Saturday, September 25, 2010

Coretan Malam

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Telah sekian lama berhabuk blog ni. Tuan blog merewang entah ke mana, mengurus fikiran yang tidak menentu lagi tidak teratur.

Sejak 2 minggu lepas, Irbid & semua zon di Jordan yang mempunyai mahasiswa Malaysia sibuk, mengurus & menyambut adik-adik juniors yang baru tiba di sini.

Sedar tak sedar, 5 September lepas, genap 5 tahun sudah aku menjadi tetamu di Dataran Syam. Kejap rasanya. Betullah kata-kata para seniors sebelum ini, pejam celik, pejam celik saja, dah final year. Yeah, aku kini adalah senior 'tahun 6' jurusan pergigian di JUST (terlajak setahun, aiyak!).

Kalau dulu aku memanggil abang senior, kini aku pula mengganti tempat mereka. Cuma mungkin ada lebihnya dari mereka yang terdahulu, tapi aku sedar yang kurangnya lebih banyak.

(Baik, berceloteh panjang pula. Biasalah, muqaddimah setelah sekian lama. Nak merepek sekejap.)

Power regulator

Jumaat lepas, aku ke kedai elektrik di Syari' Jamiah, membeli power regulator (dah setahun rasanya aku tak guna power regulator untuk pc/laptop aku).

Setelah bertanyakan power regulator & design yang aku kehendaki, aku pun menyoal pakcik kedai tu kembali.

"Berapa harga ni pakcik?" soalku.

"25 Dinar," jawab pakcik tersebut.

"22 tak boleh ke pakcik?" pinta aku lagi.

"Aku jual 25, semua budak Malaysia datang sini semua beli 25," jelas pakcik tu lagi.

"Alamak pakcik, untuk aku, kau kira 22 je la".

"24 lah," tawar pakcik tu lagi.

"22.50," aku menawar kembali.

"Ok lah, 23, last," tegas pakcik tu.

"Orait, 23," kataku sambil tersenyum dan menghulurkan wang.

Bagi mereka yang berbiasiswa & pernah melalui zaman elaun JD220 sebulan, hal ini perkara biasa.

Aku teringat akan pesanan para seniors terdahulu.

"Korang kalau pegi beli barang-barang, tawar seboleh-bolehnya. Dapat kurang 10 qirsy pun takpe. Kita mungkin mampu untuk bayar, tapi untuk kawan-kawan lain yang takde biasiswa, takda elaun, takde zakat, macam mana?"

Kami belajar the arts of arguing, untuk maslahat umum. Dari bundle, sampailah teksi. Bukan sekadar bayar tambang, tak kisah berapa bakinya, dengan alasan mahu cepat!

Kasut bundle.
Harga diberi JD8.50, tawar JD6, dapat beli dengan JD7
Hujah: Khairul umur, awsatuha! (^^)


Pernah satu ketika dulu aku ke balad bersama ahli rumahku untuk membeli barang-barang dapur. Tika aku hendak membayar, biasalah mesti ada tawar-menawar.

Tapi malangnya, pakcik tersebut tidak mahu mengurangkan harga, dengan hujah sebelum ini ada orang Malaysia yang datang ke kedainya & membeli dengan harga yang sama.

Membebankan!

Harapnya, dengan komuniti Muslim Malaysia yang semakin berkembang di Irbid ini, common sense tidak dilupa.

Bukan dengan 'aku-aku, engkau tak mampu, engkau punya pasal lah!'

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

2 comments:

Miss X said...

Mana beli power regulator tu? Nak juga

syphoon said...

Syatnawi. 1-1 nye kedai letrik kat Syari' Jamiah.