Segala puja & puji buat Yang Maha Agung, selawat & salam buat yang tercinta SAW...
Pelik kenapa blogku tiba-tiba mempromosi Bookworm? Entahlah....
___________________________________________________________
(1)
Aku teringat ketika aku bersekolah di SMKA Sultan Azlan Shah, ada 2 jalan yang menghubungkan Teluk Intan & Bota Kanan. 1 jalan utama, 1 jalan yang kampung, yang biasanya digunakan oleh penduduk di kawasan berkenaan sahaja. Kini jalan kampung berkenaan punyai papan tanda sendiri, 'Jalan Alternatif ke Bota Kanan'. Nah, di situ pengguna jalan raya dapat memilih mana satu jalan yang mereka berkenan menggunakannya.
(2)
Aku teringat pepatah Melayu, tiada rotan, akar pun berguna. Pepatah ini selalu aku gunakan dalam karangan peringkat SPM dahulu. Misalnya, 'mencari bahan ganti lain dalam industri pembuatan plastik sebagai alternatif bagi membolehkan plastik dibiodegradasikan.'
Definisi aku berkenaan alternatif ini adalah ganti. Menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Bukan dengan benda yang sama. Itu maksud alternatif yang aku faham.
Sekarang, mari kita lihat alternatif ini dari sudut yang lain.
1) Uslub Dakwah.
Salah seorang senior aku pernah berkata,
"Kalo sorang tuh suke bace komik, kita jangan halang die, tapi kite bagi die komik gak, cth macam kartun/komik Alwan tuh."
Satu pendekatan yang baik bukan?
Seorang yang suka membaca novel kategori jiwang misalnya, kita gunakan minatnya untuk membaca novel itu, kita bagi dia novel 'Pembangun Jiwa' yang sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepadanya.
Begitu juga untuk mereka yang gemar mendengar muzik, menonton movie , bermain game kita gunakan peluang tersebut, alternate minat mereka menjadi senjata kita untuk berdakwah.
Tak dapat banyak, sedikit pun jadilah, yang penting kualiti daripada usaha kita itu.
2) Dakyah & usaha kuffar untuk menghancurkan Islam.
Sirah Nabawi banyak menceritakan tentang perjuangan Rasulullah SAW yang mana menempuh 1001 mehnah. Hendak pergi solat, diletakkan najis, duri & pelbagai lagi bagi menghalang baginda & umat Islam.
Tempoh hari, aku menonton movie 300, menceritakan tentang perang antara Sparta & Persia. Jalan cerita yang menarik, tetapi aku terfikir apakah agenda lain disebalik penerbitan cerita ini. Apakah semata-mata mahu meraih keuntungan daripada tayangan & jualan VCD & DVD?
Ketika aku bercuti di Malaysia 2 bulan yang lalu, kartun Shin-chan yang diminati semua peringkat umur termasuk aku sendiri ditayangkan pada jam 7 malam. Adakah kerana tiada waktu lain atau memang sengaja disusun sedemikian rupa?
Ini antara persoalan yang perlu kita jawab.
Musuh Islam tidak lagi seperti dulu. Objektif tetap sama, tetapi mereka punyai alternatif. Mereka tidak mahu umat Islam solat berjemaah di masjid, mereka tidak lagi meletakkan najis, duri & halangan di sepanjang jalan kita, tetapi mereka siarkan kartun Shin-chan pada waktu tersebut. Natijahnya, anak-anak umat Islam semakin liat untuk ke masjid.
Musuh Islam tidak mahu umat Islam mengetahui seramai 313 orang umat Islam berperang dalam bulan Ramadhan sewaktu perang Badar, lalu mereka hidangkan kita dengan movie 300 itu.
Musuh Islam tidak mahu anak-anak umat Islam hari ini mempelajari Tauhid yang 3, lalu mereka siarkan rancangan seperti Power Rangers, Ultraman & 'penyelamat-penyelamat dunia' yang lain, yang menidakkan bahawa Allah itu adalah kuasa segala kuasa, raja segala raja.
Kita yang sedar memang tidak merasakannya, tetapi elemen ini disuntik secara halus dalam pemikiran orang awam & anak-anak kita. Mungkin Shin-chan hanya disiarkan hari Sabtu sahaja, tapi dek kerana terbiasa tidak pergi solat maghrib berjemaah, hari-hari lain pun turut ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Anak-anak muda bersembang berkenaan movie-movie yang mereka tonton, tetapi apabila disoal berkenaan Sirah perjuangan Nabi SAW, tergagap-gagap menjawab. Tidakkah parah side-effect yang menimpa masyarakat Muslim masa kini?
Aku tidak pernah menghalang sesiapa untuk menonton movie atau mendengar lagu-lagu yang masih dalam kategori boleh diterima akal, tetapi belajarlah daripada apa yang kita tonton atau dengar itu. Tonton movie semata-mata mahu melepaskan tekanan selepas letih belajar atau mendengar lagu yang sudah berulang-ulang kali didengari, adalah satu alasan yang tidak logik tanpa mempelajari walau sedikit daripada bahan tersebut.
Ambil apa yang kita mampu ambil, kaitkan dengan kehidupan kita sebagai Muslim. Proses asimilasi yang sama pernah dilakukan oleh Eropah tatkala berada dalam era zaman gelap, mencedok daripada Islam, mengaplikasikan dalam kehidupan. Mengapa tidak kita berbuat perkara yang sama?
Buat apa saja, pilih apa saja, pertimbangannya adalah Allah SWT....
p/s : Andai anda rasa barisan sedia ada sudah bengkang-bengkok, kenapa tidak cuba alternatifnya?
Wallahua'alam...
-Syphoon-
Irbid, Jordan
1210, 27 Rabi' Al-Akhir 1427
6 comments:
erm, menarik... tahniah.. and trimas.. teruskan memblog
alhamduliLlah, ada jugak update yg terbaru, lame menyepi?
asik tgk sin chan kat mesia ke? hehe
erk, bkn da ade 3 ke update?
congrates!!interesting article,,truskan usaha en.syafieq... =)
Salam..1st time dtg kt blog syafiq.A gr8 article i'd say.teruskn menulis..:)
Salam. Sudah lama menyepi. Skrg baru dpt baca tulisan anda kembali. Hehe. Sama-sama meneruskan usaha murni ini. Blogging is an alternative for Dakwah though. Remember, every single thing we do honestly will be paid by Him fairly.insyaALLAH.
Post a Comment