Friday, June 05, 2009

The Decisive Battles

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para graduan tahun ini. Senior & seniorita yang telah bergelar doktor, sahabat-sahabat di Universiti Yarmouk dan semualah satu Jordan ni.

Banyak sudah yang balik meninggalkan bumi Jordan. Sahabat-sahabat yang datang tahun sama (2005) pun dah nak balik. Nasib orang yang dok lama di sini.

Apa pun, tika ini sedang dalam mood final exam. Progressing slowly. Pelan-pelan kayuh beb!

9hb & 10hb telah dipadamkan =)


Peperiksaan ku sepatutnya bermula pada 6hb ini dan berakhir pada 15hb Jun. Tapi disebabkan oleh lawatan Raja kesayangan rakyat Jordan ini ingin mencemar duli melaksanakan lawatan & perhimpunan universiti-universiti di seluruh Jordan, maka mereka dengan berbesar hati mengisytiharkan 9hb & 10hb cuti. Semua peperiksaan dijadualkan pada hari tersebut telah ditunda ke 17hb & 18hb pada masa & tempat yang sama.

Sebenarnya, perkara ini membolehkan aku menarik nafas lega. Kalau tak, aku akan ada 4 peperiksaan berturut-turut. Tapi mungkin tidak bagi sesetengah yang lain.

Ada sahabat-sahabatku yang telah merancang untuk balik ke Malaysia, tempat-tempat lain & mereka telah pun membeli tiket dengan harga yang begitu mahal. Satu hal juga yang menjadikan aku kelam kabut adalah apabila visa bagi peserta-peserta UMRAH PERMAI ngam-ngam tamat pada 17hb (17hb adalah tarikh akhir untuk anda menyeberang border). Satu kepeningan lagi. Terima kasih pada Imran, memang sangat-sangat membantu. (Maaf, banyak susahkan hang)

InsyaAllah, setiap satu perkara ada hikmahnya. Jadikan Allah & Rasul sebagai neraca, dan berikan respon yang terbaik, seperti mana yang Allah mahukan dalam surah Al-Mulk dalam ayat yang ke-2.

Tahniah sekali lagi kepada senior, seniorita serta sahabat-sahabat yang telah bergelar graduan. Juga kepada sahabat-sahabat yang telah selesai final exam mereka. Doakanlah jua buat kami yang masih berada dalam medan pertempuran ini.

Buat sahabat-sahabat yang akan memulakan peperiksaan, ambillah peluang ini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Boleh jadi Allah jadikan peperiksaan ini asbab untuk kita hampir kepada-Nya.

Bittaufeeeq wannajah buat semua. Doaku buat kalian tak pernah putus.


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

No comments: