Wednesday, July 11, 2007

Semalam....

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Semalam...

Aku sampai di Irbid sekitar jam 11.00 malam. Selesai menolong Abg Ismat mengangkat kotak kargonya, aku kembali ke Sakan Sakran. Tiba-tiba Abg Rahmat mengajak ku ke Bayt Mall, kerana berlaku kecurian. Aku sangkakan hanya kes pecah masuk ketika tiada orang di rumah, rupanya tidak. Kali ini merupakan kes rompakan, 5 orang sahabat diikat & dipukul teruk.

Aku pulang ke rumah 10 minit sebelum azan subuh bersama-sama Zaid, menantikan bahagian forensik Pasukan Polis Jordan (pertama kali datang ke kes Maliziyyin, mungkin kerana Pegawai JPMJ ada kot...)

Takziah aku ucapkan buat sahabat-sahabatku, yang masih trauma akibat daripada kes ini. Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus berdiri di atas bumi-Nya ini.

Namun disitu, pasti ada sesuatu yang ingin Allah SWT tunjukkan pada kita. Aku teringat akan satu tulisan Abu Saif bertajuk 'Pilih Yang Mana Satu'. Bagaimana kita menjustifikasikan sesuatu musibah itu. Adakah hanya musibah semata-mata, ataupun kita menganggap musibah tersebut merupakan satu teguran daripada Allah kepada kita semua walaupun tidak terkena musibah tersebut?

Dalam keadaan diri yang kian alpa, semakin jarak daripada Pencipta, semakin terlupa pada sunnah yang tercinta SAW, ribuan kesyukuran aku panjatkan kepada-Nya kerana sudi menegur terlebih dahulu, daripada ditimpakan dengan musibah yang lebih besar.

Sebenarnya, Rasulullah SAW telahpun memberikan penyelesaian kepada hal seperti yang berlaku dalam kes ini.

877 وعن جابر رضي الله عنه قال : أتَيتُ النبي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم فَدَقَقْتُ الباب فقال : « من هذا ؟ » فقلت ، أنا ، فقال : « أنا أنا ؟ » كأنهُ كَرهَهَا ، متفق عليه .

877. Jabir (May Allah be pleased with him) reported: I went to the Prophet (PBUH) and knocked at the door (to seek permission). He asked, "Who is there?'' I said: "I''. He repeated, '' I, I?!'' as if he disliked it.
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: At the doorstep, the visitor should disclose his identity to the host. Secondly, to knock at the door or to ring the door-bell is tantamount to seeking permission to enter the house. When the host comes out, the visitor should first offer him As-Salam. (Hadith ke-877, Riyadhus Solihin)

Dan hadith-hadith sebelum hadith ini juga turut menyentuh berkenaan 'Seeking Permission to Enter by Telling One's Name'

Apabila kita pergi ke rumah sahabat-sahabat yang lain, kita sering menggunakan loceng, mengetuk pintu & memberi salam. Tapi apabila orang di dalam bertanya "Siapa?" Kita membalas "Aku la..." , "Ana...", "Saya.." Hadith di atas menunjukkan yang Nabi SAW tidak menyukai perlakuan sebegini. Jadi harapnya selepas ini tiada lagi berlaku insiden seperti ini, tatkala orang di dalam bertanyakan siapa, jawablah dengan nama kita. InsyaAllah dengan kita mengamalkan hadith ini, akan ada sesuatu yang lebih istimewa di samping terjaga keselamatan kita sendiri.

Ramai sahabat-sahabat yang pergi menziarahi sahabat-sahabat yang menjadi mangsa. Tak kurang yang mengecam & mengutuk. Cuma sebagai peringatan, biarlah kita yang sedar ini tidak melampau juga. Biarlah mereka yang merompak itu bersikap melampaui batasan, tidak perlu kita juga melampaui batasan. Melampaui batasan dalam percakapan, dalam pertuturan. Tatkala kita mengecam & mengutuk, jagalah adab-adab & larangan yang ditetapkan oleh-Nya. Jangan kita pun sampai dapat saham dosa, dek kerana golongan-golongan ini.....

Apa pun, langkah-langkah keselamatan mestilah diperketatkan kembali & saling mengingati sahabat-sahabat lain. Andai kepada ikhwah boleh berlaku sebegini rupa, tidak mustahil akan berlaku kepada akhawat & vice versa. Ambillah langkah berjaga-jaga, kurangkan keluar malam, tidak kira ikhwah & akhawat & elakkan berada di rumah bersendirian.


Ya Allah,
Kami memohon perlindungan-Mu daripada segala musibah,
& kami juga memohon agar diberikan hidayah...

Amiin....

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1103, 26 Jumada Al-Akhir 1428

6 comments:

Anonymous said...

salam
semoga kite mengambil iktibar di atas ape yg berlaku
sokong lah jugak cakap sapik...
nak kutuk arab ...
biar specific skit...
contoh die:-
*bangang betol pencuri arab

Anonymous said...

waaa, ustaz munn amat alim,
insyaallah lepas nie kita semua mengabil iktibar dan langkah berjaga2 untuku keselamatan diri dan juga rakan2;)

Anonymous said...

sesungguhnye ape yg berlaku di atas muke bumi allah ni ade hikmahnye.. bersabarlah, sesungguhnye allah bersame dgn org2 yg sabar..
(jom tolong budak2 tu, sumbangla serbe sedikit ape2 yg kite ade utk ringankan beban diorang i'allah..)

