Thursday, July 15, 2010

Analisa Politik

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Lewat ini aku perhatikan pilihanraya kampus di peringkat Jordan. Ada yang hambar, ada yang hangat, ada yang kontroversi. Ada yang agak mengecewakan, ada yang memuaskan.

Penelitian & analisa perlu dilakukan untuk menambahbaik & menunjukkan kematangan mahasiswa di Jordan ini dalam berpolitik peringkat kampus.

Jangan pandang bawah saja, pandanglah atas juga!


Izinkan aku untuk membuat beberapa pendirian terlebih dahulu sebelum melangkah kepada analisa secara umum.

1) Analisa ini merupakan pandangan peribadi. Anda yang membaca berhak menolak atau menerimanya. Aku hanya harapkan semua yang membaca ini berfikir secara teliti selepas membaca untuk memilih calon yang masing-masing fikirkan terbaik untuk pilihanraya-pilihanraya akan datang.

2) Kita tika ini berada dalam suasana & masyarakat yang masing-masing memahami Islam. 2 perkara yang ingin aku tegaskan :

a- Menjaga adab & tingkah laku serta tidak memburukkan antara satu sama lain.

Akhir-akhir ini kedapatan unsur-unsur onar dalam pilihan raya di Jordan. Memburuk-burukkan calon, memainkan isu peribadi & menggunakan amarah & emosi dalam berkempen. Hal ini amat mendukacitakan.

b- Menggunakan demokrasi untuk memilih yg terbaik, & bukannya memanipulasi untuk menaikkan calon-calon sendiri demi kepentingan individu/kumpulan tertentu.

i - Sinergi dalam bermasyarakat adalah untuk mencari yang terbaik untuk semua. Bukan semata untuk memilih siapa yang berkenan, tapi SIAPA YANG LAYAK. Alasan seperti 'Eh, dia tu lagi cool la, hot pula tu' menunjukkan ketidakmatangan kita dalam bersiasah.

ii- Politik cantas-mencantas adalah amalan sekular. Elakkan berbuat demikian. Cari dengan rasional akal fikiran, kalau perlu istikharah, silakan. Jangan membuta tuli ikut hati & perasaan.

Jangan sampai ketuk kawan kita pula!


ANALISA PERMAI

PERMAI saban tahun menerima bilangan ahli baru yang ramai. Tambahan dengan ahli senior yang sedia ada, pertambahan ini memerlukan kepada mereka yang berpengalaman & memahami waqi' setempat untuk mengurus & mentadbir PERMAI.

Pengalaman & seniority dewasa ini amat diperlukan. Analisa sejak 2 tahun ke belakang apabila Presiden daripada golongan pertengahan (tahun 3) menunjukkan yang penglibatan para senior dalam aktiviti & program PERMAI semakin menurun.

PERMAI memerlukan barisan kepimpinan yang mampu untuk memahami persekitaran(waqi') & mengikat ahli. Dengan jumlah yang semakin ramai, sekali lagi aku tegaskan, pengalaman & seniority merupakan aset penting.

Pengalaman yang aku maksudkan adalah baik pengalaman kepimpinan dalam apa jua peringkat, dan juga secara spesifiknya pengalaman berada dalam kabinet PERMAI itu juga.

Saban tahun dapat kita lihat akan adanya muka-muka baru dalam kabinet PERMAI yang digandingkan dengan mereka yang mewarisi tampuk kepimpinan PERMAI. Idea-idea baru dapat dijana, dalam masa yang sama dapat disesuaikan dengan pemahaman waqi' daripada mereka yang lama.

Ketiadaan aspek ini aku rasakan kurang sesuai untuk meletakkan seorang Presiden atau Ketua HELWI daripada mereka yang tidak terlibat dengan PERMAI sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) pada sesi sebelumnya.

Segala permasalahan yang tidak sampai kepada pengetahuan ahli banyak dibincangkan dalam mesyuarat AMM. Sudah pasti mereka yang tidak mempunyai latar belakang sebagai AMM sebelum itu akan mengambil masa untuk catch up kembali yang mana perlu untukgo through kesemua butiran-butiran sepanjang sesi-sesi sebelumnya.

Kesemua calon-calon yang dikempenkan untuk calon presiden adalah bagus-bagus belaka, daripada mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, & berada dalam tahun akhir

Namun cubalah tolak tambah pengalaman dalam kabinet PERMAI & pemahaman waqi', aku rasakan kita akan bertambah yakin siapa yang perlu untuk kita undi bagi kedua kerusi ini.



Keputusan di tangan kita semua. Kita yang akan menentukan siapa yang berhak untuk berada di tempat tersebut

Meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, adalah satu perlakuan zalim. Maka cubalah berlaku seADILnya untuk maslahat keseluruhan.

Sinergi memilih yang terbaik. Bukan calon aku, bukan calon kau. Tetapi calon yang paling layak. Untuk semua.

Wallahua'alam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

-Artikel tahun sebelum ini-
Artikel 1
Artikel 2
Artikel 3

2 comments:

Anonymous said...

good analysis anyway..

ainshams said...

nice, keep on writing!!
http://mataamatberharga.blogspot.com/2010/07/undian-kempen-pilihan-raya-dan.html