Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Pagi tadi, aku mendengar rakaman kuliah yang disampaikan oleh Abu Saif & aku kira rakaman itu sudah agak lama, kerana aku memuat turun rakaman tersebut setahun yang lalu & aku mendengar buat kali ke-2. Kuliah bertajuk Rasulullah, yang menceritakan keadaan baginda di ambang kewafatan baginda SAW.
Aku teringat satu peristiwa, selepas Rasul SAW wafat, yang mana Umar Al-Khattab R.A memarahi sesiapa sahaja yang mengatakan Rasul SAW telah wafat. Lalu Abu Bakar As-Siddiq R.A naik ke mimbar, dan berkata :
"Sesiapa yang menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa Muhammad telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Allah SWT, maka Dia itu hidup & tidak akan mati."
Lalu Abu Bakar R.A membacakan ayat 144 dari Surah Ali-'Imran. (sila rujuk sendiri)
Umar Al-Khattab R.A berkata:
"Demi Allah, aku tidak pernah mendengar Abu Bakar membacakan ayat ini sedemikian rupa, seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya. Apabila aku mendengar Abu Bakar membaca ayat itu, tahulah aku bahawa berita kewafatan nabi itu adalah benar, lalu aku jatuh tersepuk di atas tanah, kakiku tidak berdaya untuk berdiri."
Peristiwa ini merupakan satu peristiwa penting, yang mana Aisyah R.A mengatakan kata-kata Abu Bakar R.A & Umar R.A itu telah membantu 2 perkara,
1- Memberikan ancaman & amaran kepada golongan munafiqin, bahawa para sahabat tetap konsisten di atas Islam walaupun Rasul SAW telah tiada
2- Untuk menyedarkan para sahabat supaya bersatu hati & fikiran, untuk meneruskan kehidupan selepas kewafatan Rasul SAW.
Rasul SAW, merupakan seorang pemimpin yang agung, tiada tolok banding di dalam dunia ini. Para sahabat R.A pada awalnya tidak dapat menerima berita kewafatan baginda SAW. Tapi kerana keteguhan iman di hati, mereka terus berada dalam jalan-Nya.
__________________________________________________________________
Di tempatku kini, para senior bakal meninggal komuniti di sini & boleh dikatakan sukar untuk mencari ganti untuk mereka, walaupun pepatah Melayu mengatakan "patah tumbuh, hilang berganti", namun ianya tetap tidak sama.
Sesetengah merungut,
"Sape la bleh ganti senior kita ni? Pening aku, ape la nak jadi tahun depan.."
"Tahun depan dah la lagi ramai yg dtg, takda dah org yg mcm senior2 kita nih"
"Eh, dia ni boleh ke ? Aku tak yakin la dengan dia ni..."
Hal ini aku kira tidak hanya berlaku di tempatku, malahan dalam pelbagai organisasi, tidak kira besar atau kecil.
Para sahabat R.A, kehilangan seorang pemimpin terulung, Nabi Muhammad SAW. Andai tiada ikatan ketaqwaan antara mereka, sudah pasti mereka sudah berpecah belah, membawa haluan masing-masing. Mereka tetap bersatu hati, kerana dasar mereka adalah Allah SWT. Andai mereka tidak mahu menerima pemimpin lain selain Nabi SAW, dapatkah mereka bersatu hati & fikiran?
Apakah yang akan terjadi kepada umat Islam di kala itu sekiranya mereka tidak mahu menerima Abu Bakar As-Sidiq R.A sebagai pengganti Rasul SAW?
Mereka yang senior akan pulang, meneruskan perjuangan di tempat yang berlainan, bagaimana kita pula? Adakah dengan rungutan-rungutan sedemikian rupa dapat kita satukan hati-hati & fikiran-fikiran kita?
Bagi aku, walau siapa pun pemimpin kita, andai kita letakkan iman & taqwa sebagai tapak untuk kita sama-sama berpijak, insyaAllah satu ikatan yang tidak dapat dirungkai akan terbina.
Kepimpinan bukan sahaja kebolehan untuk memimpin, bahkan kebolehan untuk dipimpin Nabi SAW seorang pemimpin, & baginda juga mendapat pimpinan daripada Allah SWT. Andai kita seorang pemimpin, bersikap adil & telus dalam menjalankan amanah, jika kita seorang yang dipimpin, maka taatlah, kongsilah ilmu & pengalaman kita bagi memantapkan organisasi serta tegurlah pemimpin andai mereka berbuat salah dengan cara yang sebaiknya.
Aku menyeru kepada para sahabatku di luar, andai siapa sahaja yang naik sebagai pemimpin kita selepas ini, berilah sepenuh komitmen kepada mereka, dengan menjadikan iman & taqwa sebagai dasar.
Dan aku harap tidak akan berlaku lagi, yang mana sekiranya orang yang kita harapkan untuk memimpin kita itu tidak naik, kita tidak mahu mengikut orang yang selain itu. Kembalilah, kembalilah, kembalikanlah dasar kita kepada IMAN & TAQWA.....
Ya Allah,
Satukanlah hati-hati kami, bersama-sama memikul beban dakwah-Mu....
Amiin...
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0234, 21 Jamadil Akhir 1428
-Lagu ini aku dedikasikan kepada para seniorku, & kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali ku, tidak kira di mana jua... (Westlife : Season in the Sun)

3 comments:
asalkan pimpinan seseorg tu membawa kpd ketaqwaan kpd Allah, kite patuh. to juniors, u will someday bcome seniors too. so take this first step wisely
betul tu... menyokong kak jui...
tapi xnak jadi kes, bila mana org yg kita nk jadik pemimpin tu x naik, & then kita pun xnak ikut pemimpin yg ada.
dari sini la akan berlaku perpecahan...
andainya para sahabat R.A semua buat kepala sendiri, ada yg nak ikut Abu Bakar RA, ada yg nak ikut Umar RA, ada yg nak ikut Uthman RA, nescaya kesatuan fikiran & hati tu xkan dapat dicapai, melainkan mereka letakkan iman, taqwa & kasih syg sbg tapak utk mereka sama-sama berpijak.
InsyaAllah, kita bg sokongan pd sape yg bakal menerajui pentadbiran slps ni....
Post a Comment