Sunday, March 30, 2008

Satu cerita...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Sudah lama tidak menulis cerita. Kali ini berminat untuk menulis satu cerita yang ringkas.

___________________________________________________________________


"Assalamualaikum..."

Pintu diketuk.

"Assalamualaikum..."

Dang, dang, dang. Semakin kuat ketukan pintu.

"Assalamualaikum..."


DANG DANG DANG.

Masih tiada jawapan.

Kassim buntu.

"Mana pula peginya Osman ni...." ujarnya dalam hati.

Kassim pergi ke bahagian bilik Osman. Tingkapnya diketuk.

"Osman, ooo Osman. Ada orang tak ni?" laungnya.

Tiada jawapan. Kassim mengelilingi bangunan rumah Osman, ibarat orang tawaf. 7 kali dia berpusing-pusing. Dalam dia berpusing-pusing, dia perasan ada tingkap yang terbuka, di bahagian dapur.

"Osman... ooo Osman..." laungnya lagi melalui bukaan tingkap tersebut.

Masih tiada jawapan.

-Tamat cerita tergantung-
___________________________________________________________________

Apakah objektif cerita ini direka?

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم:

« الاستِئْذاُن ثَلاَثٌ، فَإِنْ أُذِنَ لَكَ وَ إلاَّ فَارْجِع ،

متفق عليه

Abu Musa Al-Ash`ari (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "Permission is to be sought thrice. If it is accorded, you may enter; otherwise, go back.''
[Al-Bukhari and Muslim].

Sememangnya kita di Irbid ini tinggal seperti di asrama. Jika di KISAS, ibarat di bilik-bilik pada aras yang sama.

Tapi kini tidak lagi. Kita punyai rumah masing-masing. Umur yang semakin meningkat, pemikiran yang kian matang, seharusnya digandingkan dengan akhlak & peribadi yang luhur.

Firman Allah SWT :

Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah- rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya - Surah An-Nur : 61


Seringkali kita terlupa. Dek kerana rumah sahabat kita, lebih-lebih lagi yang sering kita kunjungi, tambahan hanya rumah di bawah kita, maka kita terlupa akan hal yang Rasulullah SAW telah peringatkan kita.

Pesan Nabi SAW lagi :

وعن سهلِ بنِ سعد رضي الله عنه قال : قال رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم

« إنَّمَا جُعِلَ الاستئذاُن منْ أَجْلِ البَصَر »
متفق عليه .

Sahl bin Sa`d (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "Seeking permission to enter (somebody's house) has been prescribed in order to restrain the eyes (from looking at something we are not supposed to look at).''
[Al-Bukhari and Muslim].
- Hadith ke-871; Riyadh As-Solihin.

Sekali lagi, marilah kita sama-sama bina peribadi mengikut acuan yang Allah SWT & Rasul SAW tunjukkan. Akhlak itu bukan lalang (klik untuk bacaan lanjut), tidak tumbuh sendiri, tapi perlu dilatih & dipraktikkan sentiasa.

InsyaAllah, sekiranya suasana Irbid ini dipenuhi dengan sunnah, maka akan terbentuk satu suasana yang cukup harmoni.

Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan.
2137, 22 Rabi'ul Awwal 1429

5 comments:

david santos said...

Good posting and excellent photos.
Thank you.



Please!
To avoid such a tragedy happening again, and for the salvation of our children, we are doing a worldwide campaign, displaying the image of NURIN JAZLIN JAZIMIN in blogs all over the world on 25th April 2008. Let's not forget NURIN JAZLIN.

Faisal Admar said...

Hmm post yang menarik. Betul, banyak rumah-rumah even di Malaysia sudah tidak mengamalkan beri salam sebelum masuk ke rumah.

Alhamdulillah family aku masih mengekalkan beri salam sebelum masuk ke rumah. Dah sebati pun dengan jiwa. Insyaallah...

Anonymous said...

hurm.tula..terigt time kt umah dedulu..pakcik2 kt kampung slambe je masukkn kpla dulu kot sliding door tu pastu bru bg salam..

yg lg best..time kitorg mkn..ade yg slambe je masuk dr pintu utama..bejalan smp pintu dapo~ then bru bg salam..
penat jee letak loceng dpn umah(bdk2 kecik plak maen tekan2)..

yg pompuan pnat ah nk nyorok bwh meja..n mcm2 tmpt lg~ x smpt nk capai tdung.

haih..mereka patut diberi kesedaran ttg adab2 tetamu nih~

penconteng.crayOn said...

~em,kalau kita tengok adab2 ziarah dlm Islam..

kpd penziarah:Islam galakkan beri salam,minta izin dan balik saja kalau disuruh balik..(dan kalau mberi salam atau menekan loceng 2 pula biarlah jaraknya 2 rakaat solat antara salam pertama dgn salam kedua..)
kpd tuan rumah:Islam menyeru sgt2 memuliakan tetamu..dan dikatakan tetamu yg btandang membawa keberkatan dan pulang membawa dosa2 tuan rumah..

untuk dua2 pihak Islam tekankan..betapa indahnya Islam=)

~tp realiti skrg,kdg2 tu,slagi tuan rumah xbuka pintu,slagi itulah loceng dibunyikan tanpa henti..xtahu mana perginya adab2 menziarah tsebut..

maaf,cam pjg lak..tp mmg bminat dgn bab2 ziarah ni.he3.wallahu'alam..

syphoon said...

yup.. thats the point.

especially kalau yang dok kat rumah bawah... siap rumah boleh dikeliling, ketuk-ketuk tingkap, jerit-jerit kat dapur...

hmm....