Thursday, August 16, 2007

Petang yang panjang...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Kesibukan dengan kerja-kerja persatuan, ditambah dengan fatrah Imtihan Nihaie menjadikan aku tidak sempat untuk menjenguk ke mari. 2 minggu, menjadikan blog ku ini bersarang labah-labah & bersawang. Alhamdulillah, atas kekuatan yang Allah berikan padaku untuk aku berdiri teguh tatkala angin kencang bertiup. Kadang-kadang, keadaan yang terlalu relax ini menjadikan kita alpa sementara, lantas tatkala deru angin deras datang sekali-sekala, langkah kita terhoyong-hayang kerana kuda-kuda tidak dipersiapkan dari awal.
____________________________________________________________________

Semalam aku ke MSD selepas selesai peperiksaan terakhir bagi semester ini. Bertolak daripada JUST setelah selesai peperiksaan tersebut. Aku mengambil teksi dari Mujamma' Tabarbur (mujamma' baru menggantikan Mujamma' 'Abdali). Pemandu teksi tersebut merupakan seorang yang peramah. Banyak yang diceritakan kepadaku.

"Engkau kalau naik teksi kau tengok dulu meter ni, kalo dia tak reset jadi 150 fils, ko xyah naik." (terjemahan), pakcik teksi memulakan perbualan.

"Aku tak kisah pun kalo aku dapat duit sikit pun, asalkan benda tu halal. Ada je pemandu teksi yang lain yang suka ambik kesempatan, tipu meter, ikut jalan jauh untuk dapat duit lebih," sambung pakcik tu lagi.

" Ni aku cite sket, semalam aku bawa penumpang, tambang dia murah je, dalam 87 qirsy, tapi aku amik 80 qirsy je. Aku kate takpe lah & atas takdir Allah SWT, lepas tu aku dapat penumpang, & aku dapat 3 dinar terus," cerita pakcik tersebut.

Mungkin bagi kita 3 dinar tu kecil, tapi bagi beliau, 3 dinar itu cukup besar nilainya. Apatah lagi jika seseorang itu menghargai setiap apa yang halal, yang Allah berikan padanya. Aku sebenarnya kagum dengan beliau, meskipun susah, tetapi tetap teguh berusaha mencari yang halal & Alhamdulillah, rezeki Allah itu turun pada hamba-Nya yang mencari dengan jujur & ikhlas.

Hadith ke 10 (Matan 40 An-Nawawiah)


Hadith di atas jelas menunjukkan berkenaan keberkatan harta itu sendiri. Biarpun sedikit, namun nikmat keberkatan pada harta itulah yang dicari. Quality , not quantity. Punyai harta kekayaan melimpah ruah, tapi nak mengeluarkan zakat sedikit pun sudah berkira. Tidur malam tidak lena memikirkan harta, takut dicuri orang. Adakah keberkatan pada harta pada masa ini lagi?

Hadith ke-6 (Matan 40 An-Nawawiah)

Segala-galanya telah jelas berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah, mana yang halal & mana yang haram. Cuma terpulang kepada kita untuk memilih. Apa jua hal, bukan saja dalam persoalan harta, tetapi dari aspek lain, seperti pergaulan, makanan, muamalat & sebagainya. Meskipun jalannya lebih jauh, tapi pengakhirannya adalah sesuatu yang diredhai di sisi-Nya.

Meskipun jalan yang satu lagi itu nikmat & singkat, tapi sentiasa ingatkan diri kita, yang akhirnya adalah api yang menyala.

Hadith ke-25 (Matan 40 An-Nawawiah)

Akhir hadith ini menyatakan jika kita melepaskan syahwat kita pada sesuatu yang halal, turut diberi pahala & juga sebaliknya.

Syahwat bukan sekadar bermakna hubungan badan, tetapi juga dari segi perhubungan. Bergayut berjam-jam, menghabiskan kredit telefon bimbit, sedangkan perbuatan itu ditegah di sisi-Nya, menambah catatan di sebelah kiri pula.

