Sifat manusia yang nis-yan (pelupa) ini tidak harus kita lupa & abaikan. Maka atas perkara ini, perteguhkanlah diri kita, menghadapi karenah yang pelbagai.


Wallahua3lam.

Sama-sama kita cuba untuk mengawal kemarahan kita.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0651, 9 Rabi'ul Akhir 1429

7 comments:

Anonymous said...

hehe..ekceli marah2 ni sbnrnye memenatkn~

Faisal Admar said...

Marah boleh membuatkan seseorang tu kena darah tinggi. =P

Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang panas baran. Tapi semenjak aku meninggalkan alam persekolahan/kolej aku mula mengambil langkah mengurangkan kemarahan malah cuba sedaya upaya untuk tidak marah. Selalunya benda yg kecik boleh jadi besar dengan nafsu amarah ni. Kawan boleh jadi lawan dan hidup sentiasa tak tenteram.

Jadi antara langkah yang aku ambil ialah... setiap kali aku nak marah, aku akan diam dan tarik nafas panjang sambil istigfar [kalau ada tempat menjerit maybe aku menjerit kot?]. itu lah yang aku amalakan sekarang ni... insyaallah setakat ni aku berjaya dengan izin Allah.

syphoon said...

alhamdulillah...

emosi tak terkawal kalau marah, especially lelaki, menampakkan ketidakmatangan.

Korakora said...

Masyarakat Islam di Belanda mengambil tindakan berhati-hati dalam tangani isu filem Fitna.

Mereka tidak lekas gemuruh. Sebaliknya mengambil tindakan mahkamah dan melakukan kempen yang berhati-hati.

Anonymous said...

"hidup biar pasrah hny kpd Allah,
hati biar tabah mghadapi nafsu amarah,
pertahankan maruah agama,
agar .......(x igt)"

-petikan lirik nasyid kcik2 dulu..

klu llki mrh nmpk x mtg,
klu prmpun mrh??

ape pon, kite sbnrnye x leh ber IQ tggi je..tp kena EQ pon tggi...

syphoon said...

kalau perempuan marah nampak emotion not stabilize @ PMS.

Kalau la...

=)

Faisal Admar said...

Takleh juga nak pakai isu PMS untuk naik angin... =P