Monday, April 30, 2007

Volunteerism

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...

Lama rasanya tidak menaip.. Cuti yang terlalu panjang, menjadikan jari-jari ini cepat lenguh, tidak mampu & tidak mahu menari-nari di atas papan kekunci. Tambahan kerja yang bertimbun menanti di Irbid tatkala pulang dari Malaysia.

Apa pun, hari ini aku cuba untuk gagahkan tangan ini, meskipun urusan yang sedia ada masih belum sempat aku sempurnakan.

Volunteerism

Cuti di Malaysia yang lalu aku mengemas buku-buku lama di rak usang di dalam bilik tidurku. Ku agak sudah hampir 10 tahun rak itu di situ, dengan keadaan buku-buku di dalam rak tersebut kian berhabuk.

Sedang aku mengemas, aku terjumpa satu makalah kecil, yang dihantar oleh pihak ALUMNI UIA kepada kakakku. 'Volunteerism', topik yang di'highlight'kan pada edaran kali itu.

Volunteerism didefinisikan oleh Wikipedia sebagai 'willingness of people to work on behalf of others without the expectation of pay or other tangible gain'. Dalam masyarakat kini, volunteerism dita'rifkan sebagai 'people helping people and, in the process, helping themselves'.

Volunteerism berlainan dengan altruism, (klik pada pautan tersebut & rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca & mencari perbezaan antara kedua-dua). Aku lebih berminat dengan volunteerism kerana aku dapati masa kini amat susah, pada pemerhatian aku, untuk mencari individu yang mempunyai sikap & pemikiran altruism. Kalau ada pun, mungkin satu dalam sepuluh.

Aku suka pada definisi yang kedua, dalam masyarakat masa kini, 'people helping people and, in the process, helping themselves'. Hal seperti ini membawa kepada mutual interaction, yang mana kedua-dua pihak mendapat keuntungan daripada sesuatu perkara.

Misalan, seorang pemuda yang bertandang ke rumah bakal isterinya, sibuk menolong bakal ayah mertuanya membuat pelbagai perkara, sedangkan jika balik ke rumah sewanya, kain baju pun sebulan sekali baru dicuci, itupun di hantar ke kedai dobi, ataupun seorang tokoh korporat, memberikan derma ratusan ribu ringgit kepada golongan tertentu, dalam masa yang sama mengadakan majlis yang kononnya majlis penyerahan sumbangan, memanggil media bagi mendapat publisiti atas sumbangannya itu.


Nah, kedua-duanya volunteer, pemuda tadi volunteer untuk menolong bakal ayah mentuanya itu agar tidak timbul perasaan negatif atau buruk sangka padanya kelak, manakala tokoh korporat itu volunteer untuk menderma kerana di situ dia ternampak keuntungan untuk dirinya sendiri.

Tapi, apakah sikap volunteer yang diletakkan asas sebegitu akan berkekalan?

Seorang pemimpin di universiti, bermati-matian berkempen, menolong orang lain secara volunteer, kerana mahu meraih undi apabila pilihanraya kampus menjelang. Tapi setelah naik menjadi pemimpin, setelah mendapat apa yang dia hajati, sikap volunteer ini lupus dari hati. Kerana apa? Kita lihat kembali kepada definisi di atas, 'people helping people and, in the process, helping themselves'. Dalam kes ini, baginya dia telah membantu dirinya untuk naik menjadi pemimpin di kampus, maka dia merasakan cukup sekadar itu. Tidak perlulah dia menolong orang lain lagi kerana di situ tiada mutual interaction itu lagi. Tiada lagi keuntungan yang boleh didapati lagi bagi dirinya.

Perspektif Islam

Aku meletakkan volunteerism dalam diriku sendiri dengan dasar ini :

Menjadikan kalimah (seruan) golongan kafir itu yang paling rendah, dan menjadikan kalimah (seruan) Allah itu yang paling tinggi. (At-Taubah : 40)


Sukarela melakukan apa sahaja, dengan tujuan untuk menolong meninggikan kedudukan Islam, dengan tujuan membangunkan ekonomi umat Muslim, dengan tujuan menjadi contoh & ikutan kepada umat Islam yang lain, dengan tujuan menunjukkan kepada non-Muslim betapa Islam itu indah. Tidakkah matlamat ini lebih besar berbanding kita sukarela menolong atau melakukan apa sahaja demi menolong diri sendiri sahaja?