Anonymous said...

saya pun tidak mahu ketinggalan dalam memberikan komen... saya mempunyai beberapa pendapat
1. terhadap kes rompakan tersebut; simpati dan belas saya hulurkan.
2. terhadap kes rompakan tersebut, saya tidak mahu mengatakan kes tersebut salah siapa... mungkin salah sendiri, lalu Allah berikan teguran kepada kita dalam bentuk sedemikian atau juga salah orang arab tersebut kerana sering berdengki dengan kehidupan rakyat malaysia di sini. terlalu angkuh dengan kewarganegaraan mereka. kerana itulah pertelingkahan sering berlaku di tanah-tanah Arab ini, tetapi tanah Jordan ini tetap milik Allah...
3. terhadap kutukan yang diberi, secara jujurnya saya tidak merasakan kutukan melampau adalah satu masalah. mungkin kutukan tersebut keluar daripada pemikiran sunconcious kite kerana terlalu marahkan orang yang telah membuat aniaya terhadap diri kita, lalu kate2 tersebut menjadi bahan untuk melepaskan geram. TEtaPi, saya harap agar kutukan tersebut tidak berpanjangan. kerana saya tersentuh juga seolah-olah kite telah menghina bangasa keturunan Nabi Muhammad s.a.w. ape-apepun perkara ini terpulang kepada individu yang berkenaan
4. saya bersetuju dengan pendapat sdr syafiq agar pihak sebelah akhawat pada ketika ini harus mempersiapkan diri untuk melindungi diri daripada berhadapan dengan perkara yang sama seperti ini. hentikanlah perbuatan keluar malam dan balik rumah apabila jam 10.30 malam... saya amat terkejut kerana pernah terserempak dengan pihak Muslimat Malaysia yang pulang ke rumah mereka berhampiran ini pada jam 10.36 malam. jadi, kalau berlaku masalah, siapa nak dipersalahkan...?
cukup la tu, panjang dah... nak bagi ceramah ke...

Anonymous said...

"harap semua dapat mengambil iktibar dan memperketatkan langkah-langkah keselamatan"

dah bosan gile aku dengar ayat ni. 2 tahun aku duduk sini, 2 tahun tu la ayat ni diulang-ulang bila kes-kes seperti ni berlaku. tapi tak pernah-pernah pun selesai malahan makin menjadi-jadi pulak sehingga tahap melibatkan nyawa. apa kejadahnya?

apakah tiada jalan penyelesaian langsung? apakah kita ni memang berada dalam golongan yg teraniaya sampai mampus? oh terasa macam rakyat palestin la pulak, sentiasa dalam penganiayaan.

betul, setiap musibah itu adalah teguran dari Allah swt dan ada hikmahnya. bagi aku hikmah dia ialah supaya kita sedar yg kita ni sebenarnya bodoh kerana tiap2 bulan berlaku kes tapi tak pernah nak ambil pengajaran. cakap punyala berapi "umat islam tak jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali". kalau dah jatuh banyak kali, umat apakah itu?

perbuatan zalim itu tetap perbuatan zalim. musibah ni bukannya macam tsunami atau gempa bumi yang memang tak boleh dielak/dicegah. mmg kita dituntut bersabar, tapi kita tak dituntut bersabar dalam membiarkan kezaliman berlaku. kalaulah penyelesaiannya hanyalah bersabar sahaja, maka tak perlulah ada undang-undang yg menghukum perompak, pembunuh, pencuri dll. sebab apa? sebab kita perlu bersabar. moga-moga kesabaran kita itu dapat menginsafkan mereka. wah mudahnya!

secara peribadi, aku boleh terima lagi kalau si celaka arab tu cuma ambil duit dan harta benda saja. tapi kalau dah melibatkan nyawa, its totally unforgivable. perkara ni ada qisasnya (Al-Maaidah 45). memang benar, bersabar itu adalah yang terbaik seperti yang disebut dalam ayat. kalau macam tu, tidak perlulah Allah menyatakan ayat qisas. sebab bersabar adalah terbaik. dengan kata lain, qisas bertujuan memberi pengajaran terhadap pelaku jenayah. kita ajar diaaaaaa!!!

haih tak hilang lagi ni panas.. maafla semua emo tak tentu pasal.

syphoon said...

aik, panas plak artikel nih...

juz aku nk igtkan, dah sebulan lebih x berlaku dah kes2 nih. tiba2 jadik, teruk plak tuh. mmg musibah tu ttp satu musibah, tp bagaimana kita terima musibah tu, itu yg plg penting. Xkan Allah saje2 suka2 nk timpakan musibah kt sesorg tu? Mesti ada hikmah lain.

Ttg kenyataan awal seif tu, PERMAI sendiri dah mmg xboleh buat ape, PERMAI bukan penguatkuasa Jordan, hatta kalo kami panjangkan ke MSD & Embassy sekalipun, diorg dah pun sampaikan kpd pihak berkuasa Jordan. Cuma pihak berkuasa Jordan ni la yg perlu amik intibah lagi atas apa yg berlaku. Tapi x mustahil gak benda ni berlaku, sekalipun segala macam tindakan kita dah ambil, tu kita kena igt.

So, ape yg boleh kita lakukan skrg, perketat keselamatan diri sendiri & rakan-rakan tu dlu. Kalo kita ni sendiri dok jalan2 sorang2 malam2, pastu kene attack, pastu nak salahkan pihak berkuasa, sbb x patrol, tu kita la yg bodoh....