Thursday, October 25, 2007

Mahasiswa dalam berperanan

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu...Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Allah meninggikan mereka yang beriman dan dan berilmu pengetahuan beberapa
Surah Al-Mujadalah : 11

Musafirnya kita ke Dataran Syam ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memburu titisan-titisan ilmu Allah Yang Maha Luas. Mencari & menjadi kelainan, yang tidak dapat dinikmati oleh sahabat-sahabat yang berada di tanah air. Allah telah memilih kita antara jutaan hamba-Nya untuk kita menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya' ini. Meneroka bukan sahaja ilmu-Nya, malahan melihat bukti kebesaran Pencipta.

Tidak dinafikan kita punyai misi yang penaja mahupun ibubapa kita mahukan, tapi misi kita yang lebih penting adalah keredhaan di sisi-Nya. Terbang jauh kita dari kampung halaman, mahukan peluang untuk kita melakukan anjakan pemikiran, dengan memandang sesuatu yang lebih jauh, iaitu kejayaan di dunia & juga akhirat.

Ilmu itu cahaya. Memandu manusia supaya jelas jalan mana yang harus kita lalui & cahaya tidak akan menembusi sesuatu yang legap. Hati yang dicampuri dengan maksiat akan meninggalkan titik-titik hitam yang semakin membesar sekiranya tidak ditinggalkan & akhirnya hati akan menjadi legap, tidak lut cahaya.

Imam Syafie dalam salah satu syairnya menyatakan :

شكوت إلى وقيع سوء حفظي
فأرشدني إلى ترك المعاصي

وأخبرني بأن العلم نور
ونور الله لا يهدى للعاصي

Aku mengadu pada (guruku) Waqi' tentang buruknya hafalanku
Maka dia menasihatiku supaya meninggalkan maksiat
Dan dia memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.


Ilmu hadir dengan keberkatan, yang memberi ketenangan & menjadikan ilmu itu bermanfaat serta dapat memelihara pemegangnya. Hanya perkaitan dengan Pemilik ilmu yang Maha Agung sahaja dapat mendatangkan perkara ini.

Firman-Nya :
Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada). dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana - Surah Al-Fath : 4

Segulung ijazah tidak dapat menjanjikan kebahagiaan & ketenangan dalam kehidupan pada masa akan datang. Penyalahgunaan ilmu, tidak reti bagaimana memanfaatkan ilmu pada tempat yang sepatutnya, semuanya adalah natijah daripada tiadanya keberkatan dalam ilmu yang diperolehi.

Maka, jelas di sini bahawa dalam kembara kita mencari embunan ilmu milik Allah ini, tidak boleh adanya unsur-unsur maksiat & mungkar.

Kita mahukan air yang jernih dari dalam telaga, tapi kita menggunakan baldi yang penuh dengan karat & kotoran untuk menimbanya, adakah masih sama keadaan air tersebut? (baca artikel ini)


Dan menjadikan kalimah-kalimah kufur itu yang paling rendah & kalimah Allah itu di tempat yang paling tinggi. -Surah At-Taubah : 40

Kebangkitan Islam adalah berkadar langsung dengan keruntuhan jahiliyah. Tidak akan tertegaknya syari'at sekiranya maksiat & mungkar masih berleluasa.

Tidak akan datangnya keberkatan ilmu daripada Pemiliknya sekiranya diri kita masih diulit oleh perkara-perkara yang melalaikan.

Justeru, sebagai MAHASISWA MUSLIM, kita seharusnya sedar & mengambil berat akan perkara ini. Budaya tidak sihat & mencemarkan kemurnian ilmu Allah ini WAJIB untuk kita hindari, apatah lagi perkara-perkara yang ditegah & dilarang oleh Allah SWT & Rasul-Nya.


Selain itu, sekiranya manhaj yang telah ditunjukkan oleh Rasul SAW, para sahabat & ulama' terdahulu lakukan dapat kita ikut, maka itu lebih baik bagi kita dalam pencarian kita ini. Tiadalah apa yang Rasul SAW tunjukkan itu perkara yang sia-sia, melainkan panduan terbaik buat kita.

1) Menghormati guru & rakan-rakan lain

Salah satu syair Imam Syafie :

Bersabarlah atas apa sahaja yang keluar dari mulut guru,
Sesungguhnya gagalnya ilmu dengan mengabaikan mereka,
Barangsiapa yang tidak merasai pahitnya menuntut ilmu walau sesaat,
Maka Telanlah hinanya kebodohan sepanjang hayatnya...
Dan Barangsiapa yang luput waktu mudanya dari menuntut ilmu,
Takbirlah 4 kali (seperti solat jenazah) ke atasnya tanda kematiannya.


Bosan, mengantuk & tidak faham bukanlah satu alasan untuk kita bersembang-sembang dengan kawan sebelah, sehingga menjadikan pengajaran lecturer di hadapan & pembelajaran rakan-rakan lain terganggu, juga bukan alasan untuk kita keluar secara tiba-tiba dari dewan tersebut.

