Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Alhamdulillah, cuti bulan 6 yang lalu, Allah SWT telah memberikan kesempatan kepadaku sekali lagi untuk bertandang ke Rumah-Nya. Puas, cukup puas. Rinduku untuk memberikan salam kepada Baginda SAW secara terus, rinduku pada Bangunan Tua itu.
Haramain, begitu banyak manusia di sana. Tiada yang lain, masing-masing tidak lain untuk kembali kepada-Nya. Jemaah dari Malaysia misalnya, datang jauh dari negara asal (dikecualikan jemaah Malaysia dari negara Arab; eg : Jordan), mereka meninggalkan harta benda yang mereka sayangi, anak-anak & keluarga, hanya semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah SWT.
Setiap perlumbaan, ada permulaan, ada pengakhiran. Ada destinasi yang dikejar, ada destinasi yang ditinggalkan.
Begitu juga dalam kita mengejar kebaikan, maka yang ditinggalkan adalah keburukan/kejahatan.
Satu tempat di Masjid An-Nabawi, terletak antara mimbar & rumah Nabi SAW, yang mana Nabi SAW bersabda merupakan salah satu taman antara taman-taman di Syurga.
Ramai manusia berebut-rebut memasukinya. Semuanya berkehendakkan kepada kebaikan.
Tapi malangnya apa yang dikecewakan dalam usaha mendapatkan tempat di Raudhah ini, kita sanggup untuk mengasari orang lain. Tatkala penghadang dibuka, orang ramai berlari-lari, tolak-menolak untuk mendapat tempat di sana.
Ataupun ketika untuk mencium Hajar Al-Aswad. Ribuan manusia di sekeliling Kaabah, semuanya bercita-cita untuk beristilam dengan Batu Hitam itu, untuk mendapatkan sunnah Nabi SAW. Ya lah, sudah datang dari jauh, maka semua peluang mesti diambil. Setahun sekali belum tentu dapat datang.
Tapi dalam usaha kita mendapatkan peluang itu, kita sanggup mengasari jemaah yang lain. Malahan, ada yang sanggup membayar untuk mencium batu tersebut!
Adakah ini yang kita mahukan?
Kita mengejar kebaikan, dalam masa yang sama akhlak & adab kita lupakan. Matlamat tidak menghalalkan cara. Lumba lari, tetap berlumba lari, tidak ada dalam satu perlumbaan larian, ada yang menggunakan basikal?! Bukankah itu satu penipuan namanya?
Hal ini mungkin soal individu.
Tapi bagaimana dengan perkumpulan?
2 kumpulan, yang mengaku memperjuangkan Islam, yang menjadikan Al-Quran & Al-Hadith sebagai dasar, saling berlumba-lumba mengejar kepada kebaikan, tapi bercakaran sesama sendiri.
Ingatlah peringatan daripada Nabi SAW :
عن أبي بَكْرَة نُفيْعِ بْنِ الْحارِثِ الثَّقفِي رَضِي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال:
«إِذَا الْتقَى الْمُسْلِمَانِ بسيْفيْهِمَا فالْقاتِلُ والمقْتُولُ في النَّارِ»
قُلْتُ : يَا رَسُول اللَّهِ ، هَذَا الْقَاتِلُ فمَا بَالُ الْمقْتُولِ ؟
قَال: «إِنَّهُ كَانَ حَرِيصاً عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ»
متفقٌ عليه .
Abu Bakrah Ath-Thaqafi (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (PBUH) said: "When two Muslims are engaged in a combat against each other with their sword's and one is killed, both are doomed to Hell". I said, "O Messenger of Allah! As to the one who kills, it is understandable, but why the slain one?" He (PBUH) replied: "He was eager to kill his opponent".[Al-Bukhari and Muslim]. - Hadith No.9 - Riyadh As-Solihin.Sekiranya lumba lari yang disertai, maka persiapkanlah diri dengan kelengkapan & latihan yang mencukupi.
Kasut mesti sesuai, pakaian mestilah aerodinamik & selesa, sekiranya jauh jarak perlumbaan, mestilah menyerap peluh, sesuai dengan keadaan cuaca. Tidak lupa, latihan fitness, teknik-teknik larian pada peringkat awal, pertengahan & pecutan akhir mesti dipelajari.
Sekiranya kalah tahun ini, dijadikan pengalaman tahun akan datang.
Bukannya apabila kita melihat saing sebelah kita itu punyai kelengkapan yang lebih, maka apabila sedang berlari, kita menolaknya jatuh, atau mencuri kasutnya pada malam perlumbaan!!!
Firman Allah SWT:
- Surah Al-Anfal : 47
Persengketaan ini tidak lain merupakan bisikan Syaitan Laknatullah.
Firman Allah SWT:
Kembalilah, berpegang kepada Al-Quran & Hadith Nabi SAW.
Firman Allah SWT:
- Surah Al-Anfal : 46
Bersainglah secara sihat, persaingan menuju kebaikan, adalah satu persaingan yang tidak ada siapa yang kalah. Tiadalah yang lebih beruntung atas kemenangan semua yang berlumba itu, tidak lain hanyalah ISLAM.
Betulkan kembali pasak yang telah senget, tegakkan kembali tiang yang hampir tumbang & kita akan dapati, pasak & tiang tersebut, tidak lain menghala ke satu arah yang sama, iaitu ISLAM.
Trek yang masih jauh, siapa tahu, sampai di satu selekoh, kita saling memerlukan?
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0723, 15 Rejab 1428
-ditulis atas pengalaman yang diceritakan oleh seorang sahabat di Malaysia
Betulkan kembali pasak yang telah senget, tegakkan kembali tiang yang hampir tumbang & kita akan dapati, pasak & tiang tersebut, tidak lain menghala ke satu arah yang sama, iaitu ISLAM.
Trek yang masih jauh, siapa tahu, sampai di satu selekoh, kita saling memerlukan?
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0723, 15 Rejab 1428
-ditulis atas pengalaman yang diceritakan oleh seorang sahabat di Malaysia
No comments:
Post a Comment