Tuesday, December 25, 2007

Hukum Tahniah

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Terjemahan & ringkasan daripada risalah edaran di Masjid Jamiah Yarmouk :

Hukum mengucapkan tahniah di Hari Krismas.

Mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada Hari Krismas atau hari-hari kebesaran agama mereka yang lain DISEPAKATI HARAM, seperti yang dinaqalkan oleh Ibn Qayyim Rahimahullah dalam kitabnya (Ahkam Ahli Az-zhimmah):

"Hal ini adalah disebabkan kerana perbuatan-perbuatan mereka seperti yang sujud (menyembah) salib adalah dosa besar di sisi Allah SWT & perkara-perkara lain seperti meminum arak & membunuh diri adalah mengundang sebesar-besar kemurkaan Allah SWT."

Sepertimana yang diingatkan oleh Ibn Qayyim. adalah haram mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari kebesaran mereka kerana di situ terdapat syiar-syiar (perbuatan) kufur & seperti meredhai apa yang mereka lakukan. Pengharaman ini tidak dikhususkan hanya
pada hari kebesaran agam mereka, tapi kepada seluruh syiar-syiar mereka ke atas setiap muslim.

Firman Allah SWT :

Jika kamu kafir Maka Sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu[1307] dan dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; - Surah Az-Zumar : 7

Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu - Surah Al-Maidah : 3

Sekiranya kita diucapkan selamat oleh mereka, maka janganlah menjawabnya kerana hari tersebut bukanlah hari kebesaran Islam itu sendiri sebaliknya merupakan hari yang Allah SWT sendiri tidak redhai.

Meskipun mereka mendakwa hal tersebut adalah disyariatkan kepada mereka, tetapi perlu diingatkan yang kedatangan Islam telah pun menasakhkan perkara-perkara terdahulu dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT :


Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. - Surah Ali Imran : 85


Dan juga dilarang kepada setiap muslim untuk mengadakan majlis atau pesta meraikan hari tersebut, atau perbuatan-perbuatan lain seperti bertukar-tukar hadiah, memberikan manisan/kuih atau bercuti daripada bekerja dan perkara-perkara lain yang bersamaan seperti meraikan hari / syiar tersebut.

Sabda Nabi SAW :

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada mereka.
-Musnad Imam Ahmad-

Rujukan : Al-Majmu' Ath-thamin (8) oleh Syeikh Ibn Uthaimin, jilid ke-3

-Tamat terjemahan & ringkasan-

Wallahua3lam.

Maaf tak dapat nak terjemah secara total. Tak berapa pandai - > jadi tak faham sangat. Siapa-siapa nak teks asal boleh rujuk ana. (hanya kepada mereka yang berada di Jordan)

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0709, 15 Dzulhijjah 1428

4 comments:

Anonymous said...

salam,,,
bercuti drpd bekerja same seperti merayakan hari tersebut...
camne eyh,,kat malaysia mcm yg kite tau hari krismas mmg cuti...
err,,ap pendapat en.syafiq eyh??

syphoon said...

bercuti daripada bekerja tidak tertakluk kepada cuti am shj. sekiranya majikan telah memberikan cuti & office ditutup, xkan kita nak mogok sama?

Bercuti daripada bekerja adalah bermaksud kita tidak melakukan kerja seharian kita, dek kerana kita katakan hari tersebut adalah Hari Krismas misalannya, sebagai untuk menghormati mereka.

Hal ini adalah seolah-olah kita meraikan sama apa yg mereka sambut, melalui perbuatan kita itu.

Wallahua3lam.

Faisal Admar said...

kalau buat entry just ucap selamat hari natal kepada "mereka" haram juga ye? ucap selamat ni macam mana ek? memberi salam pun merupakan satu darinya kan? kita tidak meraikan, tetapi sekadar memberi ucapan sebagai tanda menghormati mereka. apakah hukumnya ye?

Anonymous said...

Assalamualaikum.
maaf ye tuan punya blog, mencelah sikit.

Faisal : Pasal entry tu..kalau ikut pemahaman saya mmg HARAM hukumnya sebab itu manifestasi 'keredhaan' kita kpd pensyirikan yg dilakukan "mereka".

ucap selamat tu boleh jadi as simple as : "Happy Christmas Day" "Happy Deepavali" "Selamat Hari Thaipusam" "Selamat Hari Raya" (dgn memaksudkn perayaan keagamaan selain Islam).

Konsep 'kongsi raya' pun seringkali menimbulkan keresahan bagi pihak saya..kalau kongsi raya dgn Chinese New Year masih boleh diterima sbb perayaan tu hanyalah perayaan adat, menandakan permulaan tahun baru mengikut kalendar mereka. Adat selagi mana tidak bercanggah dgn agama pada pemahaman saya dibolehkan.Tapi yg jadi masalahnya bila kongsi raya dgn Deepavali, itu jelas perayaan agama..apabila yg haram bercampur yg halal maka haramnya mendominasi = haram hukumnya.

Tentang adab memberi salam...
panjang perbincangannya. But to be on the save side, saya lebih gemar gunakan ucapan biasa : "selamat pagi" "Good Morning"

kalau ada non-muslim yg memberikan salam dgn ucapan "Assalamualaikum" cukup sekadar kita menjawab "wa alaikum (dan juga ke atas kamu)".

Pelik ya, kalau dah bagi ucapan pada hari perayaan mereka, apa lagi boleh disifatkan perbuatan tu selain 'meraikan'?
Kalau sekadar menghormati mereka, banyak cara lain yg kebanyakan kita tidak praktikkan. Sebagai contoh, elakkan memanggil dgn panggilan yg tidak disukai, jangan mencela, memaki, mengherdik, mengumpat, bergaul dan berbicaralah dgn baik...kalau yg terlibat dlm apa2 sektor perkhidmatan (perubatan, jual-beli contohnya), tidak boleh berlaku tidak adil dalam memberikan perkhidmatan..(try to recall, have you done all these?)

Saya juga banyak kali dalam dilema. Kawan saya yang bukan Islam memberikan saya kad hari raya, pernah ketika menelefon mengucapkan "Selamat Hari Raya" sedangkan Deepavali ketika itu cuma selang beberapa hari..tapi Hukum tetap hukum. Apa yang halal itu jelas, begitu juga yg haram..setakat ni, saya xpernah ketemu hukum yg membolehkan mengucap 'selamat' itu as it is same like we meredhai mereka mensyirikkan Allah. Bukankah dosa paling besar adalah syirik? so, be careful (advice for myself too!).

Allahu A3lam.
'saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan'.

~maaf ye En Syafiq, kebetulan saya juga pernah mengkaji sikit2 pasal ni, banyak pula mengomen di blog saudara.

ringkasan fatwa :
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1342