Aku mengkagumi sahabatku Aiman Rosli & Asma' Khalid (Jordan), juga Hafiz Khairuddin & Atiqah Azam (X-KISAS SPM'04, Mesir) (alf mabrook, maaf tak dapat pergi, tak balik Malaysia :-( ) yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung Ogos ini. (Aku? Masih samar-samar =D ) Atas kesedaran ini, mereka mengikat dengan cara yang sah di sisi syara'.

Seharusnya mereka yang masih belum terikat dengan ikatan yang halal ini soal pada diri masing-masing, "Dia ni betul ke nak terima aku sebagai isteri/suami nanti?" Atau hanya sekadar suka-suka, mengikut tiupan nafsu yang tidak menentu? Apa guna kita melabur pada pelaburan yang dihujungnya kita tahu tidak menguntungkan kita, malahan mengundang azab Allah SWT? Bercouple bertahun lama, berhabis duit membeli kredit telefon bimbit, membeli hadiah bagi menyambut hari jadi 'insan tersayang', sedangkan di hujungnya kita sendiri tidak pasti.

Aku tidak menghala kepada sesiapa. Cuma sekadar peringatan buat diriku sendiri. Terkadang terasa seakan cemburu melihat rakan-rakan yang punyai pasangan masing-masing, namun hati ini cuba menyelaraskan dengan fikiran yang masih waras.

"Berapa tambang ni pakcik," aku bertanya apabila sampai di hadapan MSD.

"Ko jangan tanya tambang, ko tengok meter. Semua teksi ko kene buat camni. Jangan tanya, satgi diorg letak harga yang mengarut," jawab pakcik tersebut.

"Terima kasih banyak pakcik, banyak yang aku belajar dari pakcik petang nih," balasku lagi.

Pakcik tersebut memanggil aku merapati beliau & mengucup ubun-ubun kepalaku.

"Kau dah macam anak aku. Doakan aku supaya sentiasa kekal dalam keadaan ni," pinta pakcik tu lagi.

Aku keluar sambil melambai pakcik tersebut...

Ya Allah,
Yang membolak-balikkan hati ini,
Teguhkanlah hati-hati ini di jalan-Mu

Amiiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0947, 3 Syaaban 1428

6 comments:

Anonymous said...

baiknya...

ya muqallibal qulub thabbit qulubana ala dinik wa toatik..=)

Anonymous said...

bagus2x.. aku ingat aku pun ade terase pedas dengan ko punye entry kali ini.. (act aku tak bace pun yg lepas, meaning jarang2 bace)..

"bagusla ko ni syafiq ", kadang2 aku terpikir gini bile bace balik blog posts ko.. kenapa aku kadang2, sebab yang tak kadang2 tu banyak terselubung oleh awan kelalaian dunia..

nasihat aku... ko kena kuatkan semangat, kuatkan ilmu, kuatkan iman, kuatkan islam, kuatkan kewangan (takut tak leh bayar tambang teksi nanti)... dan kuat segala2 nya..

k selamat dulu, ampun kan aku andai aku ade salah ngan ko..

Anonymous said...

sbnrnya ang lg bgs dr aku fahaba... aku ni kadang2 mengarut gak..mcm2 benda aku buat...

ang ni baik & 'suci' la dari aku..hehehe

Dzaatun Nitaqain said...

Bagusnyee pck teksi tu...suci murni gitu..

Mmg btul, ke'berkat'an sesuatu bergantung pada sejauh mana kita menjaganya dr sebarang dosa & noda sejak dr awal..bila Allah berkati, insyaAllah bahagia dunia akhirat..

Eheh,jgn ler cemburu ngn couple2 tuh,xde maknenye...patutnye kne kesian ngn diorg ok..(semoga Allah jelasan sgl kesamaran awk tu..ameen)

Doakn kami agr teguh & thabat utk bina masjid ni ye =)

syphoon said...

insyaAllah khair... semoga dengan terbinanya institusi bayt muslim ni menjadi 1 pencetus utk menyedarkan mereka2 yg masih lalok nak menguap nih...

madt said said...

bestla entry ni.. daku nanes & insop