Tidak beradab dengan orang yang mengajarkan kita ilmu, bererti kita tidak menghargai ilmu itu sendiri, juga satu bentuk penghinaan kepada Pemilik asal ilmu tersebut.

Sedarkah kita akan hal ini?

2) Sandaran ilmu

Ilmu itu daripada-Nya, maka tidak dapat tidak, kepada-Nya juga harus kita sandarkan pergantungan kita. Study 'maut' menjelang exam sehingga mengabaikan solat jemaah kita, stay-up sehingga subuh tetapi tidak sedikit pun bermunajat & berdoa meminta kefahaman dari-Nya.

Maka, akan hadirkah ketenangan & pertolongan Allah ketika menjawab exam kelak?

3) Etika berpakaian


Aku teringat salah satu mesej yang diforwardkan oleh salah seorang seniorku,


“Kita mahukan kenaikan pangkat & gaji serta bonus daripada majikan kita, tapi bagaimana kita boleh dapat sekiranya kod pemakaian syarikat pun kita langgar?”


Allah SWT telah menetapkan garis panduan berkenaan hal ini & diperjelaskan oleh Rasul SAW ketika hayat baginda.

Musafirnya kita untuk menuntut ilmu, ibarat bekerja di sebuah syarikat, yang bernama Jordan. Maka keseluruhan perbuatan kita diambil kira, bukan hanya ketika hadir ke universiti, bahkan ketika bermain, di luar & dalam rumah sekalipun.

Maka setiap perlakuan kita ini WAJIB mematuhi etika & kod pemakaian yang telah ditetapkan-Nya dalam apa jua keadaan & tempat.

Aku khususkan lebih kepada mahasiswi, yang penjagaannya perlu lebih rapi daripada mahasiswa, kerana nilai mereka lebih mahal, lebih-lebih lagi di bumi asing ini.



i- Memakai perhiasan & bersolek (klik untuk muat turun)


Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu -Surah Al-Ahzab : 33

Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya
- Surah An-Nur : 31





ii- Memakai pakaian yang jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan



وعنْه قَال : قَال رسُولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :

« صِنْفَانِ مِنْ أهلِ النَّارِ لمْ أرَهُما : قَوْمٌ معهم سِياطٌ كأذْنَابِ الْبقَرِ يَضْرِبونَ بِها النَّاس ، ونِساء كاسياتٌ عارِياتٌ مُمِيلاتٌ مَائِلاتٌ، رُؤُوسُهُنَّ كَأسْنِمةِ الْبُخْتِ المائِلَةِ لا يَدْخٌلنَ الجنَّةَ ، ولا يجِدْنَ رِيحَهَا ، وإنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مسِيرَةِ كذَا وكَذَا »

رواه مسلم


Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "There are two types of people who will be punished in Hell and whom I have not seen: men having whips like the tails of cows and they will be beating people with them, and, women who will be dressed but appear to be naked, inviting to evil; and they themselves will be inclined to it. Their heads will appear like the humps of the Bactrian camel inclined to one side. They will not enter Jannah and they will not smell its fragrance which is perceptible from such and such a distance.''
[Muslim].
*
Hadith ke-1633 - Riyadh As-Solihin




iii- Melabuhkan tudung

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya - Surah Al-Ahzab : 59

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya - Surah An-Nur : 31

Busana muslimah telah diperluas. Pelbagai fesyen kontemporari yang selari dengan syari'at telah diperlebar. Adakah masih tidak cukup?

Sedarlah yang pakaian yang kononnya menjadi trend masa kini itu merupakan perangkap & jarum-jarum halus para musuh Islam untuk memesongkan umat Islam hari ini. Terlucutnya pakaian umat Islam bermakna tanggallah antara salah satu benteng pertahanan diri & iman.

Berilmu tanpa iman akan menjadikan kita sesat & semakin jauh dari Pemilik kita.



4) Pergaulan

Islam tidak pernah menghalang pergaulan antara lelaki & perempuan, tetapi Islam meletakkan garis panduan supaya umat Muslim tidak menjadi umat yang melampaui batasan seperti umat-umat terdahulu yang akhirnya dihancurkan oleh Allah SWT.

Batasan-batasan ini diletakkan agar kemurnian, keharmonian & kesucian dalam aspek diri & masyarakat dapat dipelihara daripada kefasadan.



i- Menjaga pandangan


وَعَنْ جَرِير رضي اللَّه عنْهُ قَالَ
سألْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم عَنْ نَظَرِ الفجأةِ
فَقَال: « اصْرِفْ بصَرَك »
رواه مسلم

Jarir bin `Abdullah (May Allah be pleased with him) said: I asked the Messenger of Allah (PBUH) about (the Islamic ruling on) accidental glance (i.e., at a woman one is not Islamically allowed to look at) and he ordered me to turn my eyes away. - *Hadith ke 1625, Riyadh As-Solihin


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".- Surah An-Nur : 30

وعنْ أبي سَعيدٍ رضي اللَّه عنْهُ أنَّ رسُول اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال :

« لا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إلى عوْرةِ الرَّجُلِ ، وَلا المَرْأةُ إلى عوْرَةِ المَرْأةِ ، ولا يُفْضِى الرَّجُلُ إلى الرَّجُلِ في ثوبٍ واحِدٍ ، ولا تُفْضِى المَرْأةُ إلى المَرْأةِ في الثَّوْبِ الواحِدِ »

رواه مسلم .

