Segala puja & puji ku panjatkan kepada-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Hujung minggu lepas (9-11 Ogos), merupakan hujung minggu yang tidak akan aku lupakan. Meskipun di kala kesibukan menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru di JUST & keterlibatanku sebagai AJK Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ), namun kehadiran beberapa insan kecil ini menceriakan kembali diri ini.
14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). - Surah Ali Imran
Cahaya-cahaya mata Ustaz Mujahid & Kak Ina
Faheem & Yaya
Kakak Fatimah & Faheem
Kakak Syira14. Hai orang-orang mukmin, Sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu[1479] Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
15. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. - Surah At-Taghabun
Metal purifying. Satu proses untuk mendapatkan logam yang asli. Misalnya, emas yang asli diekstrak daripada bijih emas. Bagaimana? Dengan meleburkan di dalam api yang membakar.Begitu juga dengan manusia. Bagaimana Allah SWT mahu menghasilkan seorang mukmin yang betul-betul taat kepada-Nya? Melalui ujian yang boleh kita ibaratkan sebagai api tersebut. Meskipun panas, susah & memerlukan pengorbanan, namun hasilnya adalah bongkah-bongkah emas tulen yang berkilauan.
Setiap apa yang Allah SWT berikan kepada kita merupakan ujian. Kenikmatan itu satu ujian, yang mana menguji setakat mana kesyukuran kita kepada-Nya, kesusahan & kepayahan itu juga ujian bagi menguji sekadar mana pergantungan kita kepada-Nya.
Cahaya mata juga merupakan satu nikmat & juga ujian yang Allah SWT berikan kepada kita. Bagaimana kita mendidik mereka? Adakah mampu untuk kita kekalkan mereka di bawah lembayung Allah? Adakah kita terleka dengan anak-pinak sehingga mengabaikan tanggungjawab kita kepada-Nya? Apakah caranya untuk kita mendapatkan nafkah untuk diberikan kepada mereka? Melalui jalan yang halal atau haram?
Dalam Surah At-Taghabun ayat ke-14 & ke-15, Allah SWT telah memberikan peringatan awal kepada kita berkenaan perkara ini. Malahan kita akan dipersoalkan oleh-Nya kelak ketika berada di Mahsyar.
Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Nya kerana aku rasakan kedua ibubapaku telah mendidikku sesempurna mungkin. Dan aku berharap aku dapat dapat menjadi salah satu yang disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai pelabur tetap bagi kedua ibubapaku, meskipun mereka telah meninggal dunia kelak...
(Entry kali ini aku tulis seperti aku sudah mempunyai anak.... Ya, aku punyai anak....saudara )
Alf mabrook buat kakandaku di Malaysia, Nur Fadhli bin Ali Shibramulisi yang akan melangsungkan perkahwinannya hari ini (18 Ogos 2007). Tinggallah baki adinda yang berada jauh ini yang masih single... Jutaan kemaafan juga kerana tidak dapat pulang sama-sama meraikan hari ini... (Kali ke-2, kali pertama ketika kekanda Faizah Nur melangsungkan perkahwinan tahun lepas, aku juga tidak pulang ke Malaysia)
Ya Allah,
Lindungi & rahmatilah mereka,
Takdirkanlah mereka menjadi mujahid & mujahidah,
Yang akan berjuang demi-Mu kelak...
Amiin...
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0247, 5 Syaaban 1428
.jpg)
4 comments:
waa... comel2x nye .. moga2x diorang jadi faaqih dan aalim macam ibu bapa diorang.. amin
..keep blogging..
seronok bila jordan ada anak2 kecil mcm diorg. at least dapat mengubat rindu pada sepupu dan saudara mara di msia.
hmm.. btol tu.. tiada rotan akar pun berguna..
btl ke penggunaan peribahasa tu dalam konteks nih..??
haiz..
entry yg comel~ ;p
Post a Comment