Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Alhamdulillah, cuti semester kedua telah pun berlalu, & sangat-sangat bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu-Nya. Maaf kepada penjenguk blog ini, kerana kesibukan pada semester musim panas ini mengunci kaki & tangan ini untuk tidak berada lama di hadapan komputer.
Apa pun, di kesempatan ini, ingin saya sampaikan satu khabar gembira buat mahasiswa tajaan JPA di JUST.
Berikut merupakan e-mel daripada pihak JPA:_____________________________________________________________________
Assalammualaikum Saudara Nursyafiq,
Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerima kelulusan untuk kenaikan kadar untuk pelajar tajaan JPA. Berikut adalah kadar baru yang telah diluluskan Perbendaharaan untuk pelajar tajaan JPA di Jordan:
Elaun Saraan (bulanan) - RM1,500
Elaun Penginapan (bulanan) - RM900
(from me: RM 1500 + RM900 = RM 2400; its double right?)
Elaun Buku (sekali setahun) - RM600
Elaun Alat Perkakas (sekali setahun) - RM500
Elaun Akhir Pengajian (sekali sepanjang pengajian) - RM1,440
Kadar baru ini berkuatkuasa mulai 1 April 2008. Pelarasan pembayaran elaun terdahulu iaitu April, Mei, Jun, Julai 2008 sedang diuruskan. (me: back-dated; starting from April - July)
Manakala pembayaran untuk bulan Ogos dan seterusnya akan mengikut kadar baru yang telah diluluskan.
Sekian, harap maklum
Muhammad Annizam bin Mohd Mohtar
Penolong Pengarah
Unit Dasar Pandang ke Timur
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
+603-8885 3430 (telefon)
+603-8889 2172 (faks)
[LINK: mailto:annizam.mohtar@jpa.gov.my] annizam.mohtar@jpa.gov.my
____________________________________________________________________
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih & jutaan penghargaan buat semua sahabat yang telah banyak membantu dalam hal ini, tidak lupa kepada para seniors, juga kepada seluruh warga mahasiswa tajaan JPA di Jordan yang telah memberikan kerjasama, komitmen & mendoakan agar perkara ini diluluskan.
Sentiasa muhasabah, jangan tatkala mendapat elaun kelak bersikap boros & berbelanja tak tentu hala.
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
2037, 20 Jamadil Akhir 1429
Artikel berkaitan :
Muhasabah
Antara Rungutan & Kesyukuran
Forum PERMAI : Kenaikan Biasiswa
8 comments:
saya sangat gembira :)
alhamdulillah ye
berbaloi gak segala emel & petisyen :D
so utk kemasukan hujung bulan 7 nanti adalah seperti berikut :
pembayaran baki elaun yg spttnya sejak kenaikan April 2008 :
RM1200 x 4 = RM4800
& tambahan 3 bulan akan datang iaitu Ogos, September & Oktober :
RM 2400 x 3 = RM7200
total :
RM7200 + RM4800 = RM 12000
Rate : JD 1 = RM4.60 (average)
Do the calculation yourself yah!~
alhamdulillah..
tapi jgn pula bila dah naik banyak ni kita bazirkan dgn perkara2 yang tak perlu..sahabat2, kurangkanla menghabiskan duit untuk hiburan2 yang berlebihan- cd2 drama korea, jepun, cd2 lagu yang tak mengingatkan kita pada ALLAH, pinjam cd crita2 terbaru atau lama di kedai2 cd(crita omputeh yang sekadar untuk suka-suka).Atau gunakan duit tuk makan di luar slalu.Pandai2la bajetkan duit. Jgnla terlalu nak bersenang2.
sbenarnya saya slalu dgr ramai sahabat2 yang kata takde duit/tak cukup duit, tapi dalam masa yang sama saya sgt pelik tgk ramai juga yang duitnya masih juga guna tuk perkara2 yang sebutkan kat atas tu. Mengapa kata takde duit/ tak cukup duit sedangkan kita sendiri yang tak tahu nak salurkan duit pada kegunaan yang lebih sepatutnya?Semua setiap sen yang kita belanjankan tu kan nanti akan dihitung di hari akhirat.Utamakanla keperluan daripada kehendak. Maka bila dah naik duit ni, jgn pula kehendak itu yang kita lebih-lebihkan.. wALLAHu a'lam. Maaf sekiranya ada yang kata-kata yang kurang enak didengar..sekadar berkongsi nasihat dan pendapat.. " Dan pilihlah yang kekal(akhirat) daripada yang cepat binasa(dunia)" - Bukhari & Muslim.
Salam
salam....
alhamdulillah.... atas nikmat-Nya. tetapi adakah ini satu ujian untuk kita semua? sama-sama muhasabah..
satu lagi kenapa link tuh pegi portal lama? kan dah ada portal baru?
http://www.permaijordan.com
wah!!!bestnyer...alhamdulillah akhirnya impian kita selama nh menjadi kenyataan...huhuhu..nwy ManJa rasa nak gn duit tuh decorate umh baru...ye la bln 8 nh dh nk pindah umh baru..then rasanyer nak g bercuti..kat mn x tau laaa.coz ManJa x blk Mesia..yg lebih nak simpan utk blk Mesia thn dpn..hehehe...
Salam..
tnye sk8..
dak MARA x naik ke??
wsalam..
kena tanya pada mara sendiri...
alhamdulillah... berkat doa kawan2 :) hidup malaysia?
Post a Comment