Abu Sa`id Al-Khudri (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "A man must not look at a man's private parts nor must a woman look at a woman's private parts; neither should two men lie naked under one cover, nor should two women lie naked under the same cover.''
[Muslim]. *Hadith ke-1627 - Riyadh As-Solihin




ii- Etika pergaulan

وَعَن ابنِ عبَّاسٍ رضي اللَّه عنْهُما أنَّ رسُول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَال :

« لا يَخْلُوَنَّ أحدُكُمْ بِامْرأةٍ إلاًَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ »
متفقٌ عليه .

Ibn Abbas (May Allah be pleased with them) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "No one of you should meet a woman in privacy unless she is accompanied by a Mahram (i.e., a relative within the prohibited degrees).''
[Al-Bukhari and Muslim]. *Hadith ke-1629, Riyadh As-Solihin

Commentary: This Hadith strictly prohibits Muslims from meeting a non-Mahram woman in seclusion without her Mahram, in order to avoid the temptation to commit the sin of adultery and fornication.


iii- Menjauhi perkara-perkara yang menghampiri zina


Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.- Surah Al-Isra' - 32

Berdalilkan semua muslim itu bersaudara, adakah menghalalkan apa yang telah Allah larang? Maka semua medium yang ada, YM, friendster, sms dimanipulasikan. Istilah couple semakin dipopularkan, sehinggakan mereka yang tiada pasangan pula berasa inferior.

Berdua-dua-an di dalam dewan kuliah, ketika berjalan pulang ke mujamma', atau 'menjadi muraqib' untuk mahasiswi di tengah-tengah siang terik atau makan semeja atau keluar makan bersama. Alasan-alasan seperti perlukan teman untuk study, mengambil berat akan keselamatannya atau ingin membalas jasa dengan membelanjanya adalah tidak relevan, apatah lagi dilaksanakan dalam keadaan yang menimbulkan fitnah.

Sedarlah akan batasan-batasan yang Allah telah tetapkan untuk kita. Tidak akan adanya rahmat & naungan dari-Nya kepada kita sekiranya dicampuri dengan perkara yang ditegah sebegini.

Contohilah mereka yang mengambil langkah untuk 'mengikat' secara pasti antara satu sama lain. Bukannya berhubungan dalam keadaan yang tidak dibenarkan & pasti tidak akan mendapat keredhaan daripada-Nya. Malah tidak perlu sembunyi-sembunyi, kerana takut dilihat orang, sedangkan Allah itu Maha Melihat...(Artikel daripada Abu Saif : 1 , 2 , 3)

(Klik sini untuk baca hasil tulisan Sheikh Ali At-Tantawi Rahimahullah)

Tinggalkanlah perkara-perkara yang dilarang oleh Allah & Rasul-Nya, agar rahmat-Nya turun kepada kita,

Sabda Nabi SAW :

Hadith ke 10, Matan 40 An-Nawawi

Tidak akan makbul doa kita, selagi mana kita melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh-Nya.


Lakukanlah perubahan & peningkatan demi-Nya, nescaya Allah akan mempermudah urusan kita. Keluarlah dari gua yang gelap, mencari sinar matahari, menyinar jalan mana yang harus kita pilih.

Sentiasalah meminta keampunan-Nya, sekalipun kesalahan kita itu sepenuh isi bumi, selagi kita tidak mensyirikkan-Nya, maka Allah akan mengampunkan kita (Hadith ke 43, Matan 40 An-Nawawi)

Jagalah hak-hak Allah, nescaya hak-hak kita akan turut terjaga.

Hadith ke-19, Matan 40 An-Nawawi


Tidak lupa kepada sahabat-sahabat di sekeliling, berperanan untuk menegur sahabat yang hanyut & lupa akan perkara-perkara di atas.

Firman Allah SWT :

Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.- Surah Al-Anfal : 25


Sekiranya tidak memainkan peranan untuk amar ma'ruf nahi mungkar, maka secara kolektifnya kita turut sama tidak mendapat keberkatan ilmu itu. Kita turut sama meminum air yang ditimba menggunakan baldi yang berkarat itu tadi, maka kita turut mengalami keracunan & kesakitan.


Kepulangan kita kelak dengan ijazah tanpa risalah akan merosakkan proses pembinaan semula masyarakat muslim di tempat kita & pulang dengan risalah tanpa ijazah akan memberi fitnah kepada semua yang terlibat dalam medan ini.


Ayuh, mulakan langkah kita!


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0138, 14 Syawal 1428

No comments: