Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Sudah masuk hari yang ke-16 Ghaza dibedil oleh rejim laknat Zionis. Tanpa belas kasihan. Tanpa mempedulikan siapa, kanak-kanak mahupun tentera.
Pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk membantu umat Islam di Ghaza. Tabung derma Palestin dilancarkan, demonstrasi di jalanan, doa disatukan, peningkatan kesedaran, boikot besar-besaran & bantuan kemanusiaan serta perubatan.
Semuanya betul. Namun atas dasar semangat, kemanusiaan, belas kasihan sahaja tidak mencukupi.
Berjihad dengan harta & wang ringgit.
Berjihad dengan menulis memberi kesedaran.
Berjihad dengan berdoa memohon bantuan kepada Allah SWT.
Berjihad dengan tenaga sekadar yang mampu dilakukan.
Palestin & penduduk Islam di sana tidak memerlukan bantuan kewangan atau kemanusiaan, tapi mereka memerlukan kesatuan JIHAD umat Muslim di atas muka bumi ini. Belas kasihan tidak mereka perlukan, mereka telah pun bersedia untuk syahid, kerana mereka yakin yang syahid natijahnya syurga. Tahniah buat para syuhada', kerana mereka telah pun mengetahui nasib mereka di sana.
Tapi bagaimana dengan kita?
Andai kita MENDERMA untuk Palestin, maka kita telah tersilap. Menderma satu perkara yang TIDAK WAJIB, tetapi berlainan dengan JIHAD.
Apabila kita merasakan ianya satu bentuk JIHAD, serta merta ia menjadi WAJIB. Andai kita punyai 10 qirsy / 10 sen sekalipun ketika itu, maka itulah JIHAD kita.
Derma atau sedekah akan mendapat balasan 10 kali ganda. Namun JIHAD merupakan jual beli kita dengan Allah SWT.
Berjihad dengan diri & juga harta benda akan dibeli oleh Allah SWT dengan harga yang lebih mahal...
Dan bagi seorang penuntut Ilmu, tanggungjawab kita juga merupakan satu jihad.
Seorang muslim yang efektif akan bersikap proaktif, memulakan dengan dirinya sendiri. Jihad yang paling dekat tetapi paling susah adalah dengan JIHAD NAFSU. Jauhi dosa & maksiat, perkara-perkara yang sia-sia lagi lagha. Mohonlah keampunan daripada-Nya, di samping doa kemenangan Islam.
Dan peliharalah diri kamu daripada azab yang tidak hanya menimpa diri mereka yang zalim sahaja di kalangan kamu secara khusus, ketahuilah bahawa azab Allah itu amat keras seksaannya.
- Surah Al-Anfaal : 25
Apatah lagi kita yang berada berhampiran dengan Ghaza, Palestin. Bimbang dek kerana onar & dosa yang kita lakukan, menjadi hijab untuk turunnya rahmat & nusrah Allah SWT. Sinar Allah SWT tidak akan memenuhi kegelapan dosa & maksiat.
Mendekati musim final exam ini, banyakkan berdoa kepada-Nya. Gunakan waktu yang ada sebaiknya, jangan kita dikhayalkan dengan dadah hedonisma yang melanda, yang menjauhkan kita daripada agama.
- Surah Al-Anfaal : 25
Wallahua3lam. Moga bermanfaat untuk semua.
-Syphoon-
Irbid, Jordan


4 comments:
sy stuju..sy stuju..
ape yg pnting slain doa dan bntuan kewangan ialah umat islam seluruhnye kembali kpd Allah..kmbali ikut syariat islam yg sbnr..buat kebaikn..tggl kmungkaran..
semua mengimpikan kemenangan spt prg badar, uhud, khaibar dsb.... namun, sedar atau tidak. umat islam dulunya tidak sama dgn yg skrg..yg semuanya beriman dgn iman yg benar.. tp umat islam kini???
hurm.jd lah spt umat islam dulu, barulah impikn kejayaan sehebat dulu.
mmg lah Allah blh bg kemenangan free krn DIA amat berkuasa..tp, semuanya kmbali pd umat islam sdri..ini mgkin balasan dan kesedaran buat kite semua..
wallahua3lam..
aku berharap umat islam akan bersatu. semua arab akan bersatu. jika bersatu tak akan jadi macam ni. israel tak akan berani serang macam ni.
islam di malaysia sendiri perlu buka mata, buka minda. jangan hanya kasihan sahaja dan tidak berubah pun.
kadang kita sendiri tidak tahu islam ke dia tu, atau sekadar "melayu"?
@Admar
aku suggest utk tgk series 'The Arrivals' kat youtube. doctrinate sket pale otak kita.. =)
Salam bro. Salam perkenalan.
Wah,berdemo di luar negara. Mesti 'hangat',ditambah pula dengan darah muda kita! :D
Terima kasih kerana menjenguk blog ana.
Salam Palestin
Post a Comment