Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Fikiranku agak kusut sedikit minggu ini. Entah mengapa. Sering termenung kosong, terfikir sesuatu yang tidak patut aku fikirkan, sedangkan tugasan & komitmenku masih beratur menunggu untuk dilaksanakan. Khamis lalu, aku ke Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) di Suwaifiyah. Sepanjang perjalananku ke sana, fikiranku melayang entah ke mana. Hilang bersama angin. Aku hilang fokus.
Berfikir panjang untuk sesuatu? Mungkin....
Berfikir mengenai seseorang? Mungkin....
Rindu? Barangkali...
Tapi pada siapa? Masih mencari-mencari...
Runsing... Gundah-gulana... Risau?
Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika ini...
Perbualan dengan seorang ustaz tempoh hari memberikan satu kesan yang cukup mengganggu aku sehingga kini...Menjadikan aku tidak boleh untuk tidak memikirkan perkara tersebut...
Dan ia mengingatkan aku kepada salah satu peristiwa dalam hidupku...
_________________________________________________________________

Minggu ini antara minggu yang meletihkan bagi aku. Ahad & Isnin lalu aku demam, demam dek kerana keletihan menguruskan majlis pada hari Sabtu yang lalu. Namun demam yang aku alami kali ini agak istimewa bagiku, kerana peristiwa ini mengingatkan aku kenangan aku di Haramain.
Ketika berada di Madinah, aku demam panas. Aku ingat lagi, hari pertama di Madinah, ketika hendak menuju ke restoren Indonesia di sana, darah meleleh keluar dari hidungku tanpa aku sedari. 5 kali aku hidungku berdarah sepanjang 3 hari berada di Madinah.
Aku menelan 2 biji Paracetamol untuk keluar dari bilik menuju ke Masjid An-Nabawi. Jika tidak memang aku tidak larat untuk bangun keluar, ditambah dengan cuaca panas di Madinah, sehinggakan bahang siang hari masih terasa meskipun sudah tengah malam.
Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada sahabatku Aiman Majdi yang sudi mengambil berat tentangku sepanjang berada di bumi Madinah...
Setiap waktu aku menangis di dalam hati...
"Andai ini merupakan kifarah dari-Mu Ya Allah, aku redha..."
Demam aku tidak kebah sehingga hari terakhir berada di Madinah. Aku menangis sendirian, kerana aku takut Allah timpakan kesakitan tersebut kerana Dia tidak membenarkan aku memasuki rumah-Nya Baitullah a-Haram. Tidak dapat aku gambarkan perasaan takut aku ketika itu. Mungkin aku ketika itu seperti anak kecil yang pulang dengan baju yang kotor ke rumah, takut untuk berdepan dengan ibunya.
Malam apabila sampai di Makkah, aku menangis dalam diam, kerana aku merasakan betapa Allah itu Maha Pengasih. Kasih sayang-Nya yang begitu tinggi, membenarkan hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya, untuk memasuki rumah-Nya. Tidak dapat aku gambarkan perasaanku tatkala aku memandang Kaabah di hadapan mataku. Tangisan kesyukuran terburai daripada mataku, tidak dapat dibendung.
Ya, tidak semua orang akan merasakan seperti ini. Aku demam panas ketika berada di Madinah & pada masa itu, aku berasa sangat takut, takut dek kerana dosa-dosa ku yang selama ini aku lakukan. Aku takut demam ku itu merupakan penghalang yang Allah hantar kerana Dia tidak membenarkan aku masuk ke rumah-Nya. Pernahkah anda berasa sedemikian rupa? Dan aku merasakan betapa Allah itu Maha Pengasih & Penyayang, ibarat seorang ibu yang tidak kisah akan keadaan anaknya itu yang pulang dengan baju yang kotor, asalkan anaknya itu pulang kepadannya sudah memadai. Begitu juga yang aku rasa, meskipun aku bertandang tanpa diundang, dengan seribu satu dosa, namun Allah itu Maha Pengampun, bagi hamba-hamba yang pergi mencari-Nya.
Demamku kebah pada hari kedua aku berada di Makkah. Sepanjang aku berada di Makkah, aku suka duduk di hadapan Kaabah. Bagiku, Kaabah merupakan satu pemandangan yang cukup menyejukkan mata. Keadaan di Masjid Al-Haram merupakan keadaan paling tenang pernah aku kecapi meskipun jutaan Muslim berada di dalam masjid tersebut.
Aku rindu pada pemandangan tersebut... juga rindu pada ketenangan tersebut...
Kenangan umrah & ziarah ini, tidak akan aku lupakan sepanjang hidupku...
Biarlah kehadiran matahari daripada journeyku kali ini, terus menyinari setiap langkah aku di jalan-jalan & persimpangan kehidupan, agar diri ini, tidak lagi terjatuh ke dalam lubang maksiat, dek kerana kegelapan yang menyelubungi...
Terima kasih Ya Allah...Terima kasih....
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0301, 13 Rejab 1428





16 comments:
hidung berdarah semua orang tau,
hati berdarah siapa yang tahu?
hihi
Allah tau...xpe...
actually conversation dgn ustaz tu bkn jadikan hati aku berdarah, tapi lagi berbunga & bertambah rindu pd **** tu...
jgn salah anggap plak ek...
el-thiqah billah..kepercayaan kpd Allah sgt2 penting..percayalah bhw Allah tu Maha Mengetahui segala2nya..dan die tahu ape yg kamu xtahu..segala ujian dan cbrn tu,Allah mesti jadikannya dgn bersebab..percayalah pd hikmah yg akn dtg disebalik ujian tersebut..kalo kite xdpt lihat hikmahnya pd ms terdekat,insyaAllah pd akhirat nnt pasti kan tiba..husnuzzon kpd Allah..syafakallah syafiq ali..kuat2..kuat jiwa..insyaAllah
mcm ayat aime jek..hehehe
sampai dah masanya kot...
kalau dari irbid ke bumi hijaz tak ingat lagu "permaidani...urdun kau tinggalkan...." memang saje le kamu yob
@abu saif
xtau la ust... byk lg komitmen nih.. tu yg tgh runsing...
@akhi riyadh
lagu yg mane 1 tu ek?
salam. wah2. dh pegi umrah ye. tahniah la sbb berpeluang mengerjakan umrah. aku tk berkesempatan lagi. cerita psal demam, msia skrg tgh panas jgk. hujan tetiap hari, sampai demam dibuatnye aku ni. tk dpt pegi keje jgk. Kifarah drpd-Nya mungkin sbb aku lg byk dose klau nak banding dgn ustaz syphoon kite ni.hehe. ma'assalmah~
@hafiz pozi..
ws.. ahlen2... dah smpi msia plak ang...jge diri bebaik...
tak tau pulak dah. Lagu abu saif tu
owh..ok... x bpe igt la.. lagu2 klasik ni satgi bwk nostalgia.. hehehe
salam..
acik..
Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..Semoga Allah tetapkan hati acik..Amin~
Keep it uP..!!
hehe..kluar2kan balik post lame ni cam best gak eh~ dulu x pnah lawat pon blog ni..
pe pon..runsing tu kembali balik ke skrg neh??
wah2..teringin jua nak ke makkah..
walaupon xpnah pegi..
tp tetap merindui lambaian baitullah
hnya mndgr crite org pun buat sy rase sebak..n sy nak gak pgi sanee..nk jugak capai ketenangan kt saneee...
bilekah masanye??yaAllah permudahkanlah aku menemuiMu~
adakah pengeluaran balik post2 lama ni berkaitan dgn perasaan yg dialami skrg?mcm sajak smlm..apa2pun..best bc citer ni..
hmm...
@ hurm
InsyaAllah...semoga dipermudahkan...
@ Anonymous
Maybe...
Rindu itu bertandang lagi...
Semoga tidak separah dulu...
Post a Comment