Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan dengan bentuk penghinaan Islam selepas lukisan karikatur Nabi Muhammad SAW. Kali ini lebih dahsyat, dalam bentuk filem yang berjudul 'Fitna'.
Secara jujur, aku masih belum menonton walau sedutan daripada filem tersebut. Capaian internet di rumahku yang agak perlahan akan bertambah perlahan dengan buffering terus daripada mana-mana laman web.Telah ada beberapa komen daripada Abu Saif & Ustaz Zaharuddin (klik untuk baca) & beberapa blogger yang lain. Namun apa pandangan kita pula dalam menjustifikasikan keadaan ini?
Aku berminat untuk meneliti isu ini dari dua aspek :
1) Boikot
Meskipun ada yang mengatakan boikot itu tidak relevan, namun ada juga yang memberi alasan boikot merupakan salah satu tindakan berbentuk protes yang boleh kita usahakan bagi memberi signal atau tanda akan kebiadapan mereka yang melakukan perkara tersebut.
Tetapi malangnya kita sering melakukan sesuatu perkara membuta-tuli. Jika diajak untuk boikot, maka kita turut serta. Tiada alternatif (klik pada pautan) yang diberikan.
Seorang yang suka minuman bergas, Pepsio & Coca-Cola, kita terangkan kepadanya yang syarikat tersebut memberikan sumbangan kepada Zionis & menyuruh mereka meninggalkan minuman tersebut, adakah logik mereka dapat meninggalkan perkara kegemaran mereka itu serta-merta?
Maka di situ perlu ada satu jalan keluar. Mungkin boleh kita usulkan Zamzam Cola atau sekiranya di Irbid ini kita punya Ugarit Cola keluaran Syria yang tidak kurang rasanya berbanding Pepsi & Coca-Cola.Begitu juga keadaan ketika ini. Kita menyuruh untuk boikot produk-produk keluaran negara terbabit, tetapi kita lupa untuk memberikan jalan keluar.
Jangan sampai umat Islam sendiri yang tersepit, dek kerana akal yang pendek.
2) Sistem pendidikan
Semalam ketika program Introspeksi Iman, Saudara Umeir telah memberikan sedikit review berkenaan filem Fitna ini.Dikatakan ada satu bahagian yang seorang wartawan telah bertanyakan kepada seorang budak berkenaan apakah pandangan Islam terhadap kaum Yahudi.
Kesahihan akan perkara tersebut tidak dapat dipastikan, sama ada budak tersebut sememangnya berkata sedemikian rupa atau dia diupah untuk berkata-kata.
Tapi, bagaimana sekiranya perkara tersebut adalah yang benar-benar berlaku?
Tidakkah peristiwa ini memberikan 1 indikator yang wujudnya ketempangan dalam sistem pendidikan Islam yang ada ketika ini.
Muhasabah perlu dilakukan. Mungkin terdapat kebenaran di sebalik apa yang mereka tonjolkan dalam filem tersebut.
Sistem pendidikan Islam sedia ada perlu diperbaik, supaya mereka yang melalui sistem ini tidak hanya mengeluarkan muntahan otak. 5 tahun belajar, yang tahu hanya apa yang ada dalam kepala.
Misalan, seorang hafiz, tetapi tidak mengetahui tafsir Al-Quran, lebih malang sekiranya makna ayat-ayat Al-Quran tidak diketahui. Hanya menghafal semata-mata, tanpa ada penghayatan.
Atau kelas-kelas menghafal hadith, tanpa adanya rujukan berkenaan syarah pada hadith tersebut. Lantas makna & kefahaman hadith itu tidak sampai seterusnya memberikan kefahaman yang berlainan malah berbeza dengan apa yang telah ulama' terdahulu kaji & gariskan.
Kemunculan serangan-serangan seperti ini bukanlah diletakkan kesalahan tersebut pada musuh-musuh Islam, kerana memang itu pun kerja mereka.
Tetapi bagaimana mereka boleh melancarkan serangan tersebut? Tidak dapat tidak berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri. Mana mungkin pengkritik bola sepak akan memperkatakan sesuatu terhadapa seorang pemain yang sempurna?
Begitu juga keadaan ini, tidak mungkin musuh Islam memperkatakan sesuatu sekiranya umat Islam sentiasa memperbaik keadaan dari masa ke masa, membangkitkan kekuatan yang lalu.
Fikirkan, kemungkinan besar apa yang ditonjolkan dalam filem tersebut, sememangnya tepat ke atas batang hidung kita!!!
(Pandangan seorang yang masih belum menonton filem tersebut, boleh diterima & ditolak)
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
2018, 25 Rabi'ul Awwal 1429
3 comments:
Bagi aku video tersebut tidak perlu/boleh dikeluarkan/ditayangkan. Ia merupakan provokasi ke atas seluruh umat Islam di dunia.
Walau apa pun motifnya, isu agama, kaum dan budaya tidak boleh disentuh memandangkan ia adalah isu-isu yang sensitif. Apa akan berlaku jika untuk membalas provokasi tersebut satu filem pendek pula dikeluarkan ke atas Jews dan Kristian? Tidakkah ia menambah ketegangan yang sedia ada?
Tindakan harus dikenakan kepada Wilder. Aku dah tengok movie tu dan petikan video dan gambar-gambar kesemuanya dari ekstremis Arab. Tetapi kenapa isu agama pula yang diketengahkan?
Jadi kenapa kita perlu menghukum seluruh rakyat Belanda sedangkan dalangnya ialah Wilder itu sendiri? Adakah kita juga ingin menjadi Wilder di mana dia menghukum semua umat Islam di atas kejadian-kejadian yang disebabkan oleh ekstremis Arab?
Wallahualam.
it just 1 type of propaganda. Kita sendiri yang akan terperangkap sekiranya terburu-buru.
Aku masih menunggu, ada tak akan dilakukan analisis ke atas filem tersebut, di samping kita ni kerja dok nak lawan je.
At least they can become a mirror to us. Kita tahu mana silapnya & kurang di mana untuk kita perbaiki masa akan datang.
So, to anyone yang dah tengok filem ni, silalah membuat analisis, jangan kita dok kutuk, sedangkan benda yang dikata tu sememangnya benar!
Benda yang dikatakan tu? Benda apa? Gambar-gambar yang dipetik semuanyya ekstremis Arab tapi seluruh umat Islam kena tempias.
Sebelum Holland, Denmark... heboh dengan lukisan hina Islam. Hanya orang Islam yang boleh mempertahankan Islam...
Kenapa tiada pula video anti-Israel? Pembunuhan yang berleluasa... tiada campur tangan PBB dan sebagainya.
Bukan saja di Malaysia, bahkan di dunia... Umat Islam ditindas. Sikap "tak apa" dan "bukan masalah aku" dah lumrah.
"Melayu muudah lupa..." - Tun Mahathir
Post a Comment