Satu hadith daripada Abu Hurairah(1) berkenaan seorang sahabat R.A di kalangan Ansar volunteer untuk menjadikan seorang lelaki sebagai tetamunya selepas ditanya oleh Rasulullah SAW meskipun di rumahnya hanya tinggal sedikit makanan untuk anak-anaknya.

Inilah volunteer yang ditunjukkan oleh para sahabat R.A. Tiada apa yang mereka dapat, tetapi mereka berfikir dari segi yang lain, dari segi untuk memberikan imej yang baik kepada Islam. Andai lelaki yang dijamu itu masih belum memeluk Islam, hal seperti ini akan memberikan satu persepsi yang positif kepada Islam. Ataupun dari segi yang lain, sekiranya lelaki yang dijamu tersebut juga seorang Muslim, maka hal ini akan menggalakkan lelaki tersebut untuk melakukan perkara yang sama meskipun keadaannya yang dhaif. Tidakkah indah sedemikian rupa?

Nah, berlumba-lumbalah untuk volunteer. Program Introspeksi Iman misalnya, sekiranya tiada pembentang pada hari tersebut, volunteerkan diri sendiri untuk ke depan. Untuk apa? Membantu rakan-rakan lain, dalam masa yang sama dapat membantu diri sendiri melatih diri untuk berhujah, & tidak terlepas juga, membantu menyampaikan agama-Nya. (erk, lame tak pegi introspeksi ni.. ) Ini misalan yang mudah...

Atau dari aspek yang lebih besar, kita mendapati sesuatu isu yang mengelirukan masyarakat. Volunteerkan diri sendiri, mencari penyelesaian, menulis atau bercakap mengenainya, dengan cara ini bukan saja kita membantu masyarakat, malahan membantu diri sendiri memahami keadaan sebenar, & sekiranya berkaitan dengan Islam, kita telah menambah satu saham yang menguntungkan kita di akhirat kelak. Tidak mahukah kita?

Jangan kita menjadi golongan yang 'menunggu untuk disuap', meskipun kita tahu perkara itu boleh kita selesaikan sendiri, bukannya persoalan-persoalan yang melibatkan perbincangan ulama', yang sememangnya tidak mampu kita bicarakan.

Aku punya paradigma pemikiranku sendiri.
Feel free to comment if you don't agree with me, or if you have anything to add/share... Aku bukan seorang yang arif berkenaan hal-hal agama, tapi aku cuba bekerja untuk Islam. Aku tidak tahu di mana aku boleh membantu, tapi dengan sikap volunteer ini, secara automatik aku mengenalpasti tempat sebenarku.

Kerja ku punyai 2 objektif, berdasarkan ayat At-Taubah di atas, tidak kira di mana aku berada. Kiranya jika aku di hadapan komputer, pasti aku fikirkan, bagaimana untuk mencapai 2 objektif tersebut....

Anda bagaimana?

Wallahua'alam...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
13 Rabi' Al-Akhir 1428, 1726


Nota:

(1) Hadith ke 564, Riyadhus Solihin


564. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: A man came to the Prophet (PBUH) and said; "I am hard pressed by hunger.'' He (PBUH) sent a word to one of his wives who replied: "By Him Who has sent you with the Truth, I have nothing except water.'' Then he sent the same message to another (wife) and received the same reply. He sent this message to all of them (i.e., his wives) and received the same reply. Then he (PBUH) said, "Who will entertain this (man) as guest?'' One of the Ansar said: "O Messenger of Allah, I will.'' So he took him home and said to his wife: "Serve the guest of Messenger of Allah (PBUH).''

Another narration is: The Ansari asked his wife: "Have you got anything?'' She answered: "Nothing, except a little food for the children.'' He said: "Keep them busy with something, and when they ask for food put them to sleep. When the guest enters, extinguish the light and give him the impression that we are also eating.'' So they sat down and the guest ate and they passed the night hungry. When he came to the Prophet (PBUH) in the morning, he said to him, "Allah admired what you did with your guest last night.''
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: This Hadith describes a unique example of hospitality and kindness liked by Allah. It imparts to man the sense of self-sacrifice and a feeling of fellowship.


1 comment:

Abu Alfateh said...

Salam..artikel yg baik untuk direnungi dan hayati...teruskan dengan semangat volunteer sdr, iAllah niat yg baik dan ikhlas akan mendapat bimbingan/ilham yg benar dari Allah...