Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...
2 perkara :
1) Buah kelapa

Buah kelapa semakin tua, semakin banyak kegunaannya. Buah kelapa muda hanya boleh diminum airnya & dimakan isinya. Tapi sabut & tempurung tidak boleh digunakan melainkan telah kering.
Tapi fungsi buah kelapa ini bertambah apabila tua. Isinya boleh diparut, kemudian diperah untuk santan, menambahkan kelazatan dalam masakan. Sabut & tempurung boleh dijadikan bahan api. hampir 95% bahagian daripada buah kelapa tua boleh digunakan berbanding buah kelapa muda.
Semakin tua kelapa, semakin banyak fungsi buah kelapa tersebut.
2) Telefon bimbit
Berlainan dengan buah kelapa, telefon bimbit adalah sebaliknya. Semakin baru jenis keluaran telefon bimbit itu, semakin banyak fungsinya.Telefon bimbit yang pernah aku gunakan pada era awal komunikasi adalah Nokia model 3210. Tiada fungsi istimewa, hanya boleh menghubungi & ber'mesej'an. Mesej pun hanya 60 patah perkataan, tidak seperti sekarang, 160 patah perkataan.
Kini, jika kita lihat telefon-telefon bimbit di pasaran punyai 1001 fungsi tersendiri, dengan MP3 Player, Camera Digital, Software yang pelbagai dan sebagainya.
Semakin lama jenis telefon bimbit tersebut, semakin sedikit fungsi telefon bimbit tersebut.
Generasi kini juga terdapat 2 jenis, 1 seperti buah kelapa & 1 lagi seperti telefon bimbit.
Buah kelapa & telefon bimbit, kedua-dua ini berfungsi pada manusia. Bukan kepada diri sendiri sahaja.
Begitu juga kita, dengan umur yang semakin bertambah, adakah kita menjadi seorang yang berguna kepada orang lain? Ataupun semakin bertambah umur kita, semakin kurang perkara yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat?
Tepuk dada, tanya iman. Andai anda seorang manusia telefon bimbit, buatlah R&D, masuklah kembali ke kilang tarbiyah untuk renovation. Jadilah seorang yang baru, yang punyai 1001 fungsi kepada masyarakat.
Andai anda seorang manusia buah kelapa, pastikan setiap apa yang ada ada, pengalaman, kemahiran & sebagainya, digunakan secara optima & tidak dibiarkan menjadi busuk, yang akhirnya dicampak ke dalam parit.
Wallahua3lam...
Ya Allah,
Jadikanlah aku seorang yang berguna kepada agama-Mu...
Amiin...
-Syphoon-
Irbid, Jordan
16 Jamadil Akhir 1428, 1157
No comments:
Post a Comment